Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
(ASiS)
Sekolah Menengah Sains Alam Shah.jpg
Lokasi
Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Moto"Kreatif Inovatif Produktif"
Nombor sekolah(+6)03-91315014
Kod sekolahWEA 0247
PengetuaEn.Jasmi bin Md Isa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Ku Zaleha binti Ku Saad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Zuri Afizu bin Mat Jusoh
Penolong Kanan KokurikulumPn. Nor Ainun binti Mohamad
Faks(+6)03-91318119
Laman sesawang
"MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA"
Map


Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS, juga singkatan ASiS dari nama dalam bahasa Inggeris Alam Shah Science School) ialah sebuah sekolah menengah sains berasrama penuh di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 16 Jun 2003 di bekas tapak Sekolah Sultan Alam Shah yang kini telah berpindah ke Putrajaya pada tahun yang sama. Sekolah Menengah Sains Alam Shah merupakan salah satu daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu kumpulan sekolah menengah khusus bagi pelajar-pelajar bumiputera dari luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).[petikan diperlukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kedudukannya sangat kondusif dari segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di atas tapak seluas 34 hektar menampung 3 blok bangunan sekolah dan pentadbiran, 4 blok asrama, 1 dewan makan, 1 apartmen guru, 1 apartmen staf sokongan, sebuah banglo pengetua dan 6 kuaters guru. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik dan berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dari tahun 2003 hingga 2018, pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) dari seluruh negara. Pada ketika itu, ASiS hanya menawarkan pelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kelompok pelajar pertama ASiS telah menduduki perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Mulai tahun 2016, ASiS mula melakukan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Pada tahun 2018, barisan pelajar ASiS telah lengkap dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tahun 2018 juga merupakan tahun pertama peperiksaan PT3 dijalankan di ASiS.[bila?]

Sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan] Pada tahun 2007, ASiS berjaya memenangi Piala Perdana Menteri, pertandingan paling berprestij antara SBP, dalam bahas bahasa inggeris. Pada tahun 2011 pula, pasukan yang terdiri daripada Amier Zaryff, Kudrat Lokman, Al Imran Kamarudzaman dan Rizal Razak berjaya mendapat naib johan dalam Tan Sri Paduka Hajah Saleha National Debate Competition. Pada tahun 2012 pula, pasukan ragbi ASiS, yang diketuai kapten Ameroul Ashraf, berjaya memenangi Naib Johan Plate dalam pertandingan PowerBar Annual International Rugby Championship yang diadakan di SM Sains Selangor.

Selain itu, pada tahun 2013, ASiS telah mencipta sejarah apabila kedua-dua pasukan bahas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ASiS telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Perdana Menteri 2013. Dalam pertandingan tersebut, sejarah pada tahun 2007 berulang kembali apabila pasukan bahas bahasa Inggeris ASiS telah menjadi johan bagi Piala Perdana Menteri 2013 mengalahkan Sekolah Seri Puteri. Pasukan bahas bahasa Melayu ASiS pula menjadi naib johan apabila dikalahkan oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.[1]. Pada tahun 2016, pasukan bahas Bahasa Inggeris ASiS telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri tahun tersebut.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi

Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang membangunkan modal insan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi

Menzahirkan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil. Tempoh Nama Pengetua
1 2003-2011 Tn. Hj. Idrus Bin Abdul Hamid
2 2011-2015 Tn. Hj. Baharudin Bin Dato' Wira Hj. Burhan
3 2015-2017 En. Roslie Bin Ahmad
4 2017-2021 En. Norazhar Bin Mohd Shah
5 2021-kini En. Jasmi Bin Md Isa

Senarai Pentadbir (semasa)[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Jawatan
1. Jasmi bin Md Isa Pengetua
2. Ku Zaleha binti Ku Saad Timbalan Pengetua (Pentadbiran)
3. Zuri Afizu bin Mat Jusoh Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Murid)
4. Nor A'inun binti Muhammad Timbalan Pengetua ( Kokurikulum)
5. Siti Badriyyah binti Megat Mohamed Yusoff Ketua Bidang Bahasa
6. Rohaya binti Bakar Ketua Bidang Sains
7. Hafiz bin Mahat Ketua Bidang Teknik & Vokasional
8. Azri bin Abdullah Ketua Bidang Kemanusiaan

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Warga ASiS dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sukan setiap tahun. Untuk rekod, rumah Syahbandar telah memecahkan tradisi dengan menjuarai Rumah Terbaik selama 4 tahun berturut-turut.

Rumah Warna Lambang
Laksamana Merah Kala Jengking
Syahbandar Kuning Harimau
Temenggong Hijau Burung Phoenix
Bendahara Biru Jerung

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah

Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua

Akademik[sunting | sunting sumber]

ASiS sememangnya dikenali[nyatakan menurut siapa?] dalam kalangan SBP kerana pencapaian hebat dalam bidang akademik. ASiS kekal dalam kelas tersendiri apabila menduduki kalangan 10 sekolah terbaik dalam SBP dan sekolah-sekolah menengah seluruh negara melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[1][perlu rujukan]

Batch Tahun SPM Kedudukan (SBP) Nama Batch Sebutan Ketua Pelajar
0304 (Pertama) 2004 24 PIONEER / AVANTGARDE Pioneer / Avantgarde Mohd.Hafiz bin Ahmad Basuki
0405 (Ke-2) 2005 4 KL RHYNO KL Rhyno Mohd.Akmal bin Mehat
0506 (Ke-3) 2006 3 ASSASIIINS Assasins Azfar Israa bin Abu Bakar
0607 (Ke-4) 2007 2 RIVOLUSIS Rivolusis Syed Hamimie Fakhri bin Syed Mohamad
0708 (Ke-5) 2008 3 REFORMASIV Reformasive Nor Azhar bin Baharum
0809 (Ke-6) 2009 5 SAVIOUR Saviour Danial Zikri bin Zulkifli
0910 (Ke-7) 2010 6 PATRIOTS-VII Patriots Seven Muhammad Hariz bin Md.Husni
1011 (Ke-8) 2011 11 INFINATE-VIII Infinate Eight Nik Muhammad Aqil bin Rosilan
1112 (Ke-9) 2012 4 RENAIXANCE Renaissance Muhammad Noor Mustasyar bin Mohd.Hasbullah
1213 (Ke-10) 2013 7 TENAX10US Tenacious Ahmad Iqbal Munawwir bin Mohd Sofiuddin
1314 (Ke-11) 2014 6 REXILIENT Resilience Muhammad Muqhriz Bin Mohd Nazri
1415 (Ke-12) 2015 6 CONSURREXII Consurrexi Muhammad Iqbal Aiman Bin Md Yazid
1516 (Ke-13) 2016 7 XIIINOVERSE Xenoverse Ahmad Faris Bin Ahmad Rizal
1617 (Ke-14) 2017 8 PERXIVERE Persevere Ahmad Rusydi Syammil Bin Zakaria
1718 (Ke-15) 2018 4 CONSERXVANT Conservant Muhammad Firdaus Bin Abd Rahman
1819 (Ke-16) 2019 12 INXVICTUS Invictus Muhammad Saufihakim Bin Fadzil Anuar
1620 (Ke-17) 2020 37 V١٧IERA Viviera Azfar Haziq Bin Nor Din
1721 (Ke-18) 2021 22 PREXV≡NANT Prevenant Muhammad Harraz Nazhan Bin Mohd Yusni
1822 (Ke-19) 2022 - AME十九YST Amethyst Muhammad Nabil bin Mohd Fauzi
1923 (Ke-20) 2023 - EXXCELSIOR Excelsior -
2024 (Ke-21) 2024 - ALEXXINE Alexxine -
2125 (Ke-22) 2025 - PERXXIISTENT Persistent -
2226 (Ke-23) 2026 - 二十三RNITY Eternity -

Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Semenjak penubuhannya, ASiS aktif menjalankan program pengantarabangsaan melibatkan para guru dan pelajar. Program yang lebih dikenali sebagai ASiS Internationalization Programme ini setakat ini telah membawa warga ASiS menjejakkan kaki ke pelbagai buah negara.

Antara program pengantarabangsaan yang pernah dianjurkan:

Bil Negara Tempat
1

Indonesia

i) Jogjakarta
ii) Lombok
iii) Bandung
iv) Sumbawa
v) Jakarta

2

Thailand

i) Bangkok
ii) Satun
iii) Nakhon Si Thammarat

3

Australia

i) Perth

4

England

i) London
ii) Oxford

5

Jepun

i) Kyoto

6

China

i) Beijing

7

Korea

i) Busan

ii) Seoul

8

Belanda

i) Nijmigen

9

Vietnam

-

10

Kemboja

-

11

Singapura

-

Melalui program pengantarabangsaan inilah ASiS berkongsi idea mengenai sistem pembelajaran bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2008, ASiS menjadi sekolah pertama dari Malaysia yang menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Mahidol-Wittayanusorn School yang merupakan sekolah khas naungan kerajaan Thailand untuk intelek-intelek terbaik negara itu.[perlu rujukan]

Persatuan Bekas Pelajar SM Sains Alam Shah (OASiS)[sunting | sunting sumber]

OASiS (Old Boys of Alam Shah Science Schools, Bekas Penuntut SM Sains Alam Shah) merupakan satu alumni yang ditubuhkan pada 7 Januari 2012 oleh bekas pelajar ASiS sendiri untuk menyatupadukan pelajar-pelajar ASiS tidak kira daripada kelompok pertama (PIONEER) hinggalah ke kelompok yang akan datang.

Berikut merupakan senarai Presiden OASiS.

il Sesi Presiden OASiS Pekerjaan
1 2012-2016 Nik Mohd Irfan bin Nik Adnan [PIONEER] Pakar Analisis, Malaysia Airlines System (MAS)
2 2016-Kini Muhammad Nur Syazwan bin Zainal Abidin [ASSASSIIINS] Penasihat Perundangan, Bank Negara Malaysia (BNM)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ debatsmapk (15 Jun 2016). "Senarai JUARA & NAIB JUARA Bahas Piala Perdana Menteri sejak 1974". DEBAT SMAP KAJANG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-28. Dicapai pada 28 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°06′21″N 101°43′24″E / 3.105938°N 101.723310°E / 3.105938; 101.723310