Sekolah Menengah Sains Banting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Banting
Alamat
Sekolah Menengah Sains Banting, Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra
Banting, 42700, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Nama lainBASIS
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti (Knowledgeable, Charitable, Dedicated)
Autoriti pendidikanKuala Langat
Nombor sekolah0331201597
Kod sekolahBEA1074
Pengerusi PIBGEncik Nasirus Sofwan bin Md. Yusof
PengetuaEn Yusanizan bin Shafie
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis.
SloganInspiring Excellence, Leading Others (Menginspirasikan Kecemerlangan, Memimpin Orang Lain)
AlumniBASIS Old Student Society (BOSS)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hasniza bt Marsidi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohd Zaki bin Othman
Penolong Kanan KokurikulumPn Suhaila binti Sualman
Faks0331201623
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Sains Banting atau juga dikenali sebagai BASIS (Banting Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terlatak di Jugra iaitu 6 km dari Bandar Banting. Sekolah Menengah Sains Banting dibina di atas tanah berkeluasan 24.35 ekar persegi di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra dengan kos pembinaan berjumlah RM 54 juta. Sekolah Menengah Sains Banting merupakan satu-satunya SBP di daerah Kuala Langat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Banting dirasmikan pada 17 November 2011. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya 22 Januari 2012. Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Banting. Pada masa itu, sekolah hanya mempunyai dua tingkatan. Menjelang 31 Januari 2012, sekolah ini telah menerima kira-kira 200 pelajar baru Tingkatan 4 (2012). Sekolah Menengah Sains Banting memulakan tahun pertamanya dengan tiga tingkatan iaitu Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat. Di bawah pengurusan Tuan Haji Kamaludin bin Taib, bekas pengetua Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, nama sekolah ini telah mula meningkat seiring dengan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan akademik serta pencapaian yang cemerlang dalam peringkat daerah Kuala Langat dan peringkat SBP. Pada tahun 2012, sekolah ini menggunakan moto "From Zero to Hero". Pada tahun 2014, keputusan SPM yang pertama sekolah ini diumumkan. Batch Xenith 1213 telah berjaya membawa nama BASIS ke tempat ke-22 daripada 68 SBP. Pada tahun 2015, batch Khattab 1314 telah meletakkan BASIS di tempat ke-13 daripada 68 SBP sekali gus menjadi antara 20 sekolah terbaik untuk SPM 2014 di Malaysia.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Banting terletak 6 km daripada pekan Banting. Sekolah ini dibina berhampiran dengan institusi pendidikan lain seperti Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Matrikulasi Selangor, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat dan MITS Istana Bandar. Sekolah Menengah Sains Banting mempunyai sebuah dewan serbaguna (Dewan Perdana Al-Khawarizmi), dua buah blok akademik, dua buah blok asrama (satu blok asrama putera, satu blok asrama puteri), kuarters guru dan staf, sebuah surau (Surau Al-Fateh), sebuah dewan makan dan sebuah kantin. Fasiliti dan kemudahan sukan termasuk padang bola sepak, padang ragbi, padang hoki, 2 gelanggang bola keranjang, 2 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang bola tampar, 3 gelanggang badminton di dalam dewan dan sebuah astaka. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di Surau Al-Fateh untuk menampung jumlah pelajar yang lebih ramai.

Pentadbiran Sekolah[sunting | sunting sumber]

JAWATAN NAMA GURU
Pengetua EN YUSANIZAN BIN SHAFIE
GPK Pentadbiran PN HAJAH HASNIZA BINTI MARSIDI
GPK HEM EN MOHD ZAKI BIN OTHMAN
GPK KOKU PN SUHAILA BINTI SUALMAN
GKMP Bahasa EN MOHD FAUZI BIN MAULAN
GKMP Sains dan Matematik PN HAJAH HILEZAN BINTI ZAINAL
GKMP Kemanusiaan PN JOANA SUHADA BINTI KAMARUDIN
GKMP Teknik dan Vokasional TN HJ ZEFRY HANIF BIN BURHAM@BORHAN


Sistem rumah[sunting | sunting sumber]

Seperti SBP lain, Sekolah Menengah Sains Banting juga mengamalkan sistem rumah dalam setiap aspek kehidupan pelajar sekolah. Sistem rumah dapat mendidik dan membangunkan individu yang cemerlang dan berjaya. Nama rumah sukan diambil daripada nama unsur-unsur kimia. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu :

  • [🟩] PLUTONIUM ( HIJAU )
  • [🟥] RADIUM ( MERAH )
  • [🟨] TITANIUM ( KUNING )
  • [🟦] URANIUM ( BIRU )

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA TEMPOH BERKHIDMAT
1 Tuan Haji Kamaludin bin Taib 2011 - 2017
2 Puan Norsham binti Noordin 2017 - 2020
3 Encik Rijaludin bin Che Mat 2021 - Januari 2022
4 Encik Yusanizan bin Shafie Oktober 2022 - kini

Majlis Pimpinan Pelajar (MPP)[sunting | sunting sumber]

  1. Badan Pengawas

KETUA PENGAWAS I : MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMAD NGATLI

KETUA PENGAWAS II : NUR ALSYAURAH AINA BINTI SHARIL

SETIAUSAHA : AINUL MARDHIAH BINTI NOR AIZAD

PEN. SETIAUSAHA : AMIR FAIZ BIN AMRI FAIZAL

BENDAHARI : NURMARLYSSA BINTI RAZMAN SHAH

PEN. BENDAHARI : AHMADINEEJAD BIN ABDUL KUDUS

  1. Librarian Squad (LS)

KETUA I : MUHAMMAD AKHTAR BIN MOHD SABRI KETUA II : ALIYA QAISARA

  1. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

KETUA I : AHMAD NIFAIL BIN MOHD FAIRUZ KETUA II : NUR HIDAYAH ADILLA BINTI LOKMAN

  1. Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR)

KETUA I : MUHAMMAD RAZIQ BIN RAHMAT KETUA II : PUTERI NUR BATRISYIA BINTI YUSOF

  1. Exco Tertinggi Asrama (EXTIRA)

KETUA I : DANIESH AQASHAH BIN HASHIMI KETUA II : ALIA SYAMIMI BINTI ALI

  1. Pengawas Koperasi ( KOOPERS )

KETUA I : TUAN DANIAL HAKIM BIN TUAN SUDIRMAN KETUA II : AINUL MARDHIYAH BINTI KHAIRUL SHAHAR

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Semua Berjanji,

BASIS Menjulang Nama,

Terus Memimpin, Bersatu Tekad,

Berilmu, Beramal, Berbakti


Menuju Persada Cita,

Mengejar Kecemerlangan,

Doa Dipohon

Langkah diatur,

BASIS Bersinar Unggul.


Kejayaan Seiring Dengan

Kesungguhan,

Keyakinan Tinggi,

Sahsiah Terpuji.


Menuju Persada Cita,

Mengejar Kecemerlangan,

Doa Dipohon,

Langkah Diatur

BASIS Bersinar Unggul


Kejayaan Seiring Dengan,

Kesungguhan,

Keyakinan Tinggi,

Sahsiah Terpuji,


Kami Semua Berjanji,

Berikrar Terus Berjuang,

Menjulang Nama, Menuju Cita

BASIS Ke Puncak Jaya.