Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
SM Sains Batu Pahat | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, |
Moto | Integriti, Kredibiliti & Inovatif |
Ditubuhkan | 2 Mei 2012 |
Autoriti pendidikan | Batu Pahat |
Nombor sekolah | +6074288961 |
Kod sekolah | JEA0024 |
Pengerusi PIBG | En. Shanusi Bin Ahmad |
Pengetua | Tuan HJ Hamsi Bin Jamhari
(2012 - 2015) Tuan HJ Mohamad Alim Bin Konting (2016 - 2020) Tuan Zaili Azmi Bin Mustafa Alfandi (2020 - kini) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cikgu Zaleha binti Yaacob |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ustaz Yusri bin Yusoff |
Penolong Kanan Kokurikulum | Cikgu Faridah Binti Yunus |
Faks | +6074288964 |
Laman sesawang | www.smsbatupahat.com |
![]() |
SM Sains Batu Pahat diserahkan oleh pihak kontraktor kepada kerajaan Malaysia pada 21 Mac 2012. Serentak dengan itu, pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah melantik Cikgu Mohammad Azman bin Abdul Hamid sebagai Penyelaras Sekolah. Dengan keluasan 50 ekar, sekolah yang berlokasi di KM8, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-65 di negara ini. Sesuai dengan matlamat penubuhannya, sekolah ini telah dilengkapi dengan prasarana pendidikan terkini bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pentas dunia. Keadaan ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan aspirasi pendidikan Sekolah Berasrama Penuh. Lokasi sekolah yang dikelilingi pergunungan dan kehadiran pelangi yang sering kelihatan di sebalik Gunung Banang menenangkan suasana. Kedudukannya berjajaran dalam hub pendidikan Parlimen Batu Pahat seperti Sekolah-sekolah, Institut Pengajian Pendidikan Tinggi dan juga Kem Tentera Darat. Pada 2 Mei 2012, seramai 90 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar di sekolah ini selain 16 orang tenaga pengajar.
Kini, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat diterajui oleh Pengetua, Tuan Zaili Azmi bin Mustafa Alfandi. Dibantu oleh Cikgu Zaleha binti Yaacob selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Yusri bin Yusoff Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Cikgu Faridah Binti Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seramai 58 orang guru telah melaporkan diri setakat tahun 2017.
Matlamat Sekolah Berasrama Penuh[sunting | sunting sumber]
Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Hala Tuju Sekolah[sunting | sunting sumber]
Visi
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat Unggul Bertaraf Dunia
Misi
Menggilap Potensi Diri Melalui Pendidikan Bertaraf Dunia
Matlamat
1. Meningkatkan peningkatan akademik
2. Melonjakkan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum dan kemahiran insaniah
3. Menyerlahkan sahsiah terpuji
Slogan[sunting | sunting sumber]
Sehebat Bitara Dan Berbudaya
Pengetua [sunting | sunting sumber]
- Tuan HJ Hamsi Bin Jamhari (2012 - 2015)
- Tuan HJ Mohamad Alim Bin Konting (2016 - 2020)
- Tuan Zaili Azmi bin Mustafa Alfandi (2020 - kini)