Sekolah Menengah Sains Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Sains Dungun
Logo Sekolah Menengah Sains Dungun.png
Lokasi
Dungun, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI
Ditubuhkan1 Mei 1982
Nombor sekolah609-8422550
Kod sekolahTEA1038[1]
PengetuaPUAN HAJAH NOOR MAZIAH BINTI A.RAHMAN
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikCIK HAJAH LATIFAH BINTI ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTUAN HAJI MOHD TAUFEK BIN ABD RAHMAN
SingkatanSEMESDI
Faks609-8485389
Laman sesawang
SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN


Sekolah Menengah Sains Dungun atau nama ringkasnya SEMESDI, merupakan sebuah

Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Paka, Dungun, Terengganu.

Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Dungun memiliki 317 pelajar lelaki dan 271 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 588 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEMESDI terletak di kawasan seluas 47.048 ekar di Mukim Sura Tengah, Daerah Dungun, Terengganu. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada bulan Januari 1980 dan siap pada Jun 1982.

Pada 1 Mei 1982,  beberapa orang kakitangan guru dan bukan guru telah ditempatkan di sekolah ini sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan. Akhirnya pada 15 Ogos, 1982 Sekolah Menengah Sains Dungun dengan rasminya memulakan sesi pengajiannya. Kumpulan pertama murid yang mendaftarkan diri pada 12 Ogos 1982 adalah seramai 450 orang iaitu terdiri daripada murid-murid Tingkatan I, IV dan VI Rendah. Sejak tahun 1982 sehingga sekarang sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen murid, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru.

Selari dengan ledakan teknologi maklumat, Sekolah Menengah Sains Dungun telah disenaraikan sebagai salah sebuah sekolah projek rintis Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1999. Sehubungan dengan itu, pelbagai kemudahan teknologi maklumat disalurkan ke sekolah ini bagi meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran serta  pengajaran dan pembelajaran.

Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai dalam aspek pengurusan dan kemenjadian murid  akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Sekolah Menengah Sains Dungun dianugerahkan  sebagai  Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi fasa ke-6 pada tahun 2012 dengan Matematik dan hoki sebagai bidang kebitaraan sekolah. Dengan pengiktirafan yang diberikan, Sekolah Menengah Sains Dungun dapat meneruskan agenda kecemerlangan  pada masa hadapan agar misi sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi akan menjadi realiti.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah berpakat untuk menukar nama singkatan sekolah daripada SEMERDU kepada SEMESDI yang merupakan singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Dungun Darul Iman

Senarai Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh Berkhidmat
TUAN HAJI SHAMSUDDIN BIN MOHIDIN 01.05.1982 – 31.03.1986
ENCIK  AMAT BIN ABSAH 01.04.1986 – 31.12.1987
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH 01.01.1988 – 15.06.1993
TUAN HAJI ABDUL MOEIN SKYMMAR BIN ABD WAHAB 16.06.1993 – 15.07.1998
TUAN HAJI A.SHAARY BIN CHEEK 16.07.1998 – 15.08.2000
TUAN HAJI MAHAMUD BIN OMAR 16.08.2000 – 31.10.2007
PUAN ANISAH BINTI SARMADI 05.03.2008 – 10.4.2013
ENCIK MOHD ALIZIYAD BIN ABAS 16.05.2013 – 01.07.2018
PUAN HAJAH NOOR MAZIAH BINTI A.RAHMAN 02.07.2018 – KINI

Misi ,Visi dan TAG Line[sunting | sunting sumber]

Misi

Melonjakkan Prestasi Sekolah Melalui Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Terbilang

Visi

SBP Terbilang, Peneraju Pendidikan Berkualiti

TAG Line

Sains Dungun Sentiasa Di Depan

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang terancang dan sempurna supaya pendidikan dapat memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang sempurna

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bentuk keseluruhan

Bulatan melambangkan semangat kerjasama antara guru dengan pelajar manakala bentuk tajam di bahagian atasnya menunjukkan penggembelengan tenaga antara guru dan pelajar untuk mencapai kejayaan


Buku

Buku merupakan sumber ilmu sekolah ini yang melambangkan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Tahun yang dicatatkan menunjukkan sekolah ditubuhkan pada tahun 1982 Masehi bersamaan dengan tahun 1402 Hijrah.


Empat lingkaran Cincin Berkait

Melambangkan empat buah rumah sukan. Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat berkerjasama dalam bidang sukan dan menjadikan sekolah ini sebagai institusi yang bersatu padu.


Simbol Sains dan Teknologi

Melambangkan sekolah ini adalah dalam jurusan sains


Obor

Tenaga pendidik yang berwibawa menjadi penerang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan


Bendera Negeri Terengganu dan Jalur Gemilang

Sekolah Menenengah Sains Dungun merupakan sekolah Berasrama Penuh (Sekolah Persekutuan) yang terletak di Negeri Terengganu, Malaysia

Bendera Rasmi SEMESDI[sunting | sunting sumber]

Bendera Rasmi SM Sains Dungun

Warna

Merah : Melambangkan berani menempuh cabaran untuk menuju kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bercita-cita tinggi

Kuning : Melambangkan perpaduan antara masyarakat SEMESDI

Biru : Melambangkan hidup dalam keadaan yang harmoni, pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan datangnya dari pelbagai-bagai negeri bersatu padu dalam usaha meraih kejayaan

Putih : Tanda kesucian rohani dan jasmani yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dalam segala tindakan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Belajar tekun dan berusaha,

Itulah hasrat kami semua,

Berdisiplin dan amanah setia,

Bersatu aman sejahtera.

Belajar tekun dan berusaha,

Berbakti pada bangsa dan negara

Menjunjung perintah agama mulia,

Menghormati guru dan keluarga.

Belajar tekun dan berusaha,

Menjaga maruah agama dan bangsa,

Berbakti berbudi dan berjasa,

Lambang rakyat Malaysia jaya!!

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Para teknokrat SEMESDI dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Malam Apresiasi setiap tahun.


Rumah sukan dinamakan berdasarkan tokoh ternama Terengganu pada zaman dahulu:

Blok A (Tun Telanai)

Blok B (Bentara Yusof)

Blok C (Megat Kembar Ali)

Blok D (Megat Panji Alam)

Fail:PanoramaSMSD.jpg
Add caption here

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Mendapat anugerah Sekolah Cemerlang peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2006 dan 2008.
  2. Dianugerahi gelaran Sekolah Kluster kecemerlangan pada tahun 2012.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians) telah di tubuhkan pada tanggal 14 Jun 2005. Alumni telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Kuala Terengganu. Penubuhan alumni ini adalah hasil cetusan idea dan perbincangan yang telah diadakan di Dewan Besar SEMESDI pada 1 Mei 2005 dengan dihadiri oleh 70 orang bekas pelajar SEMESDI.

Nama Persatuan : Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Exsemesdians)

Alamat Berdaftar :

Sekretariat Ex-Semesdians
d/a Sekolah Menengah Sains Dungun
23000 Dungun
Terengganu

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah (Sains) Dungun
Jalan Paka, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon : 609-8422550
Faks : 609-8485389

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]