Sekolah Menengah Sains Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Johor
frames
Lokasi
KM. 1, Jalan Batu Pahat,, 86000 Kluang, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan,Sekolah Berprestasi Tinggi
Moto'BUDI,KARYA,BAKTI'
Nombor sekolah077722458
Kod sekolahJEE2043 [1]
PengetuaPuan Unaizah binti Mohd Attas
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Sahnizam b. Miswan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Shahrul Nizam Bin Ayob
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Zakaria bin Yatimin
Faks077723786
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
Map


Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2. Sekolah Menengah Sains Johor merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan bukan akademik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.

Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.

Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.

Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.

Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen. Pada tahun 2000an hingga 2016 sekolah ini mempunyai tiga kelas sains tulen dan dua kelas sains teknikal. Pada tahun 2022, aliran sains teknikal sudah tidak lagi ditawarkan dan kesemua kelas telah dikhaskan untuk aliran sains tulen. Mulai tahun 2023, pelajar Tingkatan 4 akan mengikuti program Dual Language Programme (DLP) sepenuhnya. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.

Aliran di SMSJ[sunting | sunting sumber]

Aliran Menengah Rendah[sunting | sunting sumber]

Emerald 04
Nama Kelas Nama Aliran Mata Pelajaran

Wajib

Bidang Teknik Bidang Kesenian Bahasa

Antarabangsa

Aliran DLP
Muafakat 1721 Sains DLP Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris,

Sains,

Matematik,

Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Reka Bentuk dan

Teknologi

Pendidikan Muzik Bahasa Cina DLP
Merdeka 1721 Sains Agama Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris,

Sains,

Matematik,

Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Reka Bentuk dan

Teknologi

Pendidikan Seni

Visual

Bahasa Arab
Matlamat 1721 Sains Muzik Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris,

Sains,

Matematik,

Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Reka Bentuk dan

Teknologi

Pendidikan Muzik Bahasa Jerman
Malaysia 1721 Sains Seni Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris,

Sains,

Matematik,

Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Reka Bentuk dan

Teknologi

Pendidikan Seni

Visual

Bahasa Arab
Celestial 05
Nama Kelas Nama Aliran Mata

Pelajaran Wajib

Bidang Teknik Bidang Kesenian Bahasa Antarabangsa Aliran DLP
Muafakat 1822 Sains Komputer Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik, Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Asas Sains Komputer Pendidikan Muzik Bahasa Jerman
Merdeka 1822 Sains Agama Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik, Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam

Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Seni Visual Bahasa Arab
Matlamat 1822 Sains DLP Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik, Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam/Moral

Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Muzik Bahasa Cina DLP
Malaysia 1822 Sains RBT Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains,

Matematik, Sejarah,

Geografi,

Pendidikan Islam

Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Seni Visual Bahasa Jerman

Aliran Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Eminent 1418 & Zenith 1519
Nama Kelas Nama Aliran Mata pelajaran teras Mata pelajaran tambahan Mata pelajaran Aliran
Tesla 1418 Sains Teknikal Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik, Sejarah

Pend. Islam, Fizik,

Kimia,Matematik Tambahan

Grafik Komunikasi Teknikal,

Asas Kelestarian

Signifikan 1418 Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik,Sejarah

Pend. Islam, Fizik,

Kimia,Matematik Tambahan

Biologi
Sinergi 1418 Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sejarah

Matematik,

Pend. Islam, Fizik,

Kimia,Matematik Tambahan

Biologi
Superior 1418 Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Sejarah , Matematik,

Pend. Islam, Fizik,

Kimia,Matematik Tambahan

Biologi

Pengetua-Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. 1973-1974: Tuan Syed Ahmad b. Syed Omar
  2. 1974-1981: Hamzah b. Hj.Abdul Rahid, P.I.S
  3. 1982-1984: Tuan Haji Abu Bakar b. Bachik
  4. 1984-1985: Abd Malik b. Ismail
  5. 1986-1987: Tuan Hj. Shukor b. Md Dom, P.I.S
  6. 1987-1988: Tuan Hj. Mohd Ropi b. Jahis, P.I.S
  7. 1988-1994: Tuan Hj. Abu Naim b. Hj Siran, P.I.S
  8. 1994-1997: Jailani b. Rusni, A.M.N
  9. 1997-Dis 1997: Tuan Hj. Rokhani b. Mangi
  10. Apr-Dis 1998: Tuan Hj. Abdullah b. Idrus
  11. Dis 1998-Jun 2001: Tuan Hj. Umar b. Kamari
  12. Jun 2001-Ogos 2002: Tuan Hj. Kamarudin b. Abu
  13. 2002-2010: Tuan Hj. Nojumuddin b. Abd Samad P.I.S
  14. 2011-2013 : Tuan Hj. Idris B. Ahmad
  15. 2013-Dis 2017 : Encik Ibrahim bin Omar
  16. Dis 2017 - 2019 : En. Kuswandi bin Tayen
  17. 2020 - Feb 2022 : Pn. Fazidah binti A. Sani
  18. Feb 2022 - Mac 2024 : Pn. Unaizah binti Mohd Attas.
  19. Mac 2024 - kini : Encik Sofian bin Mohd Aris

Kemudahan Sukan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai:

1.Gelanggang hoki saiz 25% daripada saiz pertandingan

2.Padang Kriket saiz pertandingan

3.Padang Ragbi saiz pertandingan

4.Futsal atau Gelanggang Tenis

5.Court Badminton

6.Gelanggang Bola Keranjang

7.Trek 400 meter

8.Gelanggang Lompat Jauh

Tema Sekolah[sunting | sunting sumber]

Menyediakan pelajar supaya mempunyai kemampuan akademik serta jati diri yang unggul untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Senarai Nama Batch SMSJ[sunting | sunting sumber]

Batch Nama Batch Tahun SPM Pangkat SPM (SBP) GPK SPM Tahun SRP/PMR/PT3
8791 1991 [Tiada Data] 2.30 1989
8892 1992 4 1.93 1990
8993 1993 2 1.74 1991
9094 1994 1 1.62 1992
9195 1995 1 1.56 1993
9296 1996 1 1.61 1994
9397 1997 1 0.97 1995
9498 1998 1 0.89 1996
9599 1999 5 1.18 1997
9600 2000 2 1.06 1998
9701 2001 5 1.15 1999
9802 2002 1 1.16 2000
9903 2003 1 1.40 2001
0004 2004 5 1.48 2002
0105 2005 2 1.26 2003
0206 2006 [Tiada Data] [Tiada Data] 2004
0307 2007 [Tiada Data] [Tiada Data] 2005
0408 2008 [Tiada Data] [Tiada Data] 2006
0509 2009 [Tiada Data] [Tiada Data] 2007
0610 2010 [Tiada Data] [Tiada Data] 2008
0711 Element 5 2011 18 1.5491 2009
0812 Evolution 95 2012 19 1.7003 2010
0913 Zedge 96 2013 13 1.5429 2011
1014 Sapphire 97 2014 38 2012
1115 Magnificent 98 2015 35 2.1645 2013
1216 Ultimate 99 2016 1 2014
1317 Infinite 00 2017 1 2015
1418 Eminent 01 2018 1 2016
1519 Zenith 02 2019 5 2017
1620 N.E.O.S. 03 2020 2 2018
1721 Emerald 04 2021 9 1.46 2019
1822 Celestial 05 2022 34 2.26 Tiada PT3
1923 Fusion 06 2023 Tiada PT3
2024 Eternals 07 2024 Tiada PT3
2125 Britos 08 2025 Tiada Pt3
2226 Zeonity 09 2026 Tiada PT3
2327 Altavista 10 2027 Tiada PT3
2428 2028
2529 2029
2630 2030

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  1. Purnama (Merah)
  2. Suria (Kuning)
  3. Segara (Biru)
  4. Buana (Hijau)

Badan Pengurusan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Lembaga Pengawas
  2. Pustakawan Pusat Sumber
  3. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  4. Lembaga Koperasi
  5. Jawatankuasa Biro Sri Budiman
  6. Majlis Sistem Rumah (MASIRU)
  7. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  8. Briged Bestari
  9. Tunas Bistari
  10. Student Leaderboard (SLB)

Badan Berunifom[sunting | sunting sumber]

  1. Pergerakan Pengakap
  2. Persatuan Kadet Bersatu Sekolah (PKBM)
  3. Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat
  4. Persatuan Kadet Polis
  5. Persatuan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  6. Pergerakan Pandu Puteri & Renjer Puteri
  7. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  8. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  9. Persatuan Seni Silat
  10. Persatuan Taekwondo

Persatuan dan Kelab[sunting | sunting sumber]

  1. Badan Agama dan Dakwah (BADAR)
  2. Kelab Seni Kreatif
  3. Persatuan Bahasa Arab
  4. Persatuan Bahasa Melayu dan Sastera (BADRUL BAKHTIAR)
  5. English Language and Debate Society (ELDS)
  6. Persatuan Bahasa Mandarin
  7. Persatuan Matematik
  8. Persatuan Sains dan Reka Cipta
  9. Persatuan Sejarah
  10. Persatuan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
  11. Persatuan Tarian Dangdut
  12. Persatuan Geografi
  13. Persatuan Bahasa Jerman
  14. Persatuan Kejuruteraan
  15. Kelab Fotografi (SJPC)
  16. Kelab Kompang
  17. Kelab Muzik dan Koir
  18. Kelab Hoki
  19. Kelab Nasyid
  20. Kelab Pengguna
  21. Kelab Karl Marx
  22. Kelab Pencegah Jenayah
  23. Kelab Rekreasi
  24. Kelab Kitar Semula
  25. Kelab Zapin Selayah Pujangga
  26. Kelab Robotik
  27. Kelab Tunas Bestari
  28. Kelab Komputer
  29. Kelab Koperasi
  30. kelab bimbingan dan kerjaya

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lirik[sunting | sunting sumber]

Majulah-majulah

Sekolah yang tercinta

Biar indah megah dan masyhur

Berbakti untuk nusa dan bangsa

Di sepanjang masa


Ku serah jiwa dan ragaku

Untuk bimbingan

Dan didikan

Ku cari ilmu

Ku taburkan bakti

Selagi ada hayatku


Berjasalah berjasa

Sekolah yang tercinta

Sinar harapan

Putera dan puteri

Teguh berdiri

Sepanjang zaman

Membela ibu pertiwi


Alumni Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Dato Azman Mohd Arof, pemilik dan pengarah urusan syarikat Aerosystem Travel & Tour Sdn Bhd iaitu empunya yang mengendalikan perkhidmatan bas di bawah jenama Ekspres Mayang Sari [2]
  • YB Hj Aminolhuda Hj Hassan - ADUN Parit Yaani, Mantan EXCO Negeri Johor, Pengerusi AMANAH Negeri Johor
  • YBhg Dato' Hidayat Abdul Hamid - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India
  • YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim - Ketua Pengarah NADMA, Mantan Presiden Perbadanan Putrajaya
  • YBhg Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood - Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik Hospital KL (Pakar Perunding Kanan Forensik) / Institut Perubatan Forensik Negara & Ahli Pakar Penyiasat Forensik Tragedi Malaysia Airlines MH17
  • Dato’ Haji Azmar Talib - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRX Tun Razak Exchange City Sdn Bhd
  • Prof. Dr. Ghizan Saleh - Ketua Kluster Pertanian & Makanan Majlis Profesor Negara, Mantan Presiden SAJOHA yang pertama
  • Dato' Hj Ahmad Ridza bin Bukhari - Pemilik Ain Furnishing Sdn Bhd, Mantan Presiden SAJOHA
  • YBhg. Datuk Hj. Ahamad Kamel Ismail - Pengurus Besar Yayasan Melaka
  • Allahyarham Datuk Ir Zainudin A.Kadir - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)
  • Datin Rashidah Mohd Sies - Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan
  • Dato' Sr Rosli Atan - Pengarah Urusan Ian Scott International- Rentier Advisory Services Sdn. Bhd.
  • Encik Ragunath Kesavan - Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2009-2011)
  • Dato' Hj Salehuddin Hj Hassan - Pegawai Kewangan Negeri Johor, Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor Bahru
  • Tuan Hj Zulkifly Hj Mohd Tahir - Pegawai Daerah Pontian
  • Tuan Hj Azman Haji Mohamed Shah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)
  • Encik Mohammad Diah Hj Wahari - Mantan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Encik Zainal Abas - Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Bekas Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Bekas Pengacara Sukan TV Astro & Media Prima
  • Zainal Alam Abd Kadir - Editor Bersekutu The Malaysian Reserve
  • Dr Mohd Mazri Yahya - Doktor Pakar Perunding Pembedahan Vaskular KPJ Johor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
  • Amir Hassan - Pemilik Blog Denaihati.com
  • Vikneswaran Iswarapatham - Pengurus Pasukan Hoki Remaja Malaysia (2020~2021), Bekas Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Bekas Pemain Hoki Kebangsaan
  • Azmi Samuri - Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Bank Islam Malaysia
  • Mohd Rezwan Abdullah Ismail - Ketua Pegawai Risiko di Bank Muamalat Malaysia
  • Mohd Rizal Jailan - Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd
  • Ahmad Shahriman Mohd Shariff - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank Malaysia
  • Shamsudin Ali (Sam Ali) selaku pengasas, vokalis dan pemain gitar bass kumpulan metal yang dikenali di Australia, Malaysia dan seluruh dunia iaitu Cromok [perlu rujukan]
  • Mohd Herwan bin Sairon ialah salah seorang pemuzik[perlu rujukan] Kumpulan The Muffins yang pernah popular sekitar zaman 2000-an [perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ https://www.bharian.com.my/node/37708/amp

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.