Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
Lokasi
Bandar Malawati, Kuala Selangor,  Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti
Nombor sekolah0332891868
Kod sekolahBEA3083
Pengetua2023-kini Puan Hajah Feizatul Akmar Nor binti Nurbi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Normidza binti Md. Kamel
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Fairol Anuar bin Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hani Azita binti Ahmad
Faks0332896631
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
Map

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau nama ringkasnya SM Sains Kuala Selangor, juga dikenali sebagai KUSESS (Kuala Selangor Science Secondary School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains (Sekolah Berasrama Penuh) yang terletak di Bandar Malawati, Kuala Selangor, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memiliki 339 pelajar lelaki dan 356 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 695 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memiliki lebih kurang 700 orang pelajar lelaki dan perempuan berusia 13 hingga 17 tahun dan mempunyai 68 orang tenaga pengajar. KUSESS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2012 (Kohort 2). Di KUSESS, penerapan sistem rumah amat dititikberatkan. Setiap rumah diwakili dengan nama kereta kebangsaan; Wira (rumah biru), Waja (rumah merah), Satria (rumah hijau) dan Perdana (rumah kuning). KUSESS telah melahirkan ramai orang yang berjaya dalam pelbagai bidang.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia mula dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK-6) pada 24 April 1994 dan berjaya disiapkan pada tahun 1996.

Sekolah ini mula beroperasi pada 8 September 1996 dengan pengambilan pertama seramai 210 orang pelajar. Pada waktu itu, hanya terdapat seramai 19 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Bagaimanapun, tahun berikutnya menunjukkan peningkatan mendadak bilangan pelajar yang belajar di sekolah ini. Seramai 187 orang pelajar mendaftar di Tingkatan 1 dan 165 orang pelajar mendaftar di Tingkatan 4. Bilangan guru pula meningkat daripada 19 orang kepada 53 orang. Walaupun sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1996, tetapi sekolah ini hanya dirasmikan pada 27 Mei 1997 oleh Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Moto, visi, misi, falsafah dan prinsip sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto SMSKS

Berilmu, Beramal, Berbakti

Visi SMSKS

Ke arah melestarikan KUSESS Terbilang di Peringkat Antarabangsa Menjelang 2020.

Misi SMSKS

  • memastikan KUSESS sentiasa terbilang dalam semua aspek,
  • memastikan warga sekolah berminda kelas pertama,
  • melahirkan warga KUSESS sebagai pemimpin bertaraf dunia dengan sifat Siddiq, Amanah,Tabligh, dan Fatanah,
  • mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan berbudaya tinggi,
  • melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsif.

Falsafah Sekolah

Disinilah lahirnya pemimpin yang bertaraf antarabangsa dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

5 Prinsip Jati Diri

  • Bawa Diri
  • Jaga Diri
  • Urus Diri
  • Layan Diri
  • Julang Diri

Konsep 4B - Bersih

  • Bersih Diri
  • Bersih Hati
  • Bersih Minda
  • Bersih Kawasan

Konsep 4B - Kejayaan

  • Berazam
  • Berusaha
  • Berdoa
  • Bertawakal

Konsep Lapan Sifar

  • Kecacatan Sifar
  • Masalah Disiplin Sifar
  • Kegagalan Sifar
  • Malas Sifar
  • Lambat Sifar
  • Pembaziran Sifar
  • Vandalisme Sifar
  • Sampah Sifar

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Rasmi Sekolah

SM Sains Kuala Selangor

Berilmu beramal berbakti
Itulah pegangan sekolah kami
Kebanggaan putra putri sejati
Harapan ibu pertiwi

Bersumpah taat dan setia
Kepada agama, bangsa dan negara
Bersama mendukung cita-cita mulia
Semoga cemerlang sentiasa

## Kami berdoa kepada yang esa
Diiring restu ayah dan bonda
Dengan bimbingan guru yang tercinta
Doakan kami terus berjaya

### SMS Kuala Selangor
Pusat ilmu idaman kita
Bagai permata indah bersinar
Untuk mencapai wawasan negara

Lirik Guru-Guru SMSKS 1996

Ciptaan En Ramlan Harun

Tingkatan dan aliran[sunting | sunting sumber]

  • Menengah Bawah
    • Tingkatan Satu
    • Tingkatan Dua
    • Tingkatan Tiga
  • Menengah Atas
    • Tingkatan Empat
    • Tingkatan Lima

Semua pelajar KUSESS diwajibkan mengambil aliran Sains Tulen.

Mata pelajaran dan bahasa antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup(kbsm)
    • Pilihan 1:Kemahiran Teknikal
    • Pilihan 2:Ekonomi Rumah Tangga
  • Sejarah
  • Pendidkan Agama Islam
  • Geografi
  • Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan (kbsm)
  • Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  • Reka Bentuk Teknologi (bermula 2017)
  • Asas Kemahiran Sains Komputer (bermula 2017)

Elektif Menengah Rendah

  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Seni Visual

Menengah Atas

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Agama Islam
  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(kbsm)
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Elektif Menengah Atas

  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Pendidikan Seni Visual

Bahasa Antarabangsa

  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Cina

Etos[sunting | sunting sumber]

  1. Memanah
  2. Catur
  3. R&D

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan HKSBP 2017

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor,
Bandar Malawati,
45000, Kuala Selangor, Selangor,  Malaysia
Telefon = 03 3289 3052
Faks = 03 3289 6631

Pautan luar[sunting | sunting sumber]