Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
Moto Sukses, Kreatif, Produktif
Jenis Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
Pengetua Pn Hajah Rafeah Binti Hashim
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Hazilah Binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Jasmi Bin Lebai Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum En Azami Bin Man
Kod sekolah KEA4068
Lokasi Jitra Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1
Nama singkatan KUPSIS
Laman sesawang http://smskp.edu.my/
Telefon 04-9257855
Faks 04-9257844

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu atau lebih dikenali sebagai KUPSIS merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibina dalam pakej Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terletak di Batu 19, Jalan Kodiang dalam Mukim Putat, Jitra, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah sawah berkeluasan 25 hektar. Sekolah ini mula dibina pada 11 Mac 2007 dan diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya bagi pihak Kerajaan kepada KPM pada 11 Mac 2009. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh ke-56 yang memulakan sesi persekolahan pada bulan Mei 2009 selepas SMS Kepala Batas, Pulau Pinang.

Slogan sekolah ini ialah "Striving Together Towards Excellence".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengambilan pertama pelajar berjaya dilakukan pada 12 Mei 2009. Sehingga hari ini, KUPSIS mempunyai 740 orang pelajar. KUPSIS memulakan sesi persekolahan dengan kehadiran 22 orang guru yang didatangkan khas dari SBP / SBPI seluruh negara dan sekolah menengah harian dan teknik yang lain serta dibantu oleh tiga orang staf sokongan iaitu :

  • Ketua Penyelia Asrama N22
  • Pembantu Tadbir N11
  • Pemandu R3

Dalam keadaan serba baharu, sekolah pada waktu itu masih belum mempunyai pasukan pengurusan yang sempurna, buat sementara waktu ia ditadbir-urus oleh seorang "care-taker" yang dilantik oleh pihak BPSBPK iaitu Tuan Haji Jaafar Bin Mohd Ramli dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.

Beliau memainkan peranan utama menyedia dan mengurus segala keperluan keutamaan bagi sebuah SBP baharu. Pada 31 Julai 2009, Tuan Haji Jaafar Bin mohd Ramli kembali semula bertugas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Pada hari berikutnya, datanglah beransur-ansur pasukan pengurusan sekolah iaitu:

  • En Abdul Talib Bin Haji Sulaiman sebagai Penolong kanan Hal Ehwal Murid pada 1 Ogos 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
  • Encik Ahmad Shahbudin Bin Hj Ismail sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 16 September 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
  • Pn Hajah Rafeah Binti Hashim sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada 1 Oktober 2009 yang datang dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.
  • Tuan Haji Ismail bin Ibrahim sebagai Pengetua Cemerlang pada 16 November 2009.

Dengan tibanya pengetua pada 16 November 2009, maka lengkaplah pasukan pengurusan sekolah.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Berdiri megah di Bumi nan bertuah,

SMSKP nama sanjungan,

Sederap berpadu menggapai impian,

Bersama Menuju wawasan,

Kami pewaris nusa terbilang,

Satu bangsa satu budaya,

Pantang berundur di medan juang,

Sumpah keramat jadi pegangan,

Kami generasi cekap, gigih, berani,

Kami generasi mesra ICT,

Sukses, Kreatif, Produktif slogan bestari,

Misi sekolah kami sanjungi,

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu,

Penjana akademik terbilang,

Akhlak luhur dirangkul bersama,

Martabat bangsa pasti terjulang

Akhlak luhur dirangkul bersama,

Martabat bangsa pasti terjulang,

MARTABAT BANGSA PASTI TERJULANG.

Kemudahan infrastuktur[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terdiri daripada sebuah blok pentadbiran / akademik yang terdiri daripada :

  • Pusat Sumber Abdullah Munsyi
  • Dataran perhimpunan
  • Blok menengah atas dan menengah rendah
  • Bengkel
  • Makmal Sains
  • Dewan serbaguna

Di bahagian asrama pula, ia dilengkapkan dengan:

  • 1 dewan makan asrama
  • Asrama blok putera 3 tingkat
  • Asrama blok puteri 3 tingkat
  • Surau Al-Itqaan
  • Kantin

Bagi memeriahkan aktiviti sukan dan permainan, sekolah ini dilengkapi dengan:

  • Padang bola berkeluasan 90m kali 70m
  • balapan olahraga 400m
  • padang hoki
  • gelanggang bola keranjang
  • gelanggang tenis
  • gelanggang bola tampar
  • gelanggang bola jaring

Di bahagian belakang sekolah pula, ia dilengkapi dengan:

  • kuaters guru dan staf sokongan
  • 1 unit banglo jenis C ( pengetua )
  • 4 unit rumah teres dua tingkat jenis D ( penolong-penolong kanan )
  • 1 flat tiga tingkat jenis F ( 12 warden )
  • 6 unit rumah teres jenis G ( staf sokongan )
  • garaj bas
  • astaka
  • taman permainan kanak-kanak

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP)[sunting | sunting sumber]

Pada 22 hingga 26 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah diberi kepercayaan oleh pihak BPSBPK untuk mengendalikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) dan menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Pada hari kejadian, semua SBP dari seluruh negara telah datang ke SMSKP bagi memeriahkan program ini. Antara aktiviti pada hari kejadian ialah:

  • Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
  • Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri
  • Pameran Inovasi
  • Gerai jualan
  • Majlis Anugerah Cemerlang SBP
  • Majlis Anugerah Akademik dan Kepimpinan SBP

Pada HKSBP kali ini, SMSKP buat pertama kalinya telah melahirkan seorang penerima anugerah bagi Anugerah Pelajar Full Colours iaitu Saudara Mustakim Bin Mohd Razali yang juga merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2015.

Sila layari http://hksbp.smskp.edu.my/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HKSBP ke-43.

Sekolah Berprestasi Tinggi[sunting | sunting sumber]

Atas kerjasama semua warga SMSKP yang berjaya menaikkan imej sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pada tahun 2013, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dengan rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walaupun baru 4 tahun beroperasi, SMSKP telah membuktikan bahawa sekolah baharu juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah lama yang lain. Sehingga kini, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terus melakar kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah juga di peringkat antarabangsa.

Penambahbaikan infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2013, telah banyak penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar dan guru bagi menaikkan semangat mereka untuk terus membawa nama SMSKP ke peringkat antarabangsa. Antara penambahbaikan yang telah dilakukan ialah:

  • Memasang penghawa dingin di Dewan Bitara
  • Memasang penghawa dingin di Surau Al-itqaan
  • Membina gelanggang hoki
  • Membaiki kerosakan di seluruh kawasan sekolah
  • Menubuhkan Kelas Abad Ke-21
  • Membina Speaker Corner di dataran sekolah
  • Membina tangga yang menghubungkan dataran sekolah terus ke pejabat sekolah
  • Mencantikkan dan menceriakan kawasan sekolah dan asrama