Sekolah Menengah Sains Kuching Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
Moto Ilmu, Integriti, Iltizam
Ditubuhkan 2013
Jenis Sekolah Berasrama Penuh
Pengetua Dr Norisah binti Suhaili
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En Majelan bin Sulong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn Hj Adzudin bin Mantrang
Penolong Kanan Kokurikulum En Mohamed Rais bin Busami
Kod sekolah YEA1211
Lokasi Matang Jaya, Kuching, Sarawak
Nama singkatan SAKURA, SMSKU
Telefon 082-646540


Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-3 di negeri Sarawak.  Berlokasi di Lot 2666 Lorong 6A10, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak, Malaysia, SAKURA memulakan operasinya pada 1 Januari 2013 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun 2015, SAKURA memiliki seramai 510 orang pelajar dengan sokongan seramai 58 orang guru dan 8 orang anggota kumpulan pelaksana.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2013 dengan kemasukan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4.

Visi, Misi dan Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"

MISI[sunting | sunting sumber]

Memastikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO[sunting | sunting sumber]

"Ilmu, Integriti, Iltizam"

Perincian moto sekolah:

  • Ilmu : Memartabatkan ilmu pengetahuan serta penerapan budaya ilmu dalam kehidupan.
  • Integriti : Mengamalkan nilai-nilai kejujuran dan bertanggungjawab serta sentiasa memelihara maruah diri dan nama baik.
  • Iltizam : Usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita dan kejayaan.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah Menengah Sains Kuching Utara telah digubah lirik dan lagunya oleh guru Pendidikan Muzik, En. Ernie Juan Prima bin Nordin dan guru Pendidikan Seni Visual, En. Berudi ak. Ngelambai. Lagu ini berjudul 'MEKAR SAKURA' yang melambangkan kecemerlangan SAKURA juga setanding dan seiring dengan SBP lain di seluruh Malaysia. Lagu 'MEKAR SAKURA' telah dirasmikan pada 22 Mei 2013 oleh Pengetua, Dr. Norisah bt. Hj. Suhaili.

MEKAR SAKURA[sunting | sunting sumber]

(Dengarkan lagu di sini)

Di sini

Kita mengorak langkah

Dalam usaha mencapai cita-cita

Menjadi insan yang cemerlang

Demi masa depan yang gemilang

Di sini

Ikrar kita laungkan

Cogan kata seiring dibawa

Ilmu, Integriti, Iltizam

Teras kemajuan kita bersama

Sekolah Menengah Sains Kuching Utara

Namamu dijulang sentiasa

Menjadi kebanggaan kita semua

Untuk agama, bangsa dan negara

Maju sehati, (maju sehati), maju sejiwa

Perpaduan menjadi pegangan

Agar kita terus berjaya

Harumlah namamu SAKURA

Harumlah..... Namamu SAKURA.....

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha untuk mencipta logo sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo sekolah. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga SAKURA yang berminat. Hasilnya, pertandingan ini menerima penyertaan yang cukup memberangsangkan daripada warga SAKURA, terutamanya kepada pelajar-pelajar yang amat meminati seni lukisan. Setelah dihakimi oleh Jawatankuasa Pemilihan Logo, maka ahli jawatankuasa sebulat suara memilih logo ciptaan En. Bahtiar b. Afandi, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran SAKURA untuk menjadi pemenang. Logo Sekolah Menengah Sains Kuching Utara telah dirasmikan pada 22 Mei 2013 oleh Pengetua, Dr. Norisah bt. Hj. Suhaili bersama-sama lagu 'MEKAR SAKURA' dalam satu majlis khas.

Logo ini mempunyai pengertian yang tersendiri. Berikut merupakan perincian kepada setiap komponen logo SAKURA:

Logo rasmi Sekolah Menengah Sains Kuching Utara

PERISAI:[sunting | sunting sumber]

  • Melambangkan keberanian, kegagahan, kekuatan dan perlindungan
  • Lambang serta empat bahagian berwarna iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru dalam perisai melambangkan empat buah rumah dalam Sistem Rumah SAKURA iaitu Ignis (Merah), Terra (Hijau), Aero (Kuning) dan Aqua (Biru).
  • Nama rumah SAKURA ini merupakan nama Latin yang mewakili empat elemen alam semulajadi iaitu Ignis (Api), Terra (Tanah), Aero (Angin) dan Aqua (Air).
  • Empat elemen alam semulajadi ini menunjukkan empat keadaan jirim iaitu Api-Plasma, Air-Cecair, Udara-Gas dan Tanah-Pepejal

SKROL:[sunting | sunting sumber]

  • Melambangkan kejayaan dalam pencapaian akademik dan pendidikan.
  • Ilmu, Integriti, Iltizam ialah nilai yang ada pada setiap warga sekolah.

Sistem Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Sistem pembelajaran di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi pengajian di Tingkatan 4 dan 5, SAKURA hanya menawarkan aliran Sains Tulen sahaja.

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

Setiap tingkatan diberi nama khas sempena nama-nama saintis yang terkenal dan banyak menyumbang dalam bidang sains.

  • Tingkatan 1 - Einstein
  • Tingkatan 2 - Curie
  • Tingkatan 3 - Edison
  • Tingkatan 4 - Newton
  • Tingkatan 5 - Galileo

Pencapaian Akademik[sunting | sunting sumber]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014[sunting | sunting sumber]

Seramai 73 orang pelajar kumpulan pertama Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara telah menduduki Peperiksaan SPM 2014. Setelah keputusan SPM 2014 diumukan pada 3 Mac 2015 yang lalu, seramai 15 orang pelajar telah mencapai keputusan cemerlang semua A dalam SPM 2014. Gred Purata Sekolah (GPS) SAKURA ialah 1.84. Di peringkat SBP, SAKURA berada pada kedudukan ke-20 daripada 68 buah SBP seluruh Malaysia.[1][2] Di peringkat JPN Sarawak, SAKURA berada pada kedudukan ke-3, di belakang SM Sains Kuching (SAINSKU) dan SM Sains Miri (SAINSRI).[3][4] Rabiatulasikin bt. Hasan telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2014 SAKURA yang telah memperoleh keputusan 6A+,3A. Dalam satu majlis, Pengetua, Dr. Norisah bt. Suhaili telah mengumumkan bahawa SAKURA tersenarai dalam kalangan 50 buah sekolah terbaik Malaysia 2014.

Sistem Rumah SAKURA[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Kuching Utara juga mengamalkan sistem rumah sepertimana Sekolah Berasrama Penuh yang lain. Sistem rumah di SAKURA terdiri daripada empat buah rumah iaitu:

  • Aero - Rumah kuning.
  • Aqua - Rumah biru.
  • Ignis - Rumah merah.
  • Terra - Rumah hijau.

Bagi menghargai dedikasi pelajar dan usaha rumah masing-masing, sebuah majlis penyampaian anugerah diadakan pada setiap tahun. Majlis ini dikenali sebagai Malam Anugerah Sri Bitara. Bagi sesi 2013, majlis ini diadakan pada 8 November 2013. Mandat telah diberikan kepada Rumah Terra untuk mengendalikan majlis yang julung kali diadakan ini. Pada tahun ini, kemenangan secara keseluruhan telah berpihak kepada rumah Aero. Pada tahun 2014 pula, majlis ini diadakan pada 27 September 2014. Amanah untuk mengendalikan majlis ini diberikan kepada Rumah Ignis. Pada kali ini, kemenangan keseluruhan diambil alih oleh Rumah Aqua.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Ranking SBP 2014
  2. Ranking Terbaik SPM 2014 SBP dan MRSM
  3. 15 in Sarawak score straight A+ in 2014 SPM examination-The Borneo Post Online
  4. Membanggakan-The Borneo Post Online