Sekolah Menengah Sains Muar
Sekolah Menengah Sains Muar | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berpretasi Tinggi |
Moto | Berilmu & Berbakti |
Ditubuhkan | 31 Mei 1983 |
Nombor sekolah | +606-9523181 |
Kod sekolah | JEA5027 |
Pengerusi PIBG | Dr Fauzy |
Pengetua | Tn. Haji Razali Bin Sudin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn Haji Mohd Fauzi bin Othman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Azimi bin Md Zin |
Penolong Kanan Kokurikulum | Tn Haji Ramli bin Hamid |
Faks | +606-9536693 |
Laman sesawang | www.sainsmuar.edu.my |
Dahulu dalam Daerah Muar, kini dalam Daerah Tangkak | |
![]() |
Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di kawasan Tanjung Agas. Sekolah ini ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di kawasan seluas 42 ekar. Tuan Hj Hamzah bin Abd Rashid merupakan pengetua pertama berkhidmat di bumi SAMURA hingga 1984. Seramai 204 orang pelajar Tingkatan I merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada tarikh ini dan pada Jun 1983 Kumpulan kedua pelajar sekolah ini mendaftarkan diri. Mereka merupakan 421 orang pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (TOEFL) sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pada tahun 1988, sekolah ini hanya menerima pelajar baru tingkatan IV sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar tingkatan I. Pada 1990 sekolah ini mempunyai tingkatan IV dan V sahaja. Pada 30 Jun 1991, sekolah ini telah menerima kumpulan pertama Tingkatan VI Rendah sehingga tahun 1994. Pada tahun 1995, sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah hingga tahun 2000. Mulai tahun 2016, sekolah ini menerima semula kemasukan pelajar Tingkatan 1.
Seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di bumi SAMURA ini semenjak 1983 hinggalah sekarang dan banyak sumbangan dan pembaharuan yang telah dibawa. SAMURA boleh menempatkan sekitar 700 pelajar dan mempunyai 6 blok asrama yang terdiri daipada 4 blok asrama puteri dan 2 blok asrama putera.
Sepanjang tempoh ini juga SAMURA telah melalui banyak perubahan dan pelbagai pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Kejayaan SAMURA ini bukan merupakan usaha satu pihak sahaja, malah PIBG telah banyak membantu dalam merealisasikan impian sekolah. ALUMNI SAMURA juga banyak membantu dan memberikan bimbingan dan motivasi serta kursus bagi pelajar sebagai satu bentuk khidmat sosial kepada pihak sekolah.
Sekolah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan bandar Muar dan Tangkak, di mana ia mudah untuk di hubungi. Di hadapan sekolah ini terdapat sebuah tanah perkuburan orang Islam, stesen minyak Shell dan Petronas, serta kawasan komersial seperti rumah kedai dan juga pasar raya. Sekolah ini mempunyai kawasan taman yang indah serta kemudahan infrastruktur yang lengkap. Baru-baru ini, sebuah dewan kuliah dan makmal komputer telah hampir siap sepenuhnya setelah dibina berhampiran dewan utama.
Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]
Menunaikan khidmat dan jasa Berilmu Berbakti amalan semua Mencapai cita-cita Restui kami dari ibu dan bapa Semoga kami berjaya Bergerak melangkah Berjuang bersama Untuk nusa dan bangsa Kamilah pelita alam semesta Tunas pemimpin negara Pelopor pada kemajuan pembangunan SMS mengorak langkah Doa kami pada Allah yang Esa Menyanjung segala usaha Menuju ke arah matlamat utama Berusaha akan berjaya |
To fulfill our service and deeds To have knowledge and to serve is the practice of all Achieving the goal Blessings from our mothers and fathers So we may succeed Moving by steps Striving together For the country and its people We are the light of the universe The budding leaders Pioneers in the development and progress SMS is moving forward Our prayers to Allah the Almighty Praised all the effort Towards the main goal Strive to be successful |
Moto Legacy[sunting | sunting sumber]
Others stride, we charge
Others hesitate, we proceed
Others retreat, we advance
Others fail, we triumph
Others succeed, we excel.
Bold and brave we are
Not followers but leaders
Not dependent, but depended on
We are the students of SMS Muar
We are the best
Matapelajaran Teras[sunting | sunting sumber]
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam
Sejarah
Matapelajaran Elektif[sunting | sunting sumber]
Bermula Tahun 2021 berpandukan KSSM, SM Sains Muar hanya menawarkan Aliran Sains Tulen.
Sebagai tambahan bermula 2016, Bahasa Antarabangsa telah diperkenalkan bermula dengan Bahasa Arab, Bahasa Jerman dan diikuti Bahasa Cina Komunikasi.
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Muar (ALUMNISAMURA)[sunting | sunting sumber]
Adalah diperakui bahawa PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS, MUAR, JOHOR (ALUMNI SAMURA) didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah PPM-007-01-01072004 pada 07 haribulan Januari 2004.
fb rasmi :- Alumni Samura (Alumni Sekolah Menengah Sains Muar)
Antara bekas-bekas pelajar yang terkenal:-
- Datuk Khairussaleh Ramli (Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Bank Bhd dan Kumpulan RHB) - Class of '84
- Siti Hajjar Adnin (Bekas Duta Malaysia ke Ireland) - Class of '85
- Ali Hassan bin Mohd Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Al-Ikhsan Sports) - Class of '87
- Omar Mustapha Ong (Bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6) - Class of '88
- Wan Hasliza Wan Zainuddin (Produser/Pengarah Filem, KL Motion Picture) - Class of '89
- Hasrul Farid Hasnan (Ketua Audit Dalaman, SME Bank Malaysia Berhad) - Class of '91
- Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan (Bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, AgroBank Malaysia Berhad) - Class of '91
- Muhammad Afhzal Abdul Rahman (Ahli Lembaga Pengarah Celcom Axiata Berhad & Ketua Pegawai Teknologi Digital, KWSP) - Class of '92
- YB. Hahasrin Hashim (Ahli Dewan Negeri Johor N.34 Panti) - Class of '93
- Mohd Idzwan bin Yacob (Ahli kumpulan nasyid, Firdaus & Pengetua INASIS TNB, UUM) - Class of '94
- Dato' SM Azli bin Tan Sri SM Nasimuddin (Pengarah Eksekutif Go Auto Sales, CEO HAVAL Malaysia) - Class of '01
- Nur Syakirin Husnal Az Hari (Pengacara Selebriti) - Class of '06
- Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (Pengacara TV3) - Class of '12
- YB. Datuk Muhammad Jailani Khamis (ADUN Melaka Rembia) - Class of '89
- Ahmad Janatul Firdaus bin Datuk Dr Haji Dzulkarnain (Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif) 2019) - STPM 1992)[1]