Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah | |
---|---|
Lokasi | |
Ayer Keroh, Melaka Tengah, Melaka Bandaraya Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Moto | "Bersikap Membina" |
Ditubuhkan | 5 Januari 1973 |
Kod sekolah | MEE2141[1] |
Pengetua | Puan Che Romas Binti Noor |
Warna | Biru, Merah, Kuning |
Laman sesawang | Laman web rasmi SM Sains Muzaffar Syah |
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Tulisan Jawi: سكوله منڠه ساءين س موزففر شه; MOZAC) merupakan satu-satunya sekolah menengah sains dan satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka. Ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia ke-2, ia ialah sekolah berasrama penuh pertama di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai MOZAC dan para pelajar digelar Muzaffarians. Pada tahun 2010, sekolah ini telah dianugerahkan dengan gelaran tertinggi iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)[2] yang diberikan kepada 20 buah sekolah di Malaysia yang telah memenuhi kriteria ketat termasuk pencapaian akademik, sokongan alumni, pengiktirafan antarabangsa, rangkaian dan hubungan. Sekolah ini dikhususkan untuk pembangunan teknologi hijau, pertanian, robotik dan elektronik.[3] Sekolah ini juga merupakan ahli kepada Perikatan Pendidikan Strategik Asia Tenggara.[4]
Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Melaka telah didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras laut. Keluasan asalnya ialah 12.9 hektar. Sejarah sekolah ini telah bermula pada tanggal 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis telah ditempatkan di SMK Munsyi Abdullah, Batu Berendam, Melaka sementara menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh kerana bangunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan, pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang pada tahun berikutnya.
Pada 3 Januari 1976, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah ditumpangkan sekali lagi di SMK Munsyi Abdullah.
Mereka telah ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka pada 10 Mei 1976. Pada mulanya, sekolah ini mempunyai 22 buah kelas, pejabat, perpustakaan, bilik kakitangan, makmal bahasa, bilik media, bilik kaunseling, koperasi, hidup bengkel kemahiran untuk Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Kemahiran Manipulatif Latest (KMT), doktor gigi bilik, sakit teluk, pejabat asrama dan lain-lain. Pada tahun 2001, surau Al-Abrar telah dibina dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka serta pembinaan lampu sorot di sekolah, asrama dan padang. Untuk menggalakkan penglibatan pelajar dengan ICT, dasar sekolah membolehkan pelajar untuk membawa komputer riba masing-masing. Sekolah juga disediakan dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma oleh Kerajaan Melaka.
Pada tahun 1978 dengan kerjasama Unit Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk menjalankan Kursus Matrikulasi, satu kursus intensif setahun untuk pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan pertama pelajar-pelajar Kursus Matrikulasi ini terdiri daripada 102 orang pelajar yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Tingkatan 6 dihentikan dan kelas Matrikulasi UKM disambungkan semula dengan memulakan Kelas Matrikulasi Sains Kejuruteraan.
Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Muzaffar Syah, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang keempat. Muzaffar juga bermaksud menang dalam bahasa Arab Perasmian pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.
Pada tahun 1998, sekolah ini telah diiktiraf sebagai satu daripada 88 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Pada tahun 2007, padang MOZAC telah menjadi tempat latihan untuk Manchester United untuk Piala Juara-Juara Belia 2007 dan juga telah dinaik taraf sebagai Sekolah Bestari 5 Bintang. Pada tahun 2008, tanah runtuh telah berlaku. Kebanyakan sebelah atas padang teruk terjejas. Pada tahun itu juga, sekolah ini memperoleh status Sekolah Kluster diikuti oleh Sekolah Berprestasi Tinggi pada 2010.
Pada tahun 2017, sekolah ini mempunyai seramai 614 orang pelajar iaitu 324 pelajar lelaki dan 290 orang pelajar perempuan. Sekolah ini juga terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang mana setiap tingkatan mempunyai lima buah kelas (Alpha, Beta, Omega, Sigma dan Theta). Kelas Sigma dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja manakala kelas Theta pula dikhaskan pelajar lelaki. Pada tahun ini juga kelas tingkatan satu dibahagikan kepada kelas DLP dan bukan DLP (Dual Language Programme).
Pentadbir Sekolah[sunting | sunting sumber]
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengetua | Pn. Che Romas Binti Noor |
Penolong Kanan Pentadbiran | Pn. Siti Hasnah Binti Shohod@Yusop |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Zulindawati Binti Mohd Jais |
Penolong Kanan Kokurikulum | - |
Ketua Mata Pelajaran Bahasa | En. Ahmad Rizal Bin Aziz |
Ketua Mata Pelajaran Sains & Matematik | Pn. Normarzitah Binti Idris |
Ketua Mata Pelajaran Teknik & Vokasional | Pn. Hawa Naqiah Binti Makmor |
Ketua Mata Pelajaran Kemanusiaan | En. Husaini Bin Zakaria |
Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]
Tahun Mula | Nama Pengetua |
---|---|
1973 | |
1976 | Haji Yahaya bin Mayah |
1982 | Haji Ismail bin Adnan |
1985 | Haji Yaacob Bin Ederis |
1988 | Haji Osman Bin Busu |
1992 | Haji Ramli Bin Haji Mohammad |
1995 | Haji Sairi Bin Haji Tahir |
1997 | Encik Mohd Zin Bin Abdul Hamid |
2003 | Encik Khairil Bin Awang |
2005 | Encik Baharuddin Bin Burhan |
2011 | Tuan Haji Hassan Bin Topit |
2015 | Encik Abdul Malek Bin Harun |
2016 | Tn Haji Mohd Ghazali Bin Ahmad |
2019 | En Md Baharuddin Bin Mahani |
2021 | Puan Che Romas binti Noor |
heyhey
Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]
Lirik : Ustaz Hamdan Kamarudin
Lagu : S. Sudarmaji
Susunan Lagu : Mohd Hasifian Harun
Sekolah Muzaffar Syah Melaka
Ikhlas mendidik putera dan puteri
Hasrat mulia tersemat di jiwa
Bersikap membina amal sentiasa
Majulah Muzaffar Syah Melaka
Bonda kandung yang kami kasihi
Inilah janji kami padukan
Nama harummu tetap dijaga
Semoga yang maha kuasa
Memberikan restu setiap masa
Kita pelajar bertatasusila
Amanah rakyat dijunjung bersama
Mencari ilmu dasar utama
Untuk pertiwi kita berjasa
Panorama Sekolah[sunting | sunting sumber]
MOZAC terkenal di kalangan sekolah di Malaysia kerana mempunyai pandangan yang sangat indah. Biarpun bangunannya lama, namun pemandangan seluruh negeri Melaka sehingga menampakkan Gunung Ledang ini amat sukar untuk dilepaskan sekiranya seseorang melawat MOZAC. Terdapat juga beberapa tempat yang amat menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran.
Suasana sekolah yang pada kebiasaannya berkabus pada waktu pagi membekalkan udara yang segar dan suasana yang dingin kepada pelajar MOZAC. Selain itu, keadaan fizikal MOZAC yang tinggi ini membuatkan pelajar lebih aman dan tenteram kerana kurang pencemaran bunyi dan pencemaran udara.
MOZAC boleh juga dianggap sebagai tempat peranginan kerana suasana yang aman dan tenteram. Di samping itu, antara pemandangan yang menjadi tarikan di sini ialah pemandangan ketika terbitnya matahari dan terbenamnnya matahari. Pada masa-masa tersebut, langit akan kelihatan oren dan udaranya yang nyaman akan membuatkan sesiapa yang berada di situ berasa tenang.
Secara umumnya terdapat sejumlah 3 blok bangunan yang menempatkan pelajar MOZAC. 2 daripadanya merupakan blok gabungan yang menempatkan pelajar lelaki manakala sebuah blok asingan menempatkan pelajar perempuan. Asrama puteri (Aspuri) dan Asrama putera (Aspura) dipisahkan oleh Dewan Sultan Megat Iskandar Syah yang merupakan dewan makan sekolah ini. Surau Al-Abrar baharu yang siap dibina pada tahun 2016 menggantikan Surau Al-Abrar yang lama. Pembinaan surau ini mengambil masa selama 2 tahun. Surau yang berkonsep terbuka ini direka oleh arkitek kerana kedudukan MOZAC yang tinggi sudah pun menjadikan pengudaraan di dalam surau satu perkara yang tidak perlu diberi perhatian. Pengurusan surau ini diletakkan sepenuhnya ke atas Badan Pengawas, Badan Dakwah dan Kerohanian Islam (BADRI). Mereka bertanggungjawab menguruskan kebersihan dan menyelia program-program seperti bacaan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
Kehidupan pelajar[sunting | sunting sumber]
Badan Kepimpinan dan Badan Khas[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga buah badan kepimpinan yang berperanan penting dalam mengawal pelajar di MOZAC iaitu Badan Pengawas, Badan Dakwah dan Kerohanian Islam (BADRI), dan Majlis Sistem Rumah (MSR). Manakala, terdapat empat badan khas yang terdiri daripada Pengawas ICT (BRIGED BESTARI), Pengawas Perpustakaan Sekolah (PPS), Pengawas Koperasi MOZAC (KOSMOZ) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kesemua badan ini mempunyai ketua masing-masing yang diketuai pula oleh Ketua Pelajar. Ketua Pelajar dipilih berdasarkan aspek-aspek yang tertentu.
BRIGED BESTARI memainkan peranan penting dalam segala perkara berkaitan ICT. Contohnya, badan ini bertanggungjawab menyediakan Sistem PA dan penayangan media pada setiap majlis seperti Malam Seribu Bintang (MSB). Badan ini juga bertanggungjawab menguruskan dan mendaftar pelajar-pelajar yang membawa gajet ke sekolah untuk direkodkan di dalam sistem. PPS pula bertanggungjawab menguruskan Perpustakaan. PRS membantu menjayakan program-program motivasi dan menjadi tonggak utama dalam kemenjadian murid di sekolah. KOSMOZ pula bertanggungjawab menguruskan koperasi sekolah dan koperasi asrama.
Jawatan | Nama |
---|---|
Ketua Pelajar | LUTFIL HARITH BIN LOKMAN |
Ketua Pengawas Lelaki | HARITH DANIAL BIN HIRMAN |
Ketua Pengawas Perempuan | SOFIA NAJWA BIN HASMOL WATAN |
Setiausaha Agung Pengawas | MUHAMMAD HAZEEQ ASYRANI BIN BADOR ESAM |
Bendahari Kehormat Pengawas | MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN MOHAMAD KHIR |
Ketua BADRI | HANEEF EZAIRY BIN AZMAN |
Ketua BRIGED BESTARI | MUHAMMAD ANWAR SYAFIQ BIN MOHD HASNUL AMRI |
Ketua PPS | MUHAMMAD DANISH ERFAN BIN MOHD EMRAN |
Ketua KOSMOZ | SHAHQEER BIN ABU HASSAN |
Ketua PRS | MOHAMMED LUKHMAN HAZIQ BIN MOHAMMED SUFFIAN |
Majlis Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]
Terdapat empat buah rumah sukan di MOZAC termasuklah Bendahara (Kuning), Syahbandar (Hijau), Temenggung (Merah) dan Laksamana (Biru). Empat buah rumah ini bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan gelaran rumah terbaik yang akan diumumkan pada Malam Seribu Bintang (MSB) pada setiap tahun.
Rumah | Warna | Logo | Emblem | Slogan | Ketua Rumah | Timb. Ketua Rumah |
---|---|---|---|---|---|---|
Bendahara | Kuning | Pheonix | Brighter, Bolder, Better | MUHAMMAD DANISH AIMAN BIN ZAIRULNIZAM | FARSHA BERLYANA BINTI ADINEGARA | |
Syahbandar | Hijau | Nemesis | Solid, Spirit, Smart | MUHAMMAD WAFIY BIN MD ALI | NUR AQILAH BINTI HELMI ISKANDAR | |
Temenggung | Merah | Lion | Born to Win | MUHAMMAD DANISH UMAIR BIN MOHD HAFIZ RIDZUAN | DAMIA HAZIYAH BINTI BUANG | |
Laksamana | Biru | Megalodon | Beyond Expectation, Towards Perfection | HAZIM ZAMIR BIN HAIREYZAL | NUR AMANINA FILZAH BINTI NOR IZAM |
Kokurikulum[sunting | sunting sumber]
Sukan yang terkenal di MOZAC ialah ragbi (MOZAC Highlanders), hoki (MOHOC), bola lisut, bola keranjang, bola tampar, bola jaring, dan bola sepak. Sukan-sukan lain yang juga dimainkan oleh pelajar termasuk sepak takraw dan badminton. Antara unit beruniform yang ada di sekolah ini ialah Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Persatuan Puteri Islam (PPI), kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap Udara, kadet Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KAPA), Persatuan Bulan sabit Merah (PBSM) dan pancaragam. Semasa Hari Ko-Kurikulum, terdapat pertandingan kawad kaki. Untuk divisyen pertama, badan-badannya ialah PKBM, KRS dan IHPR. Untuk divisyen kedua, ia terdiri daripada KAPA, PBSM dan Pengakap Udara.
Pengkhususan MOZAC ialah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Terdahulu apabila ia menerima status Sekolah Kluster, terdapat tiga bidang khusus iaitu k-teroka (R&D), e-Mozac (ICT) dan e-Tinta (Penulisan). Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya telah digabungkan menjadi R&D pada tahun 2012. Kebelakangan ini,[bila?] MOZAC telah dikenali perintis dalam pelbagai bidang. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menghasilkan pemacu kilat sendiri dipanggil i-Mozac. Lampu di sekolah sepenuhnya menggunakan LED yang dipasang oleh pelajar sendiri. Sekolah ini juga dikenali dengan robotik dan program F1 in school.
Pencapaian dan Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
MOZAC sangat aktif menyertai pertandingan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tahun | Pertandingan | Pencapaian |
---|---|---|
2021 | INTERNATIONAL BUSINESS IDEA COMPETITION (IBIC 2021) | Champion
1st Runner-Up 2nd Runner-Up |
INTERNATIONAL SCIENCE INNOVATION AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION (ISIPSc 2021) | Project Presentation : Bronze Award
Public Speaking : Silver Award | |
MALAYSIA INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO 2021) | Gold Award
Silver Award | |
FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS INTERNATIONAL SYMPOSIUMS (FRSIS 2021) | Gold Award | |
2019 | INTERNATIONAL CHENG HO FESTIVAL (ICHF 2019) | Treasure Hunt : Champion |
2018 | INTERNATIONAL MATHEMATIC OLYMPIAD 2018 | Silver Award |
FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS INTERNATIONAL SYMPOSIUMS (FRSIS 2021) | Silver Award | |
ALOHA MENTAL ARITHMETIC INTERNATIONAL COMPETITION MOSCOW 2018 | 3rd Runner-Up | |
MALAYSIA INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO 2021) | Gold Award | |
INTERNATIONAL SCIENCE INNOVATION AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION (ISIPSc 2018) | Project Presentation : Silver Award
Poster Presentation : Bronze Award Public Speaking : Silver Award |
Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]
- "Bersama Tokoh bekas pelajar Mozac YB Datuk Idris bin Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka". Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - "'Kolot' dan Ketua Menteri Melaka Baru". Harakah. Dicapai pada 16 Mei 2013. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - "Temubual bersama Tokoh Bekas Pelajar - Dato' Dr. Ma'amor bin Osman". Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - Professor Dr A Rahman A Jamal, Ketua Projek Malaysian Cohort, satu daripada tiga eksperimen yang dibawa oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas.[5]
- Dr. Jaafar Jantan - Penerima Anugerah Akademik Negara 2010.[6]
- Dato’ Dr Abd Latif Mohmod - Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia[7]
- Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap - Penerima Fellowship of the Royal College of Surgeons[8]
- Dr Mazalan Kamis - CEO Institut Darul Ridzuan, bekas CEO Yayasan Inovasi Malaysia.
- Halim Husin - Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
- Abdul Rashid Abdul Rahman - CEO Syarikat Air Melaka
- Dato Mohd Fauzi Yaakub - Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka
- Bambang Sutrisno Soteto - pendandan rambut terkenal, Presiden Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera (BUHA)[9][10]
- Alia Anin Azwa - ahli kepada Juara (Kumpulan) Kejohanan Olimpiad Catur Dunia 2016.
- Fazri Yusof aaminn
- Mejar Jeneral Nubli Hj Hashim - Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK) Ke–15 [1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-19.
- ^ "20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM". Utusan Malaysia. 25 Januari 2010.
- ^ (Inggeris) "Improving Student Outcomes" (PDF). www.pemandu.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-05. Dicapai pada August 9, 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-17. Dicapai pada 2015-08-09.
- ^ "Sesi Temubual dengan Profesor Dr. A. Rahman A. Jamal, Pengarah UMBI". Dicapai pada 2015-08-09.
- ^ (Inggeris) "Applied Sciences Education Research Group (ASERG)". Dicapai pada 2015-08-09.
- ^ "Sanggup berlapar kerana buku". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Januari 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Rakyat Malaysia terima anugerah di Scotland". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 November 2014. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Diupah 50 sen untuk gunting rambut". KOSMO!. Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Bambang, jurutera kimia jadi pendandan". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)