Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani
Lokasi
Seremban, Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
MotoModal Insan Aspirasi Negara
Kod sekolahNEA4118
Pengerusi PIBGIr Zainal Abidin Bin Salleh
PengetuaPuan Monarazmah binti Abdul Razak
JantinaPerempuan
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Saleh bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Umi Kelsom Binti Nayan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Haslina Binti Ali
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani atau SGS merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau juga dikenali sebagai ’Science Girls School’ (SGS) mula memperoleh kelulusan untuk beroperasi pada 3 Ogos 2013 dengan menerima seorang Penyelaras (care taker) berkuatkuasa 21 Ogos 2013. Diikuti pada 16 September 2013, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pemandu melapor diri. Sehingga 31 November 2013, SGS telah menerima PK HEM, 3 orang guru kanan mata pelajaran (GKMP Bahasa, GKMP Kemanusiaan dan GKMP Sains & Matematik) dan seorang Ketua Pembantu Tadbir. Pada 1 Disember 2013 pula, SGS telah menerima bekalan guru seramai 12 orang yang diambil daripada Sekolah Berasrama Penuh lain, yang memohon berpindah daripada sekolah lama mereka. Manakala tanggal 6 Januari 2014, titik bersejarah apabila Pn. Hjh. Azizah bt. Musa telah melaporkan diri sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban yang pertama.

Penjenamaan semula SGS adalah dengan mengambil alih tapak bangunan Kolej Tunku Kurshiah  (kerana TKC telah memperoleh bangunan baru  di Bandar Enstek),  dengan keluasan  tanah 22 ekar di Bukit Merbah, Jln. Tunku Kurshiah.  SGS pada peringkat awal, telah mengguna pakai 4 blok asrama (daripada 7 blok yang sedia ada), blok pentadbiran, blok akademik, surau, dewan besar, dewan makan dan 2 blok bangunan baru beserta padang dan gelanggang.

SGS telah menerima puteri sulung pada 25 Februari 2014. Seramai lebih kurang 177 orang murid dari kalangan murid tingkatan 4 dari seluruh negara ditempatkan di sekolah ini. Bilangan kelas yang  dibuka hanya 6 kelas sains tulen. Pada tahun 2015, SGS menerima 208 orang pelajar yang ditempatkan di 6 kelas Sains Tulen dan  3 kelas Sains Sosial buat pertama kalinya. Pada tahun 2016, SGS telah menerima 127 orang puteri yang ditempatkan di 5 kelas. 3 daripadanyanya adalah kelas Sains Tulen, manakala baki 2 kelas adalah kelas Sains Sosial.


Penukaran Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Perempuan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani. Nama baharu itu mengambil sempena nama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Tuanku Aishah Rohani telah berkenan membenarkan penukaran nama baharu sekolah itu pada 26 Mei 2017.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mengumumkan nama baharu sekolah itu pada majlis pemasyhuran SM Sains Tuanku Aishah Rohani. Berangkat sama ke majlis itu ialah Tuanku Aishah Rohani serta dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab. Malik, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Aidie Jantan, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Pkharuddin Ghazali dan Pengetua SM Sains Tuanku Aishah Rohani Maimunah Ismail.