Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan, Sekolah kluster, Sekolah berprestasi tinggi |
Moto | Berilmu, Beramal, Bertaqwa |
Ditubuhkan | 1995 |
Nombor sekolah | 6047823733 |
Kod sekolah | KEAB002 |
Pengerusi PIBG | Encik Nesar Ahmad Khan |
Pengetua | En. Safarim bin Salim |
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Md Roslan bin Zainol |
Singkatan | SAINA |
Faks | 6047825275 |
Laman sesawang | http://www.smsps.edu.my/ |
Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena atau nama ringkasnya,SAINA merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains yang terletak di Km 25, Jalan Kuala Nerang.
Pada 2020, Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena memiliki 190 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 420 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2020
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (dikenali sebagai SMSPS dan SAINA) adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia. Sekolah ini hanya menyediakan aliran pengajian Sains Tulen.
Sejarah SMSPS[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada bulan November 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengambilan pelajar pertama sekolah ini pada 15 Januari 1996 menyaksikan seramai 136 orang pelajar tingkatan satu ditempatkan dalam lima buah kelas dan 168 orang pelajar tingakatan empat yang ditempatkan dalam enam buah kelas. Bilangan guru pada waktu itu seramai 25 orang. [1]
Lokasi SMSPS[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Star, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Sekolah ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Pokok Sena. Bangunan-bangunan sekolah terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar, bersebelahan kebun getah.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena
- Km 25, Jalan Kuala Nerang
- 06400, Pokok Sena
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047823733
- Fax = 6047825275
Prasarana[sunting | sunting sumber]
Bangunan akademik[sunting | sunting sumber]
Infrastruktur asal sekolah merangkumi empat blok bangunan akademik tiga aras, satu blok bangunan kemahiran hidup dua tingkat, bengkel pertanian untuk subjek Kemahiran Hidup, dewan sekolah, dan kantin sekolah. Surau sekolah yang mempunyai dua aras, lebih dikenali dengan Surau Al-Fatonah, mampu memuatkan 900 orang jemaah pada sesuatu masa.
Kemudahan yang disediakan sekolah ialah 12 buah kelas untuk menengah rendah dan 12 buah kelas untuk menengah atas. Selain itu, sekolah juga menyediakan pusat sumber, dua buah bilik komputer, bilik tayangan, sebuah makmal sains, dua buah makmal untuk setiap subjek Sains Tulen (fizik, kimia dan biologi.)
Bilik-bilik khas juga diwujudkan. Misalnya bilik bahasa Melayu, bilik bahasa Jerman, bilik bahasa Jepun, bilik pembelajaran kendiri (Self-Access Learning, SAL) untuk kegunaan P&P bahasa Inggeris, bilik pendidikan seni dan Galeri Wawasan Kemanusiaan.
Asrama[sunting | sunting sumber]
Asrama sekolah terdiri daripada empat blok asrama tiga aras; dua blok asrama putera, dan dua blok asrama puteri. Di antaranya, terdapat dewan makan yang mampu memuatkan 800 orang pelajar.
Kemudahan sukan dan ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]
Kemudahan utama yang disediakan ialah sebuah padang bola sepak dan padang ragbi yang juga boleh digunakan untuk acara olahraga. Pada tahun 2007, sebuah pavilion baru telah didirikan di sisi padang. Selain itu juga kemudahan sukan lain di sekolah ini berupa sebuah padang hoki, dua buah gelanggang bola keranjang, dua buah gelanggang bola tampar, dua buah gelanggang sepak takraw, dua buah gelanggang tenis yang dilengkapi dengan satu wall practice.
Sebuah pusat kegiatan ko-kurikulum berupa tapak perkhemahan yang dibina di antara bengkel pertanian dan surau. [1]
Cogan kata SMSPS[sunting | sunting sumber]
- BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
- BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
- BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT
Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah "Berilmu, Beramal, Bertaqwa". Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqwa melengkapi sifat warga impian SBP.
Bendera SMSPS[sunting | sunting sumber]
Maksud Bendera:
- HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
- BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
- PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
- KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
- MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani
Pentadbiran SMSPS[sunting | sunting sumber]
Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.
Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai pengetua pertama di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. [2]
Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]
SMSPS dipuja, Sekolahku yang tercinta, Kamilah putri putra jaya, Mendukung wawasan negara. Kami pelajar setia, Disiplin santapan jiwa, Tekun serius berusaha, Cemerlang di hari muka. Berilmu harapan semua, Beramal dan bertakwa, Menjadi insan mulia, Seimbang akhirat dunia. Doa ayah dan ibu, Bimbingan panduan guru, Kami berjanji bertekad, Semoga Allah memberi berkat. Sumber: [3] Pengisian pelajar[sunting | sunting sumber]Akademik[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai mata pelajaran yang ditetapkan bagi seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]Selain itu juga, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena juga menawarkan para pelajar untuk bergerak aktif dalam gerak kerja ko-kurikulum. Senarai yang menyusul memaparkan aktiviti ko-kurikulum yang aktif di sekolah ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
|
|}