Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana ianya kekurangan petikan dalam baris. (Oktober 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) | |
---|---|
![]() Lencana SERATAS | |
Alamat | Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia |
Telefon | 605-8083020 |
Faksimili | 605-8062576 |
Laman Web | www.seratas.edu.my |
Alamat Emel | seratas6050@yahoo.com |
Klasifikasi | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan |
Moto | Di sini pemimpin dilahirkan |
Kod Sekolah | AEA6050 |
Pengetua | Tuan Haji Ahmad Badri Bin Abdul Manaf |
Penolong Kanan Akademik | Puan Ainul Akmar Binti Ahmad Tazalli |
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar | Puan Salwana binti Ahmad Suhaimi |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hasmyza binti Abdul Wahab |
Tahun dirasmikan | 1 Januari 1982 |
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, disingkatkan sebagai SERATAS, merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak kira-kira 3 kilometer (1.9 batu) dari bandar Taiping di Perak, Malaysia. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar (21.0 hektar) dan terletak di kaki Bukit Larut. Sekolah ini diasaskan pada 1 Januari 1982 dan dirasmikan pada 3 Oktober 1983 oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah.[petikan diperlukan]
Isi kandungan
Nama[sunting | sunting sumber]
Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak. Ia juga pernah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Taiping (disingkatkan sebagai SEMESTA). Pada 21 Februari 1987 nama sekolah ini secara rasmi ditukar kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah (justeru singkatan 'SERATAS') oleh DYMM Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.
Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Pengambilan pertama pelajar merangkumi enam buah kelas bagi Tingkatan 1, enam kelas bagi Tingkatan 4 dan empat kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Pada 11 Jun 1984 sekolah ini juga mula menyediakan kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia dengan pengambilan pelajar seramai 144 orang.
Pada masa ini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan kemasukan pelajar hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1. Pengambilan pelajar bagi Tingkatan 4 kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2015.
Subjek yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]
Tingkatan 1-2 (Aliran Reka Bentuk dan Teknologi)[sunting | sunting sumber]
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Pendidikan Islam /Moral
- Seni / Muzik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Kesihatan
- Bahasa Antarabangsa : Jepun / Perancis / Mandarin / Arab
Tingkatan 1-2 (Aliran Asas Sains Komputer)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Asas Sains Komputer
- Pendidikan Islam /Moral
- Seni / Muzik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Kesihatan
- Bahasa Antarabangsa : Jepun / Perancis / Mandarin / Arab
Tingkatan 3[sunting | sunting sumber]
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Kemahiran Hidup Bersepadu: Kemahiran Teknikal
- Pendidikan Islam /Moral
- Seni / Muzik
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Bahasa Antarabangsa : Jepun / Perancis / Mandarin / Arab
Tingkatan 4-5 ( Sains Teknikal )[sunting | sunting sumber]
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik Moden
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Moral
- Asas Kelestarian
- Grafik Komunikasi Teknikal
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Sivik dan Kewarganergaraan
- Bahasa Antarabangsa : Jepun / Perancis / Mandarin / Arab
Tingkatan 4-5 ( Sains Tulen )[sunting | sunting sumber]
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik Moden
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Moral
- Pendidikan Jasmani Kesihatan
- Pendidikan Sivik dan Kewarganergaraan
- Bahasa Antarabangsa : Jepun / Perancis / Mandarin / Arab
Sambutan Jubli Perak[sunting | sunting sumber]
Pada 18 Ogos 2007, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Sehubungan itu, pihak sekolah telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Jubli Perak SERATAS yang bertempat di Dewan Besar SERATAS. Majlis itu telah dihadiri oleh Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Mohd Tajol Rosli dan Sultan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah, serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Majlis itu untuk memperingati perjalanan sekolah selama sesuku abad di samping memberikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya pada tahun 2006. Turut telah menghadiri acara tersebut ialah bekas pelajar atau alumni sekolah yang telah lama ditubuhkan untuk kebajikan bekas pelajar SERATAS.
Lencana[sunting | sunting sumber]
"Berdisiplin, Berilmu, Berbakti" |
Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Raja Tun Azlan Shah
- Sekolahku yang tercinta
- Mencapai cita mulia
- Berbakti pada negara
- Berdisplin, Berilmu, Berbakti
- Bersopan santun budi mulia
- Belajar dan berusaha
- Itulah pegangan kami
- Kepadamu oh tuhanku
- Penuhi hasrat yang satu
- Moga maju sekolah ini
- Gagah berdiri kekal abadi
- Sekolah Raja Tun Azlan Shah
- Sekolahku yang tercinta
- Mencapai cita mulia
- Berbakti pada negara
Sekolahku Yang Tercinta Fail:SEKOLAHKU YG TERCINTA.mid
Masalah mendengar fail? Lihat bantuan audio.Kemudahan dan Kelengkapan[sunting | sunting sumber]
Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]
Bangunan Pembelajaran dan Pentadbiran
Sekolah ini mempunyai 3 blok utama yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains dan bahasa, pusat sumber, bilik darjah, dan tandas. Blok X, Y dan Z ini mempunyai 3 tingkat dan penghubung dari satu blok ke blok yang lain.
Terdapat juga bangunan kejuruteraan yang terdiri daripada studio AutoCAD dan bengkel bagi pelajar aliran sains dan teknik mempelajari mata pelajaran kejuruteraan. Terdapat juga blok bagi bengkel kemahiran hidup bagi pelajar menengah rendah mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Asrama
SERATAS ialah sebuah sekolah berasrama penuh iaitu pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 7 blok asrama iaitu 4 blok asrama lelaki dan 3 blok asrama perempuan. Blok tersebut dinamakan Blok A, B, C dan D bagi lelaki dan Blok E, F dan G bagi perempuan. Blok-blok ini pernah dinamakan sempena nama tokoh islam seperti Ibnu Sina dan Siti Aisyah. Kini, asrama dibahagikan mengikut empat rumah sukan iaitu rumah Rajawali (Biru), Enggang (Hijau), Helang (Kuning), dan Garuda (Merah).
Asrama ini boleh menempatkan 750 orang pelajar dan 6 unit keluarga bagi warden. Terdapat juga bilik rekreasi, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.
Dewan Makan dan Kantin
Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki dan perempuan yang mengadap ke Astroturf dan membelakangkan kaki bukit larut. Dewan makan akan digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan makan lewat malam bagi hari persekolahan dan bagi waktu cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung palajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi.
Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan dewan besar.
Dewan Besar
Dewan Besar SERATAS menjadi kegunaan rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan atau maulud nabi), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PT3 dan SPM). Dewan ini mampu menempatkan 800 pelajar bersama guru dan kakitangan pada satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.
Masjid
Masjid As-Syakirin SERATAS ialah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Masjid ini dibina pada 19 April 1989. Terdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di masjid seperti marhaban dan tilawah al-Quran. Bahagian belakang luar masjid turut digunakan bagi aktiviti memasak dan korban.
Kemudahan Lain[sunting | sunting sumber]
Pusat Sumber
Pusat Sumber menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Terdapat lebih daripada 27,000 buah buku didapati di situ untuk kegunaan pengunjung. Terdapat juga koleksi pita video dan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru. Selain pusat sumber, terdapat juga bilik seminar dan bilik audio visual (pandang dengar) yang menjadi sebahagian daripada kemudahan Pusat Sumber tersebut.
Pusat Komputer
Pusat ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.
Makmal Bahasa
Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Makmal bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.
Koperasi Sekolah
Koperasi ini dibuka pada 18 April 1984 dan menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong.
Semua pelajar ialah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.
Kemudahan Sukan
SERATAS turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti Astroturf, gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).
Pengangkutan
Pengangkutan disediakan di sekolah ini iaitu sebuah bas mini dan 3 buah bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.
Tempat Tinggal Guru dan Pekerja
Sekolah ini turut menyediakan kuarters bagi guru dan pekerja untuk memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah. Sekolah ini juga menyediakan rumah bagi pengetua dan penolong kanan.
Pengetua[sunting | sunting sumber]
- Tuan Haji Yahya bin Haji
- Tuan Haji Khairuddin bin Haji Arshad
- Tuan Haji Zainodin bin Haji Abdul Kadir
- Encik Dawa bin Abdullah
- Tuan Haji Halim bin Haji Abdul Aziz
- Tuan Haji Ahmad Arbi bin Hamzah
- Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hasan
- Encik Arif bin Ramli
- Tuan Haji Jamaludin bin Yusof
- Puan Rahimah bt Sura
- Puan Hajah Noriza bt Dato’ Sulaiman
- Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali
- Tuan Asma Azmin Rashid bin Muhammad Nawawi
- Tuan Haji Ahmad Badri bin Abdul Manaf
Tokoh dan Alumni Pelajar[sunting | sunting sumber]
- Allahyarham Tambi Jiee - Jurutera SHELL, Penumpang MH17
- Prof Dr Basyaruddin Abdul Rahman - Profesor, saintis dan ahli akademik kimia UPM
- Dr Zulkarimah binti Zainudin - Doktor Perubatan
- Datuk Ahmad Shalimin Shaffie - Setiausaha politik MB Perak
- Datuk Azrulnizam Abdul Aziz - Bekas Pegawai Eksekutif Al Rajhi Banking & Investment Corp (M) Bhd
- Prof Madya Dr Norfilza Mohd Mokhtar - Prof Madya, Doktor Perubatan, Timbalan Pengarah UKM Medical Molecular Biology Institute
- Commander Hazrine Mohd Taib RMN
- Dato' Ahmad Rizal Abdul Rahman - Ketua Pegawai Eksekutif SADC
- Shankar Ramu - Pemain Hoki Malaysia
- Azhar Ahmad - Pengasas bersama ArtCube Gallery, Pengarah Besar ArtCube Sdn Bhd
- Muhammad Farid Nazer Muhammad Faruqu - Diterima masuk ke University of Cambridge dalam bidang biokmia.
- Prof Dr Hilmi Mukhtar - Profesor Kejuruteraan Kimia, UTP
- En Zulkifli Abdul Rashid (aka Dzarbas) - Kejuruteraan
- Encik Hilme Hassan - Kejuruteraan
- Dr Rozaimah Shafiei - Doktor gigi
Majalah sekolah[sunting | sunting sumber]
Majalah sekolah SERATAS (atau SEMESTA sebelum 1987) merupakan majalah terbitan SERATAS yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi (SIDRED) yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SERATAS untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.
Jilid pertama (1983) Jilid ke-2 (1984) Jilid ke-3 (1985) Jilid ke-4 (1986) Jilid ke-5 (1987) Jilid ke-6 (1988) Jilid ke-7 (1989) Jilid ke-8 (1990) Jilid ke-9 (1991) Jilid ke-10 (1992) Jilid ke-11 (1993) Jilid ke-12 (1994) Jilid ke-13 (1995) Jilid ke-14 (1996) Jilid ke-15 (1997) Jilid ke-16 (1998) Jilid ke-17 (1999) Jilid ke-18 (2000) Jilid ke-19 (2001) Jilid ke-20 (2002) Jilid ke-21 (2003) Jilid ke-22 (2004) Jilid ke-23 (2005) Jilid ke-24 (2006) - EDISI 32.jpg
Jilid ke-32 (2014)