Sekolah Menengah Sains Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)

Lencana SMSS

Alamat  Malaysia Jalan Yaakob Latiff, Kuala Lumpur
Telefon 0391316093
Faksimili 0391300346
Klasifikasi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan
Moto Budi Usaha Bakti
Slogan
Kod Sekolah WEA0206
Pengetua Pn Hjh Kamsiah Binti Hashim@Yasin
Penolong Kanan Akademik Pn Maryati binti Sahudi
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En. Syed Abu Bakar Bin Tuan Dalam
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Nik Anita binti Che Hamid
Tahun dirasmikan 1 Januari 1973 (Ditubuhkan)
7 Januari 1974 (Dirasmikan)

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Selangor memiliki 340 pelajar lelaki dan 219 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 559 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Pada 1 November 1973 En. M. P. Prabakar telah ditugaskan sebagai pengetua untuk mentadbir SMSS. Beliau beribu pejabat di Sekolah Alam Shah. Bangunan yang ada sekarang telah siap dibina pada 7 Januari 1974 dengan perbelanjaan sebanyak RM 2.2 juta.

Pada 17 Januari 1974, seramai lebih kurang 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah melaporkan diri ke sekolah tersebut. Pada 4 Februari 1974, seramai 120 orang pelajar baru melaporkan diri untuk belajar di Tingkatan Empat. Kehadiran semua pelajar adalah merupakan titik permulaan tertubuhnya Sekolah Menengah Sains Selangor. Pada 16 Februari 1988, seramai 91 orang pelajar Tingkatan Satu melaporkan diri sebagai pelajar Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah ini mula membuka  dua kelas aliran Sains Teknikal  bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun 1996. Walau bagaimanapun terdapat tiga kelas aliran Sains Tulen masih dikekalkan .  SMSS juga adalah salah sebuah Sekolah Bestari di antara  88 buah  Sekolah Bestari di Malaysia sejak tahun 1999. Pada tahun 2009, SMSS telah diberi pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Fasa 3. SMSS telah memilih tiga bidang kebitaraan iaitu ragbi , muzik dan Sains.  Dengan mengekalkan  yang cemerlang di dalam bidang Akademik dan Kokurikulum , SMSS seterusnya  diiktiraf  sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI pada 17 Februari 2011.

SMSS mempunyai 4 buah rumah sukan iaitu Pendekar, Pahlawan, Panglima dan Perwira. Kini, SMSS telah mendapat pengiktirafan SBT (sekolah berprestasi tinggi).

Penerbangan Malaysia (MAS) telah menjadikan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak di sini sebagai sekolah angkatnya di bawah Projek Pintar MAS.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]