Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) | |
---|---|
Lokasi | |
Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan,, Pahang Darul Makmur![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Moto | "Hidup Berjasa" |
Ditubuhkan | Januari 1973 |
Pengetua | Encik Mazlan bin Sariyeo |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Khiruddin bin Awang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Rokiah binti Mahbob |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Hashim bin Ismail |
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuantan, Pahang.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) bermula pada tahun 1973, menumpang secara sementara di bangunan Sekolah Abu Bakar, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Pada masa tersebut SEMSAS dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP). Penuntut-penuntut pada masa itu ditempatkan sementara di Asrama Pusat Temerloh yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Abu Bakar, hanya dijaraki oleh sebuah padang bola pada masa itu.
Ada 4 buah kelas menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris sementara 2 buah lagi menggunakan perantaraan Bahasa Melayu. Kumpulan pertama gurunya ialah seramai 11 orang, kakitangan seramai 3 orang dan pelajar berjumlah 219 orang. Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid. Beliau merupakan pengetua paling lama bertugas di sekolah ini iaitu dari 16.12.1972 hingga 21.12.1982.
Sekolah ini telah berpindah ke bangunan kekalnya di KM 12, Jalan Gambang, Kuantan pada 8 Januari 1974. Bangunan-bangunan sekolah dilengkapi dengan sebuah dewan sekolah dan juga asrama lelaki dan perempuan. Sekolah juga diperuntukkan sebuah bas sekolah tanpa hawa dingin pada masa itu. Bangunan-bangunan sekolah dan kemudahan lain ditambah dari semasa kesemasa mengikut keperluan.
Pembukaannya telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pada 22 Julai 1976. Sempena perasmiannya nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Lencana sekolah SEMSAS yang digunapakai hingga kehari ini adalah rekaan penuntut ambilan pertama 1973 iaitu Sukarsiah binti Abu Samah.
Sekolah ini telah dipilih menjadi Sekolah Bestari pada tahun 1999. Pada 2006, SEMSAS menjadi tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh peringkat Kebangsaan.
Falsafah[sunting | sunting sumber]
Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-33[sunting | sunting sumber]
SEMSAS telah dipilih menjadi tuan rumah program ini pada tahun 2006. Sekolah ini pernah menjadi tuan rumah Hari Kecemerlangan SBP pada 1980. Program ini dianjurkan untuk kali ke-33 dan kali kedua buat SEMSAS.
Bekas Pelajar[sunting | sunting sumber]
- Aminuddin Yahaya- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
- Fahmi Reza-aktivis seni
- Azlan Sani Zawawi@Lando Zawawi-aktivis keselamatan jalan raya