Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teks condong, Chemor, 31200 Ipoh, Perak

Chemor Ipoh Malaysia

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
Logo SM Sains Sultan Mahmud
Logo SM Sains Sultan Mahmud

Lokasi
Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, , Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah swasta, Sekolah Berasrama Penuh
MotoDisiplin, Kualiti, Dedikasi
Nombor sekolah09-6664214
Kod sekolahTEE3105 (Kod Lama)
TEE7001[1], [2]
Pengerusi PIBGProf Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozaini
PengetuaPn Hayati binti A.Rahman
Kelas5 (setiap tingkatan)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Wan Junaidah Wan Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Nurlina Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Wan Mazri bin Muhammad
Faks09-6664644
Laman sesawang

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (lebih dikenali sebagai SESMA) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu iaitu di antara Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Sultan Mahmud.

Ia ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu bertujuan menampung keperluan pelajar yang ingin mengambil jurusan Sains sebagai bidang yang ingin diceburi pada masa depan terutama kepada pelajar luar bandar. Selain itu, pembukaan sekolah ini bertujuan untuk memberi satu suasana hidup di asrama yang terkawal bagi melatih pelajar-pelajar hidup didalam satu masyarakat kecil yang berdisiplin, berdikari, bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sekolah ini merupakan 10 sekolah terbaik di Malaysia dan dinobatkan sekolah paling kondusif dan selesa di Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Peta lokasi SESMA

SESMA terletak di kawasan seluas 21.5 ekar di Mukim Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perjalanan dari bandar Kuala Terengganu ke SESMA hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit melalui Jambatan Sultan Mahmud manakala melalui Jalan Manir pula mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal penubuhan SESMA

SESMA memulakan sesi pengajiannya pada Januari 1973 dengan menumpang di Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu. Para pelajar pula ditempatkan di Asrama Yayasan Terengganu, Jalan Negara, Kuala Terengganu. Pada Oktober 1974, bangunan baru bertempat di Mukim Wakaf Tembesu mula digunakan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu (SMST).

Pembukaan rasmi sekolah telah dilakukan oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 5 September 1979. Pada 18 September 1982 sekolah bertukar nama kepada Sekolah Sultan Mahmud Kuala Terengganu yang mana upacara perasmiannya disempurnakan oleh DYMM Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Pada tahun 1995 sekolah ini sekali lagi diberi nama baru, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu yang menjadi gambaran betapa pentingnya mata pelajaran sains dalam kurikulum sekolah masa kini.

Pengetua pertama ialah Tuan Hj Muhamad Bin Mustaffa sementara En. Johari Shamsuddin sebagai Penolong Kanan. Kumpulan pelajar perintis seramai 109 orang terdiri daripada 51 orang lelaki dan 58 orang perempuan dengan 5 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Pada tahun 1978, pengambilan pertama pelajar kelas Matrikulasi seramai 90 orang yang dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan. SESMA mula memasuki era digital apabila menjadi salah sebuah Sekolah Bestari di bawah rancangan pembangunan Kementerian Pendidikan pada tahun 1999.

Pelajar-pelajar di SESMA mengikuti pelajaran dalam beberapa aliran. Di peringkat Menengah Atas, hanya aliran sains tulen disediakan. Bermula dari tahun 1989, mata pelajaran kemahiran hidup diperkenalkan untuk menggantikan pelajaran seni perusahaan dan sains rumah tangga. Kelas komputer diwajibkan kepada pelajar tingkatan satu hingga empat. Mata pelajaran Bahasa Perancis mula diperkenalkan pada tahun 1996 kepada pelajar menengah rendah manakala Bahasa Jepun pada tahun 1997.

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran adalah mencukupi. Selain kemudahan makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik ERT dan perpustakaan terdapat kemudahan-kemudahan tambahan seperti makmal bahasa, bilik komputer, makmal Multimedia dan Pusat Sumber. Dari semasa ke semasa, pihak sekolah akan menambah lagi kemudahan-kemudahan tersebut untuk faedah pelajarnya.

Falsafah SESMA[sunting | sunting sumber]

Suasana persekolahan/pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi SESMA

Pendidikan Ke Arah Pembinaan Warganegara Yang
Menguasai Teknologi Maklumat Berteraskan Jati Diri
Serta Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Dalam Menjana
Kecemerlangan Agama, Bangsa Dan Negara.

Misi SESMA

‘Bahawasanya Misi Sesma Adalah Untuk Melahirkan
Manusia Yang Berkebolehan, Berketerampilan
Dan Berdaya Saing, Yang Serba Tahu,
Yang Memiliki Kemampuan Meramalkan Perubahan
Di Sekeliling Dengan Kreatif Dan Inovatif, Berpaksikan
Ilmu Wahyu Yang Mantap Dalam Menghayati Nilai-Nilai Murni’

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Teguh berdiri jaya
Sekolah Sultan Mahmud
menjadi kebanggaan
putera puteri semua

SESMA lambang sejati
harum segenap negeri
sains teknologi
asas SESMA berbakti

Disiplin, Kualiti dan Dedikasi
menjadi panduan
semasa kami disini...

bangkitlah putera puteri
harumkan nama SESMA
wujud semangat waja
bela bangsa Negara

Pentadbiran dan pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pengetua En. Asa’ri bin Abdullah
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Tn. Hj Wan Mohd Saifuddin bin Wan Long
Pen. Kanan Akademik & Pentadbiran En. Amir bin Ya
Pen. Kanan Kokurikulum En. Wan Mazri bin Muhammad
GKMP Sains Pn. Che Wan Junaidah bt Che Wan Ahmad
GKMP Bahasa En. Mohd Hilmi bin Yusoff
GKMP Teknik & Vokasional En. Abd Halim bin Deraman
GKMP Kemanusiaan En. Rosli bin Mamat
Kaunselor Pn. Che Zuliani binti Ali
En. Rusli bin Manaf

Kemudahan infrastruktur dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Bangunan pentadbiran dan akademik

Sekolah ini mempunyai 5 blok utama. Blok-blok tersebut dibahagikan kepada Blok Pentadbiran, Blok A (Lanang), Blok B (Mutahir), Blok C (Perak) dan Blok D (Tuah). Blok Pentadbiran mempunyai empat 4 tingkat manakala blok-blok yang lain mempunyai 3 tingkat dan mempunyai penghubung dari satu blok ke blok yang lain.

Blok Pentadbiran mengandungi bilik-bilik pentadbir sekolah iaitu Pejabat, Bilik Pengetua, Bilik PK Pentadbiran, Bilik PK Hal Ehwal Murid dan Bilik PK Kokurikulum. Blok ini juga mengandungi bilik-bilik khas yang lain. Aras bawah blok ini mengandungi Galeri Sekolah, Anjung Tamu, Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang Kemanusiaan dan Bidang Votek) dan Bilik Warden Asrama. Pada aras 1 blok ini merupakan Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah. Pada aras 2 dan 3 pula mempunyai bilik Skim Pinjaman Buku Teks atau lebih dikenali sebagai bilik BOSS dan Bilik bahasa antarabangsa iaitu bilik Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Blok ini juga menempatkan 5 buah kelas tingkatan 1.

Blok A pula menempatkan 5 buah kelas tingkatan 2 dan 2 buah kelas tingkatan 3. Blok ini juga mempunyai bilik-bilik khas iaitu SAL Centre dan bilik Robotik.

Blok B menempatkan 3 buah kelas tingkatan 3. Blok ini mengandungi bilik-bilik khas seperti bilik dokumentasi, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik PIBG dan alumni dan bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu pengawas sekolah. Blok ini juga mengandungi 2 buah bilik khas untuk pelajar menengah rendah pilihan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) iaitu bilik Reka Bentuk Fesyen dan juga bilik Reka Bentuk Makanan.

Blok C menempatkan 5 buah kelas tingkatan 4. Blok ini juga mempunyai sebuah bilik guru yang menempatkan kira-kira 60 orang barisan pendidik. Blok ini mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik disiplin, bilik profil, bilik BBM, bilik SU Jadual Waktu dan Unit Peperiksaan, Makmal Bestari dan Makmal Komputer. Blok ini juga mengandungi 3 buah makmal Sains pada aras bawah untuk kegunaan pelajar menengah rendah.

Blok D pula menempatkan 5 buah kelas tingkatan 5. Blok ini mempunyai sebuah bilik khas iaitu bilik Matematik. Blok ini mengandungi 6 buah makmal iaitu Makmal Kimia 1 dan 2, Makmal Biologi 1 dan 2 dan Makmal Fizik 1 dan 2. Blok ini juga mempunyai bilik-bilik persediaan makmal.

Sekolah ini juga mempunyai bangunan tambahan seperti bilik Reka Bentuk Mekanikal (yang dahulunya merupakan sebuah gimnasium), Makmal Komputer untuk kegunaan pelajar menengah rendah pilihan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK), dan sebuah bangunan bilik khas iaitu Sanggar Muzikal yang merupakan bilik kegunaan pelajar Wind Orchestra SESMA iaitu unit pancaragam sekolah (bilik ini juga digunakan untuk pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik).

Asrama

SESMA ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Oleh itu, pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 4 blok asrama iaitu 2 blok asrama lelaki (Aspura) dan 2 blok asrama perempuan (Aspuri). Asrama ini boleh menempatkan 600 orang pelajar dan beberapa warden. Terdapat juga bilik penyelia asrama, bilik rekreasi, stor sukan, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.

Dewan makan dan kantin

Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki (Aspura) dan perempuan (Aspuri) yang digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam bagi hari persekolahan dan hari cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung pelajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi atau bukan rasmi. Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan blok Tingkatan 2 dan 3.

Dewan Sekolah

Sekolah ini mempunyai dua buah dewan iaitu Dewan Utama dan Dewan Kenangan. Dewan Kenangan yang terletak bersebelahan 4 buah blok akademik kini diganti dengan Dewan Utama SESMA untuk dijadikan sebagai kegunaan majlis rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan, maulud nabi ataupun sambutan hari raya), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PT3 dan SPM). Namun Dewan Kenangan masih mempunyai kegunaannya dan dijadikan sebagai tempat perjumpaan persatuan ko-kurikulum dan lain-lain. Dewan Utama ini mampu menempatkan 650 pelajar bersama guru dan kakitangan untuk satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.

Surau

Surau SESMA ialah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Surau ini telah dinaik taraf pada penghujung 2001 dan siap pada tahun 2002. Terrdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di surau seperti ceramah agama dan berzanji.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan & Pusat Sumber

Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Selain itu, Pusat Sumber merupakan bilik seminar dan bilik audio visual yang menjadi sebagai sebahagian daripada alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru.

Makmal Multimedia & Komputer

Makmal ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.

Bilik Bahasa Antarabangsa

Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama bahasa antarabangsa pilihan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina Komunikasi. Bilik bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.

Koperasi sekolah

Koperasi ini menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong. Semua pelajar ialah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Kemudahan sukan

SESMA turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti "2 Lane Netting Cage" untuk sukan Kriket. Kemudahan ini adalah yang terbaik di Terengganu dan memenuhi standard Asian Cricket Councill (ACC).

Dipercayai juga SESMA NETS ini adalah yang terbaik di Pantai Timur. NETS ini bakal dilengkapi dengan bowling machine sumbangan NELLANG CRICKET CLUB yang merupakan alumni sukan ktiket bagi SESMA.

NELLANG adalah antara nama besar sukan kriket antara alumni SBP. Sehingga 2023 masih mengekalkan rekod sebagai 8 pasukan alumni terbaik sejak 2015.

Selain itu Sesma juga memiliki gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).

Pengangkutan

Pengangkutan disediakan di sekolah ini dengan sebuah van dan 2 bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • En. Kamsah@Kamal Mohamed (2019-2022)
  • Pn. Noor Aza binti Abdul Aziz (2017-2018)
  • Pn. Hajah Meriam (???-???) Tn. Hj Ahmad Mustapha Tn. Hj Abdul Hadi Tahir Tn. Hj Shamsuddin Mohidin
  • Tn. Hj Abdul Moin Sykmmar Wahab (1983 - ????)
  • Tn. Hj Muhamad Bin Mustaffa (1973-1982)

Majalah sekolah[sunting | sunting sumber]

Majalah sekolah, yang dikenali sebagai SAINTIS, merupakan majalah terbitan SESMA yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SESMA untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah (Sains) Sultan Mahmud
Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 96664214
Faks = 96664644

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]