Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Badlishah, Bandar Sungai Petani,, 08000, Kuala Muda,, Kedah Darul Aman Templat:INDIA | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi |
Moto | Berilmu dan Berbudi |
Ditubuhkan | 1973 |
Nombor sekolah | +604 421 8711 |
Kod sekolah | KEE3105[1] |
Pengerusi PIBG | En Mohd Shukry bin Shuib |
Pengetua | NADZIROH BT MOHD NADZIM |
GPK Pentadbiran dan Akademik | NOR LELA BT. DAUD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | NORFARIZA BINTI ABDUL KARIM |
Penolong Kanan Kokurikulum | IZADY BIN IBRAHIM |
Laman sesawang | http://www.sciencekedah.edu.my/ |
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (lebih dikenali SMSSMJ, Science Kedah, dan kadangkala Mad Jiwa, SeMoJi ataupun SMadJ) ialah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Kedah, utara Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Sekolah ini ditubuhkan pada 1973 sebagai Sekolah Menengah Sains Kedah sebelum ditukar nama sebagai Sekolah Sultan Mohamad Jiwa pada 1984. Perasmian nama baru ini telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah. Nama ini seterusnya ditukar menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa dan kekal sehingga sekarang.
Pada 2013, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa memiliki 800 pelajar lelaki dan 786 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1775 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.
Alumni sekolah ini dikenali sebagai ASSAK (Alumni Sekolah Sains Kedah).
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini telah dinamakan bagi memperingati Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19. Baginda telah memerintah Kedah selama 68 tahun bermula dari 1710 hingga 1778. Baginda merupakan pengasas bandar Alor Setar dan telah memindahkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Kedah pada masa pemerintahannya dari Kota Bukit Pinang ke bandar Alor Setar. Banyak binaan bangunan kerajaan, istana lama dan warisan sejarah di Alor Star dibina semasa pemerintahan baginda, antaranya Istana Kota Setar, Balai Besar, dan Balai Nobat.[2][3]
Sekolah ini telah mula dibuka pada 1 Januari 1973. Disebabkan pada masa tersebut bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan, maka kumpulan terawal pelajar-pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di beberapa buah sekolah lain iaitu di Perak, SMK Anderson dan SMJK Methodist Girls School dan di Kedah, SMK Khir Johari, Sungai Petani.[4]
Bangunan serta kompleks sekolah ini siap sepenuhnya dan mula diduduki pada tahun 1974. Sekolah ini memulakan operasinya dengan bilangan guru seramai 35 orang, 60 orang staf sokongan dan 454 orang murid.
Kemudahan dan Fasiliti[sunting | sunting sumber]
Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini :
Kemudahan Sekolah | Kemudahan Asrama | |
---|---|---|
1 Dewan Besar | Padang | 2 blok Asrama Putera (ASPURA) |
1 Pusat Sumber | 1 Kantin | 2 blok Asrama Puteri (ASPURI) |
29 buah Kelas | 2 Astaka | Surau Al-Falah |
1 buah Bilik Mesyuarat | 2 stor Alatan Sukan | 4 Bilik Bacaan |
2 Bilik Seminar | Taman Rekreasi (status bahaya) | 2 Bilik Rawatan |
Anjung Informasi | 1 Bilik Praktikal Jurutera | 1 Tangki Air |
Bilik Kaunseling | 1 1/2 gelanggang Bola Keranjang | 2 Ampaian Asrama Putera |
6 blok Pendidikan | 2 gelanggang Bola Tampar | 2 Ampaian Asrama Puteri |
1 blok Makmal Kejuruteraan | 1 trek Olahraga | 1 Stor Pelupusan Asrama Putera |
6 buah Makmal Komputer | 1 Padang Bola Sepak | 1 Dispenser Air |
2 Makmal Informasi (AVA Room) | 1 Padang Ragbi | 3 Bilik Seterika Asrama Putera |
1 Makmal Bahasa Jepun | 3 padang Bola Baling | 6 Bilik Seterika Asrama Puteri |
3 buah Makmal Bedah Siasat | 1 gelanggang Bola Jaring | 2 Bilik Basuhan Asrama Putera |
2 buah Makmal Biologi | 1 padang Turf Kriket | 3 Bilik Stor Asrama Putera |
2 buah Makmal Kimia | 8 Net Turf Kriket | 1 Bilik Gunting Rambut |
2 buah Makmal Fizik | 1 padang softball | 2 Bilik Warden Asrama Putera |
1 Makmal Matematik | ||
1 Bilik Muzik | ||
1 Studio Seni | ||
3 buah Bengkel Kemahiran Hidup | ||
1 buah Bilik Gerakan Pengawas | ||
Koperasi Sekolah | ||
1 Dewan Terbuka |
*dikemaskini 10/08/2020
Majalah Sekolah[sunting | sunting sumber]
SMSSMJ telah menerbitkan majalah tahunan sendiri, diberi nama RINTISAINS. Majalah ini diterbitkan dengan cetakan warna penuh dan merakamkan detik - detik istimewa dan juga gambar setiap darjah. Kumpulan penggerak majalah sekolah dikenali sebagai Sidang Redaksi RintiSains.
Pencapaian Sekolah (2005-15)[sunting | sunting sumber]
2005 - 2009
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta SBP 2005
- Naib Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah
- Johan Pertandingan Syarahan Dwi-Bahasa Peringkat Negeri Kedah 2005
- Johan Kejohanan Hoki Piala ASAK B-18(P) SBP Zon Utara 2005
- Tempat keempat INTEL International Science and Engineering Fair 2006, Amerika Syarikat
- Tempat ke-3 Kejohanan Kriket SBP Zon Utara 2006
- Pemenang "Best Research Award" dalam International Science Festival 2007 di Busan, Korea Selatan
- Wakil Malaysia dalam Under-16 4 Nations Hockey Championship 2007 di Mannheim, Jerman
- Johan Kejohanan Kriket SBP Zon Utaraa 2008 di STAR, Ipoh
- Johan Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah SBP Peringkat Kebangsaan 2008 di SMSSMJ, Kedah
- Mewakili Malaysia dalam ASEAN Youth Science Summit di Manila, Filipina
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kebangsaan
- Pemenang anugerah "Fastest Car Award" di Pertandingan F1inschools™ 2008 peringkat Zon Utara
- Mewakili Negeri ke pertandingan F1inSchools™ peringkat Kebangsaan
- Wakil Malaysia dalam Malaysia 2nd Cohort Jenesys Programme di Jepun
- Johan Pertandingan Roket Peringkat Negeri Kedah
- Johan Pertandingan Anugerah Alam Sekitar (ARAS) Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Kuiz Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Amali Haji Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Kuiz Agama Peringkat Negeri Kedah 2008
- Tempat ke-3 Kejohanan Taekwando Remaja Peringkat Kebangsaan 2008
- Naib Johan Pertandingan Catur B-15 Peringkat Negeri Kedah 2008
- 4 orang pelajar dikurniakan Anugerah Jerai oleh Sultan Negeri Kedah pada tahun 2008
- Johan Pertandingan Kriket SBP Zon Utara 2009 di MCKK,Kuala Kangsar, Perak
- Naib Johan Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah SBP Peringkat Kebangsaan 2009 di SMAP Kajang
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta SBP Peringkat Kebangsaan 2009
- Johan Harta Intelek Kementerian Sains,Teknologi,dan Inovasi (MOSTI) 2009
- Naib Johan Kejohanan Hoki B-16(L) Piala ASAK 2009
- Johan Tomoi Berantai Peringkat Kebangsaan 2009
2010 - 2015
- Johan Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Utara 2011
- 7 orang pelajar dipilih untuk mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2013
- Johan Sekolah Berintegriti dalam Semua Aspek peringkat antarabangsa tahun 2013
- 4 orang pelajar mewakili Kedah dalam Pertandingan Roket Air 2015 anjuran MEASAT dan berjaya merangkul Naib Johan
- Tempat ketiga Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
- Tempat ke 3 Kejohanan Kriket Jemputan MCA-ACC SBP Invitational 2015 oleh Malaysian Cricket Association (MCA) & ASSAK Cricket Club
- Tempat ketiga HKSBP bola keranjang 2016
Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]
- 1973—19--: Abdul Shukor bin Abdullah
- ---Tuan Haji Mohd Ismail bin Osman
- ---Tuan Haji Ishak bin Khamis
- 1994--1996: Tuan Haji Zakaria bin Harun
- 1996--1999: Tuan Haji Ismail bin Ahmad
- 2000--2005: Tuan Haji Ali bin Ahmad
- 2005—2011: Tuan Haji Rusdin bin Husin
- 2011—2017: Encik Pesol bin Mad
- 2017—2018: Encik Harris Ganae bin Nainar
- 2019--2020 :Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad
- 2020 : Pn Nadziroh binti Mohd Nadzim
Bekas Pelajar[sunting | sunting sumber]
- (SMSK'77) Datuk Ar. Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, bekas ahli parlimen Kuala Kangsar.
- (SMSK'76) Datuk Ir. Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
- Datuk Ahmad Sohaimi Abdul Rahim, Pengarah Lembaga Tabung Haji.
- (SMSK'75) Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah bin Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Dato' Mohd Zin Baharom, bekas Pengarah Urusan Kumpulan, Permintex Group.
- Dato' Haji Ismail bin Salleh, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
- (SMSK'84) Dato' Izham bin Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan, Bina Darulaman Berhad (BDB).
- Encik Sarhan bin Alang Endut, Timbalan Pengarah Operasi, Bank Julius Bär & Co.
- Encik Hazzudin Salihi bin Chempaka , Anugerah Juara Lagu 1996
- Encik Pesol bin Md Saad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Encik Harris Ganae bin Nainar,Mantan Pengetua Sekolah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
- Encik Zainuddin bin Zakaria, Guru, Anugerah Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2017.
- Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, CEO CIDB 2016.[5]
- Encik Moshed Mohamad, CEO dan Pengasas INTRADAY.my.[6]
- Encik Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Ke-14
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
- Jalan Badlishah
- 08000, Sungai Petani
- Kedah Darul Aman, Malaysia
- Telefon : 604 421 8711
- Email : smssmj.ppdkmy@gmail.com[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kod sekolah
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-13. Dicapai pada 2017-06-04.
- ^ http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=42&idskandungan=184&mtopic=5
- ^ a b http://sciencekedah.edu.my/webs/?page_id=2
- ^ https://my.linkedin.com/in/ahmad-asri-abdul-hamid-02b41873
- ^ https://www.moshed.com/