Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

"SASER NAMAMU TERATAS, TAKKAN SASER HILANG TAKHTA"


Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban
Moto "Berilmu, Beriman, Berbakti"
Dirasmikan 2002
Jenis Sekolah Berasrama Penuh
Pengetua Tuan Haji Sabuddin Bin Haji Sani
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Mohd Nor Bin Shafie
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Badrol Shah Bin Abdul Saha
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Unaizah Bt Mohd Attas
Lokasi Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1, Tingatan 2, Tingkatan 4 ,Tingkatan 5
Nama singkatan SASER
Laman sesawang Laman SM Sains Tuanku Munawir
Telefon (+6)06-7630388
Faks (+6)06-7622885


Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASER) (English : Tuanku Munawir Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban, namun pada 8 Mac 2011 nama sekolah ini diganti dan diambil sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu bapa kepada Yang Di-Pertuan Besar sekarang, Tuanku Muhriz. [1] SASER adalah salah sebuah daripada enam SBP Putera.

Sejarah Penubuhan Saser[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir asalnya diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) mula ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2002. Sekolah ini menggunakan tapak dan bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban yang mendapat premis baru di Sungai Gadut. Kerja-kerja menaiktarafkan sekolah yang ditinggalkan selama hampir tiga bulan telah dijalankan dan melibatkan kos keseluruhan sebanyak hampir RM600,000. Kerja-kerja ini bermula pada 28 Februari dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2002. Pada 1 Mac 2002, Tuan Haji Azam bin Md Atan telah mendaftar sebagai pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Seremban. Kumpulan pertama guru yang mendaftar pada 18 Mac 2002 adalah seramai 11 orang dan kumpulan kedua pula pada 20 Mac 2002 seramai 2 orang.

Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir pada 8 Mac 2011 sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman iaitu bapa kepada Yang Di-Pertuan Besar sekarang Tuanku Muhriz.

Infrastruktur & Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai :

  • 4 Blok Bangunan Utama (3 Blok Akademik dan 1 Blok Pentadbiran-Akademik)
  • Sebuah Blok Makmal Sains
  • Sebuah Dewan yg diberi nama Dewan Putera
  • Sebuah Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bangunan Kokurikulum yang menempatkan Kantin Sekolah, Gymnasium, Stor Sukan, Bilik Pengurusan Pengawas dan Bilik Persalinan
  • 4 Blok Bangunan Asrama (Tuah, Lekir, Kasturi dan Jebat)
  • sebuah Dewan Makan
  • Blok Baharu yg menempatkan Perpustakaan, 'Future Classroom', Makmal Sains dan Bilik-bilik Kuliah.
  • Sebuah surau yg dinamakan Surau Al-Mutafawwiqin telah siap dibina pada tahun 2010 dan telah menggantikan surau lama yang terletak di Blok Tuah (kini dijadikan Bilik Bacaan). Pada penghujung tahun 2015, Surau Al-Mutafawwiqin telah dilengkapi dengan 8 pendingin hawa untuk memastikan keselesaan para pelajar ketika beribadah.

Pada awal penubuhan, hanya terdapat 6 buah kelas diwujudkan (Beta, Delta, Epsilon, Gamma, Omega, Sigma) untuk Tingkatan 4 2002 dan Tingkatan 5 2003 memandangkan bilangan pelajar-pelajar sulung yang agak sedikit. Pengambilan pelajar-pelajar batch ke-2 dan seterusnya yang semakin ramai menyebabkan 4 lagi kelas diwujudkan (Alfa, Iota, Theta, Zeta). Kelas-kelas elit telah diwujudkan pada tahun 2002 dan pernah melibatkan pelajar-pelajar ambilan 2002 dan 2003 namun dibubarkan selepas itu. Pada tahun 2015, kesemua lantai 20 kelas telah dijubinkan dan tingkap telah ditukar daripada tingkap kaca kepada tingkap sliding berwarna hitam.

4 blok bangunan asrama 3 tingkat mengasaskan 4 kediaman dan juga menjadi rumah sukan kepada Putera-putera SASER iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Namun nama-nama tersebut telah diubah kepada Tuah, Lekir, Kasturi dan Jebat menjelang 2004. Setiap blok mempunyai common room masing-masing dimana setiap aktiviti yang melibatkan kediaman akan dijalankan. Sebuah Bilik Bacaan yang dilengkapi dengan pendingin hawa (asalnya surau) telah dibina dan diubahsuai serta Ruang Dobi Prabayar disediakan di Blok Tuah manakala Bilik Sakit dan Ruang Dobi Rasmi Sekolah disediakan di Blok Lekir.

Fasiliti Sukan di SASER :

  • Padang SASER yg dilengkapi dgn Pavillion (digunakan sebagai Padang Ragbi, Bola Sepak, acara Balapan serta aktiviti-aktiviti Sukan yg lain contohnya Hari Sukan SASER)
  • 2 Gelanggang Bola Keranjang
  • 2 Gelanggang Takraw
  • 2 Gelanggang Bola Tampar
  • Satu Gelanggang Badminton (di dalam Dewan Putera)
  • Satu Gelanggang Futsal
  • Satu Gelanggang Tenis-Squash.
  • Sebuah stor sukan berhampiran dengan Padang SASER.
  • Sebuah Gymnasium yang terletak di Bangunan Kokurikulum.

Di pinggir Padang SASER, terdapat dua buah rumah staf iaitu Rumah Kediaman Pengetua dan Rumah Kediaman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Selain itu, Kediaman Housemaster telah disediakan di setiap Blok Asrama.

Saser : Sepintas Lalu[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SASER penjana modal insan terbilang menjelang 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan potensi individu yang seimbang dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran melalui pendidikan berkualiti.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  1. Menampilkan iklim sekolah yang selamat dan memberangsangkan bagi melahirkan generasi Malaysia yang sihat, prihatin dan penyayang.
  2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamik.
  3. Melahirkan warga sekolah yang berilmu pengetahuan, beriman dengan ilmu yang diperolehi serta dapat berbakti dengan ilmu tersebut kepada diri dan orang lain.
  4. Melahirkan warga sekolah yang cemerlang dalam akademiknya, berkeperibadian tinggi dalam sahsiahnya, hebat dalam kokurikulumnya, unggul dalam semangat patriotismenya yang dibina berteraskan keagamaan.
  5. Melahirkan warga sekolah yang kreatif, inovatif, kritis serta mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi.

Slogan[sunting | sunting sumber]

SASER NAMAMU TERATAS, TAKKAN SASER HILANG TAKHTA

SASER, YOUR NAME WILL ALWAYS BE ON TOP AND NEVER SHALL TO BE DETHRONED

Nadi Penggerak Saser[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Azam Bin Mohd Atan (1 Mac 2002 - 16 Dis 2003)
  • Tuan Haji Baharudin Bin Dato' Borhan (16 Dis 2003 - 1 Jan 2005)
  • Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib (1 Feb 2005 - 16 Feb 2008)
  • Tuan Haji Sabuddin Bin Haji Sani (18 April 2008 - Sekarang)

Tenaga Pengajar & Staf Sokongan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama guru yang mendaftar pada 18 Mac 2002 seramai 9 orang dan kumpulan kedua pula pada 20 Mac 2002 seramai 2 orang dan seterusnya sehinnga hujung tahun 2002, jumlah guru ialah seramai 26 orang. Mereka adalah :

  1. Tn. Hj Azam Bin Hj Md Atan (Pengetua)
  2. En. Halim Md Yunus
  3. En. Haris Abdullah
  4. En. Roslie Ahmad
  5. En. Mustafa Kamal Abd Rahim
  6. En. Kaharuddin Mohd Nor
  7. En. Ismail Kassim
  8. En. Khairul Azman Md Amin
  9. En. Mohd Shahir Hj Mohamed Sunar
  10. En. Farid Hilmi Embong
  11. En. Badrol Shah Bin Abdul Saha
  12. En. Mohd Nor Bin Shafie
  13. En. Helmy Sulaiman
  14. Pn. Jennyta Noorbi
  15. Pn. Maimunah Maarof
  16. Pn. Zaiton Bujang
  17. Pn. Hasni Bakar
  18. Cik Noorhilma Yem
  19. Pn. Norisah Mohamed Nor
  20. Pn. Haslinda Haron
  21. Pn. Zahuren Hj Abdul Kadir
  22. Pn. Salwati Setia
  23. Pn. Norhaliza Hashim
  24. Pn. Siti Azlina Hairuddin
  25. Pn. Lim Chui Hoon
  26. Pn. Faridah Hamat
  27. Pn. Helmiah Makpol

Berikut ialah data-data yang berkaitan :

Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bil Guru 50 48 49 53 54 49 51 51 49 48 48 47
Bil Staf 16 17 16 17 21 20 20 20 21 21 24 23

Putera Saser : Putera Harapan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada tahun 2002 ialah seramai 122 orang melalui 2 ambilan. Kumpulan kedua pula yang mendaftar pada tahun 2003 ialah seramai lebih 300 orang melalui 4 ambilan namun sehingga akhir 2004 hanya 284 orang yang kekal. Sejak penubuhannya pada tahun 2002, setiap pelajar yang mendaftar di sekolah ini menggelar diri mereka sebagai Putera Saser atau Saserian

Senarai Nama Batch Putera Saser[sunting | sunting sumber]

Batch Nama Batch Tahun SPM Rank SPM (SBP) GPK SPM Tahun PT3
0203 Saser Pioneers (Putera Sulung Saser) 2003 [Data Not Found] 2.30 [Data Not Found]
0304 Saser Flyers 2004 4 1.93 [Data Not Found]
0405 Knight 2005 2 1.74 [Data Not Found]
0506 Catalyst 2006 1 1.62 [Data Not Found]
0607 Sovereign 2007 1 1.56 [Data Not Found]
0708 Enigma 2008 1 1.61 [Data Not Found]
0809 RakSaser 2009 1 0.97 [Data Not Found]
0910 Valedictorian 2010 1 0.89 [Data Not Found]
1011 Conquixtador 2011 5 1.18 [Data Not Found]
1112 Ganador 2012 2 1.06 [Data Not Found]
1213 Salvador 2013 5 1.15 [Data Not Found]
1314 Exiimius 2014 1 1.16 [Data Not Found]
1415 Avicenna 2015 1 1.40 [Data Not Found]
1516 Xivius 2016 5 1.48 [Data Not Found]
1617 Averroes 2017 [Data Not Found] [Data Not Found] [Data Not Found]
1718 [Data Not Found] 2018 [Data Not Found] [Data Not Found] [Data Not Found]
1620 Avenzoar 2020 [Data Not Found] [Data Not Found] 2018
1721 [Data Not Found] 2021 [Data Not Found] [Data Not Found] 2019

Badan-badan Pembantu Tadbir[sunting | sunting sumber]

Pihak pengurusan sekolah telah menubuhkan badan-badan pembantu tadbir yg terdiri daripada kalangan pelajar untuk membantu kelancaran sesi persekolahan dan ketika menguruskan majlis-majlis rasmi. Antaranya ialah :

  • Lembaga Pengawas Sekolah
  • Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPSS)
  • Unit Tekno Sekolah
  • Unit Majalah Sekolah
  • Unit PA System Sekolah

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Putera-putera SASER dibahagikan kepada empat buah rumah sukan. Rumah sukan setiap putera SASER ditentukan berdasarkan penempatan kediaman. Setiap putera SASER diterapkan dengan semangat rumah dan berdaya saing yang tinggi untuk menjulang nama rumah dalam bidang Akademik, Sahsiah, Kokurikulum dan sebagainya. Matlamat setiap rumah adalah untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Terbilang (MAT) SASER yang diadakan pada setiap tahun.

Sifat kerjasama setiap rumah akan diuji ketika menguruskan Malam Persada Gemilang SASER yang diadakan empat kali setahun. Majlis ini akan diuruskan oleh badan kepimpinan kediaman dan dibantu oleh ahli kediaman masing-masing. Selain itu, semangat setiakawan setiap rumah pula akan diuji semasa Hari Sukan SASER serta acara Larian Merentas Desa SASER yang diadakan pada setiap tahun. Sifat kepimpinan setiap rumah pula diuji ketika Perhimpuan Houses yang diadakan pada setiap Hari Khamis. Perhimpunan ini akan diuruskan oleh badan kepimpinan setiap rumah.

Sudah menjadi tradisi bahawa setiap rumah akan mengadakan makan malam rumah masing-masing dan biasanya diadakan pada penghujung tahun sebelum bermulanya Peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Biasanya Majlis Makan Malam ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar Tingkatan Lima serta Badan Kepimpinan Rumah kerana telah menjaga serta menguruskan rumah dengan baik.

Rumah Warna Emblem
Tuah Merah Singa
Lekir Biru Jerung
Kasturi Kuning Harimau
Jebat Hijau Helang

Kriteria Pemilihan Putera SASER[sunting | sunting sumber]

Pengambilan Putera SASER dibuka kepada Pelajar Tingkatan Tiga (sehingga tahun 2018) dan Pelajar Darjah Enam (bermula tahun 2016). Di antara Kriteria pemilihan Putera SASER adalah :

  • Mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  • Mempunyai pencapaian dalam bidang kokurikulum yang memberangsangkan.
  • Lelaki SAHAJA.

'Saser Namamu Teratas'[sunting | sunting sumber]

Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kecemerlangan SASER bukan saja pada akademiknya malah dari segi kokurikulumnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang kokurikulum telah mendapat pengiktirafan berprestij apabila menerima Anugerah Kokurikulum Terbilang Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Tahun 2014.

  • 2017
    • Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan
      • Tempat ke 4 - Irfan Hadi (Sains)
      • Tempat ke 3 - Syamil Haziq (Matematik)
      • Tempat ke 2 berkumpulan (Sains)
    • Johan : Kejohanan Catur Terbuka Kebangsaan KUSESS Kali ke 5
    • Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Seremban 1 Kali ke 5 2017 :
      • Emas : Lontar Peluru U13
      • Emas : 100m U13
    • Pertandingan Bola Sepak STJ Open :
      • Johan : Kategori U15
      • Johan : Kategori U18
  • 2016
    • Gold Award : International Engineering Invention & Innovation Exhibition (3 Gold Award)
    • Gold Award : Festival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan 2016
    • Gold Award : Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Zon 2
    • Anugerah Perak : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-6 Peringkat Kebangsaan
    • Silver Medal : Fully Residential School International Symposium 2016
    • Ketiga : Pertandingan Roket Peringkat Kebangsaan (Pasukan SASER Mewakili Negeri Sembilan)
    • Tempat Ke-6 : Pertandingan Inovasi Teknologi Sains dan Kejuruteraan
    • Kejohanan Bolasepak SAMURA
      • Johan : U16
      • Naib Johan : U13
    • Johan Saucer U13 : KGV 10's International Rugby Competition
    • Pertandingan Olimpiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri Sembilan :
      • Pertama : Sains
      • Ketiga : Matematik
    • Tempat ke-3 : Pertandingan Kuiz Sejarah Sekolah Menengah Negeri Sembilan
  • 2015
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-5 Peringkat Kebangsaan
    • Johan : MSU Performing Arts Competition (Caklempong)
    • Johan : Pertandingan Roket Peringkat Kebangsaan (Pasukan SASER Mewakili Negeri Sembilan)
    • Naib Johan : UTM Bridge Competition
    • International Engineering Invention & Innovation Exhibition :
      • 2 Gold Award
      • 1 Silver Award
    • Indonesia Young Inventor Olympiad Competition :
      • 1 Gold Award
      • 1 Silver Award
    • Malaysia International Young Inventor Olympiad :
      • 2 Gold Award
      • 1 Silver Award
      • 1 Special Award
    • Kejohanan Olahraga & Balapan Peringkat Negeri Sembilan :
      • Gold Medal Lompat Tinggi
      • Silver Medal Lompat Kijang
      • Silver Medal Lompat Jauh
    • Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sembilan (Mewakili Daerah Seremban 1) :
      • Johan Keseluruhan
      • Pertama : Kawad Kaki
      • Pertama : Memadam Kebakaran
      • Kedua : Menyelamat
      • Ketiga : Pertolongan Cemas
  • 2014
    • Indonesia Young Inventor Olympiad Competition :
      • 1 Gold Medal
      • 1 Silver Medal
    • Kedua : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-4 Peringkat Kebangsaan.
    • Ketiga : Liga Hoki anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau
    • Kadet Terbilang Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Liga Hoki MSSM Negeri Sembilan (2 Orang Pelajar SASER Mewakili Seremban 1)
    • Naib Johan : Bola Keranjang 3 on 3 SDAR's Open Day
    • Naib Johan Keseluruhan : Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan (Mewakili Negeri Sembilan)
    • Naib Johan Keseluruhan : Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sembilan (Mewakli Daerah Seremban 1)
    • Kejohanan Olahraga & Balapan Daerah Seremban 1 (Larian 100m) :
      • Gold Medal : Larian 100m
      • Gold Medal : Jalan Kaki 10km
  • 2013
    • Kedua : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-3 Peringkat Kebangsaan.
    • Ketiga : Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri
    • Kadet Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri
    • Kadet Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Pertandingan Menembak PKBM (LAUT) Peringkat Zon Selatan
  • 2012
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-2 Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Festival Kesenian & Kebudayaan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Peringkat Negeri (Randai Kreatif & Caklempong)
    • Johan : Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Daerah
    • Johan : Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KAPA) Peringkat Daerah
    • Sekolah Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Tempat Ke-3 : Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Negeri
    • Tempat Ke-5 : Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah
  • 2011
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Kali Pertama Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Pertandingan Caklempong Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
  • 2008
    • Naib Johan : Pertandingan Bola Sepak Peringkat Negeri (Menentang SMK Tunku Ampuan Durah, Sekolah Projek Bola Sepak JPNS)
  • 2007
    • Naib Johan : Pertandingan Bola Keranjang HKSBP (Menentang Kolej Melayu Kuala Kangsar, MCKK)
  • 2006
    • Johan : Debat Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri (PPM) Perinkat Kebangsaan.


Akademik
[sunting | sunting sumber]

Pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2003 oleh pelajar-pelajar sulung begitu membanggakan kerana 19 orang mendapat semua A dalam semua subjek. Manakala pelajar-pelajar kumpulan ke-2 telah muncul buat pertama kalinya sebagai sekolah paling cemerlang di Negeri Sembilandan keempat terbaik antara Sekolah Berasrama Penuh.

Kumpulan ketiga pula berjaya menempatkan diri di tempat kedua kesuluruhan di belakang KISAS di samping pencapaian keseluruhan yang berjaya menempatkan SASER sebagai sekolah terbaik di Negeri Sembilan, Kumpulan ketiga SASER juga berjaya mencapai tempat pertama di kalangan semua Sekolah Berasrama Penuh melalui pencapaian dalam matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan apabila memperoleh gred purata 1.00 dan 1.67 bagi kedua-dua subjek tersebut.

Putera-putera Saser batch yang keempat telah berjaya melonjakkan nama Saser di tempat teratas di kalangan SBP pada SPM tahun 2006 dengan GPK 1.62. Tidak terhenti di situ, SASER meneruskan kecemerlangan akademiknya apabila sekali lagi muncul menempatkan diri ditangga pertama dalam kalangan sekolah berasrama penuh pada tahun 2007 dan tangga kedua bagi keseluruhan sekolah se-Malaysia hanya dibelakang MRSM Langkawi. 5 orang daripada batch ke-5 telah dipilih sebagai pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan.

Pada SPM tahun 2008, SASER sekali lagi mengungguli kedudukan teratas dalam senarai sekolah berasrama penuh apabila 98 orang pelajar batch yang ke-6 berjaya memperoleh semua A dalam semua matapelajaran. Sudah menjadi tradisi kejayaan sekolah ini apabila SASER telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik peringkat kebangsaan pada SPM tahun 2009 dengan seramai 132 putera SASER berjaya mendapat semua A. Batch ke-7 SASER telah mengekalkan status no 1 SASER di peringkat SBP dan telah menjadi sekolah terbaik peringkat kebangsaan bagi SPM 2009. Dua orang pelajar batch ke-7 telah berjaya mendapat semua A+ dalam semua matapelajaran yang diduduki.

Pangkat Sekolah Terbaik Kebangsaan juga telah sekali lagi dijulang oleh SASER pada tahun 2010 apabila diumumkan menduduki tangga teratas di kalangan SBP sekali lagi dengan GPK 0.89 dalam peperiksaan SPM 2010 dan hanya berada dibelakang MRSM Pengkalan Chepa yang meraih GPK 0.83. Pada tahun ini juga, Muhammad Putera Farid Iskandar pelajar SASER telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2010 Peringkat Kebangsaan. Saban tahun, hampir 100 orang pelajar SASER diaungerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sehubungan dengan pencapaian yang cemerlang ini, SASER telah dianugerahkan pelbagai sijil penghargaan diantaranya ialah Anugerah Terbilang JPNS, Anugerah KHAS dan Anugerah EMAS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah Berprestasi Tinggi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (Saser) telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2011 iaitu dalam golongan Kohort yg kedua. SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

Etos Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, SASER amat terkenal dengan etosnya iaitu :

  1. Matematik [2011 - Sekarang]
  2. Caklempong & Randai (Kebudayaan) [2011 - 2014]
  3. Research & Development (Inovasi) [2014 - Sekarang]

Anugerah Bai'ah[sunting | sunting sumber]

Rentetan daripada kejayaan yang cemerlang dalam bidang Akademik dan Kokurikulum, SASER telah menerima Anugerah Bai'ah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak lima kali iaitu pada tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2015.

Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Indonesia
  • SMA Izada, Jakarta

Maklumat Rasmi Saser[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Putera Harapan [2012 - 2010][sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Seremban,

Sekolah Yang Berwawasan,

Berbakti Penuh Cekal,

Harapan Nusa Dan Bangsa,

Bersemangat Waja Berpadu Tenaga,

Ilmu Dituntut Setiap Masa,

Tingkatkan Iman Dan Takwa,

Membentuk Generasi Mulia,

Semua Pengorbanan Dihargai,

Semua Usaha Dicontohi,

Pemangkin Kemajuan Dimasa Depan,

Memartabatkan Sains Seremban,

Memartabatkan Sains Seremban,

Kamilah Putera Harapan.

Mentakhtakan Sains Tuanku Munawir [2010 - Sekarang][sunting | sunting sumber]

Sejarah Cemerlang Catat Kegemilangan,

Biar Segunung Dilanda Cabaran,

Akan Berbakti Sedia Penuh Setia,

Harapan Nusa Dan Bangsa.

.

Bersemangat Waja Berpadu Tenaga,

Ilmu Dituntut Setiap Masa,

Tekun Dan Taat Ikhlas Menerimanya,

Dari Guru Bijaksana.

.

Tingkatkan Iman Dan Takwa,

Menjana Generasi Mulia,

Semua Pengorbanan Dihargai,

Semua Usaha Dicontohi.

.

Pemangkin Kemajuan Dimasa Depan,

Kejayaan Berkekalan,

Mentakhtakan Sains Tuanku Munawir,

Mentakhtakan Sains Tuanku Munawir.

Doa Rasmi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji Tuhan sekelian alam

Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya.

Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami,

Dosa saudara-saudara Islam kami dan juga mereka yang telah menemui-Mu

.

Ya Allah

Jadikanlah diri kami insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh

Hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman

Serta masukkan kami ke syurga dengan penuh keimanan

Akhirkanlah umur kami Ya Allah dengan kesudahan yang baik

Dan jauhilah kiranya di akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik

Kami bermohon ke hadrat-Mu Ya Allah

Tanamkanlah pada diri kami

Kesungguhan dan kekuatan untuk mencapai kejayaan cemerlang

Dunia dan akhirat

.

Ya Allah Ya tuhan kami

Jauhkanlah kami dari sifat lemah dan malas

Sifat takut dan bakhil, tertekan dan ditindas

Serta sifat-sifat mazmumah yang lain

Jadikanlah kami pelajar yang beroleh rahmat-Mu

Keberkatan dari-Mu

.

Taat dan hormat kepada kedua ibu bapa dan guru-guru

Berkatilah dan rahmatilah sekolah kami ini

Berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik kepada guru-guru kami

Agar dapat mendidik kami dengan sempurna

Menjadi insan yang mulia dan berguna

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Persatuan Bekas Pelajar SM Sains Seremban & SM Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASEROBA)[sunting | sunting sumber]

Saser Old Boys Association (SASEROBA) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2017. Mesyuarat Agong Saseroba Kali Pertama telah diadakan pada 21 Januari 2017 di Dewan Putera, Saser.

Penggal Tahun Nama Presiden Batch
Pertama 2017-2018 Mohammad Haafiz Bin Nordin 4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ DYMM Yang Di-Pertuan Besar rasmikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, March 8, 2011