Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
Alamat
Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Jalan Damai, Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh
Autoriti pendidikanSEBERANG PERAI TENGAH
Nombor sekolah604-5305636
Kod sekolahPEE0051
PengetuaENCIK AHMAD SHABUDDIN BIN ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikPN SANIAH BINTI MATT LAZIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUSTAZ SAEDIN BIN HALIM
Penolong Kanan KokurikulumMOHD AFFENDI BIN MD NOOR
Kali terakhir dikemaskinikan: 25/05/2021


Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan juga merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama di negeri tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (SMSPP- telah diguna semenjak 1973, tetapi telah digunapakai oleh Sekolah Menengah Sains Pasir Putih), telah ditubuhkan pada tahun 1973. Disebabkan bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan, maka pelajar-pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di beberapa buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Penang Free (Tingkatan Empat – Lelaki), Sekolah Menengah Perempuan St. George (Tingkatan Empat – Perempuan) dan Sekolah Menengah Kampung Bahru (Tingkatan Satu – Lelaki dan Perempuan). Setelah bangunan sekolah siap sepenuhnya pada awal 1974, barulah pelajar-pelajar dipindahkan ke sekolah ini.

Pada masa ini sekolah ditadbir urus oleh Encik Harun bin Hassan sehingga 1 Februari 1974.

Pembinaan bangunan SMSTSSS bermula sejak penghujung tahun 1972 lagi. Ia dibina atas bekas kawasan ladang getah (Ladang Getah Alma) seluas 30.2 ekar dengan perbelanjaan kira-kira RM 2.3 juta. Dalam Rancangan Malaysia Keempat, sebanyak RM 5 juta lagi telah diperuntukkan untuk sekolah ini bagi kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan dan pembelian tanah seluas 19.9 ekar, bagi membolehkan ia berkembang sesuai sebagai sebuah sekolah berasrama penuh. Pada 14 Januari 1974, barulah bangunan-bangunan sekolah siap dibina dan diserahkan secara rasmi kepada pihak pentadbir sekolah oleh Jabatan Kerja Raya.

Pengambilan pelajar-pelajar bermula pada awal tahun 1973. Mereka merupakan pelajar-pelajar perintis sekolah ini yang berasal dari negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, N.Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor dan Sabah. Jumlah pelajar perintis ini adalah kira-kira 380 orang. Sementara guru-guru yang ditugaskan sejumlah 19 orang. Pada tahun 1974, jumlah pelajar telah bertambah menjadi 615 orang iaitu dengan kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Empat yang baru. Serentak dengan itu juga bilangan guru juga turut bertambah menjadi 43 orang.

Pada tahun 1975, barulah sekolah ini mempunyai pelajar-pelajar dari semua tingkatan bermula dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Enam Rendah dengan jumlah seramai 752 orang pelajar dan dibantu oleh 45 orang guru.

Pada tahun 1977, SMSTSSS mula menempatkan pelajar-pelajar Matrikulasi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang seramai 101 orang. Dengan itu juga, SMSTSSS tidak lagi menawarkan kelas Tingkatan Enam kepada pelajar-pelajarnya. Mulai 1996, SMSTSSS juga telah memulakan aliran teknikal iaitu dengan menawarkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Dalam tahun yang sama juga, mata pelajaran Bahasa Perancis mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu.

Pada 2 April 1982, tepat jam 4.30 petang, bermulalah satu lagi detik yang cukup bersejarah bagi sekolah ini kerana saat itu telah berlangsungnya upacara perasmian pembukaan sekolah ini serta penukaran nama barunya iaitu Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang kepada Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Pada tahun 1995 , perkataan sains telah ditambah kepada nama sekolah ini manjadi Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin seperti yang dikenali sekarang ini. Pada 11 Mei 1997, sebuah persatuan bekas-bekas pelajar SMSPP, STSSS dan SMSTSSS telah ditubuhkan secara rasminya (ALSPEN).

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

NAMA PENGETUA MULA HINGGA
1.Marmuji bin Koso 2 Feb 1974 14 Ogos 1976
2.Tuan Haji Mohd. Arif bin Rahmat 15 Ogos 1976 15 Julai 1982
3.Tuan Haji Halim bin Othman 16 Julai 1982 30 Nov 1990
4.Tuan Haji Wan Min bin Wan Din 1 Disember 1990 15 Disember 1994
5.Tuan Haji Zainuddin bin Haji Abdul Kadir 16 Disember 1994 15 November 1995
6.Tuan Haji Ngazizan bin Haji Din 16 November 1995 31 Disember 1998
7.Encik Ibrahim bin Mohamad 1 Februari 1999 31 Disember 2004
8.Dr Haji Umar bin Man Feb 2005 Julai 2006
9.Encik Baharuddin bin Osman 16 September 2006 15 April 2009
10.Tuan Haji Mohd Noor bin Yusof 16 April 2009 28 Februari 2011
11.Tuan Haji Jamaludin bin Yaacob 1 Mac 2011 15 Julai 2017
12.Ustaz Ishak bin Harun 3 Disember 2018 21 Februari 2021
13.Encik Jasmi bin Md Isa 24 Mei 2021 30 September 2021
14.Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail 1 November 2021 Sekarang

Bendera[sunting | sunting sumber]

Gambar-gambar, buku-buku dan simbol-simbol sains yang terdapat pada lencana ini. melambangkan keprihatinan guru-guru dan para pelajar sekolah ini dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi

Warna 'maroon' yang terdapat pada bendera sekolah ini melambangkan keberanian dan kegigihan semangat dan usaha seluruh warga sekolah ini. bagi memajukan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dalam semua lapangan baik bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Lencana sekolah diletakkan di tengah-tengah bendera sekolah ini bagi melambangkan rasa sanjungan, cinta dan sayang seluruh warga Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin terhadap sekolah ini sebagai satu institusi pendidikan.

Lagu SMSTSSS[sunting | sunting sumber]


MAJU DAN JAYA


Kami penuntut putera puteri
harapan ibu pertiwi
Bersatu hati satu tujuan
Ilmu asas kemajuan

Pada sekolah kami
Bersumpah taat setia tekun
Berusaha bersopan
Santun berbudi mulia
Namamu kekal sentiasa

Oh Tuhan berilah rahmatMu
Yakin berusaha berilmu
Moga cita murni kami
Hidup berjaya berbakti

Pada sekolah kami
Bersumpah taat setia tekun
Berusaha bersopan
Santun berbudi mulia
Namamu kekal sentiasa

Lencana[sunting | sunting sumber]

lencana atau logo asal (gambar atas sebelah kiri) adalah hasil gabungan idea Tuan Haji Marmuji bin Koso (Pengetua pertama) dan Cikgu Haji Mansor bin Hambali (Guru Sains Paduan) pada tahun 1974. Idea mentah diperoleh melalui lukisan pelajar semasa pertandingan mencipta logo sekolah pada waktu itu.

1974 merupakan tahun lencana asal dilancarkan ketika SMS PP mula beroperasi di Bukit Mertajam, namun kerja tanah dan penubuhan sekolah adalah tahun 1973.

Oleh itu lencana yang terkini (gambar bawah) menggunakan tahun 1973 bersempena dengan tahun penubuhan sekolah.

Maksud Lencana Sekolah
- Pokok pinang dan gelombang air biru putih melambangkan sekolah terletak di Pulau Pinang,
- 4 bulatan bermaksud putaran atom, molekul bagi diamond,
- Penunu Bunsen dan ‘gears’ mewakili sains dan teknologi
- buku mewakili pendidikan.
- ilmu asas kemajuan merupakan tagline sekolah.
- maroon dan putih pula dimasukkan kerana ia merupakan warna rasmi sekolah.

Asrama[sunting | sunting sumber]

  • Asrama Tun Syed terdiri daripada 4 blok (Blok A, B, C dan D)
  • 2 blok Asrama Putera (ASPURA) dan 2 blok Asrama Puteri (ASPURI)
  • Tun Syed mengamalkan pertandingan sistem rumah di mana rumah Delima,Mutiara,Nilam dan Zamrud bersaing dalam merebut gelaran juara sistem rumah setiap tahun

Alumni yang menyerlah[sunting | sunting sumber]

Pemuzik Professional (97-01)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]