Sekolah Menengah St. James Tenghilan (M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint James Tenghilan
Lokasi
Wdt 26, 89259, Tuaran, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan.
MotoMAJU PERJUANGAN JAYA
Nombor sekolah+6088981491
Kod sekolahXFE4401
PengetuaPuan. Lokuin Gintos
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan. Angelina Ebun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan. Lia Camilia
Penolong Kanan KokurikulumTuan. Haji Hamdan Nawi
Faks+6088981491

Sekolah Menengah Kebangsaan Saint James Tenghilan Tuaran atau nama ringkasnya SMK St. James Tenghilan Tuaran, yang pada awalnya merupakan sebuah Sekolah Menengah Misionari Katolik yang terletak di Wdt 26.

Pada Tahun 1967 hingga 2019, dikenali sebagai Sekolah Menengah St. James Tenghilan (M) memiliki 88 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 186 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009. Pada Tahun 2020 hingga Kini sekolah berikut dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Saint James Tenghilan Tuaran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah St. James Tenghilan (M) merupakan sekolah misionari di bawah naungan gereja Roman Katolik. Sekolah ini terletak kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Tamparuli.

Sekolah Menengah St. James Tenghilan (M) telah ditubuhkan pada tahun 1967 dengan hanya sebuah kelas peralihan sahaja. Keluasan sekolah agak kecil iaitu hanya lebih kurang satu ekar. Pada mulanya sekolah ini hanya menumpang di bangunan Sekolah Rendah St. James Tenghilan. Pada Tahun 1970 sekolah ini memulakan kelas tingkatan 1 setelah mendapat bangunan sendiri yang terdiri dari sebuah bilik guru, pejabat pengetua dan dua buah bilik darjah.

Seterusnya pada tahun 1973 sekolah ini mempunyai tiga kelas tingkatan 1, dua kelas tingkatan 2 dan dua kelas tingkatan 3 dengan bilangan murid 250 orang. Namun bilangan ini telah mula berkurangan apabila SMK Tenghilan dibuka 8.3.1974.

Pada tahun 1978 sekolah ini telah ditimpa satu tragedi dimana bangunan sekolah yang terdiri daripada dua bilik darjah, sebuah bilik guru dan pejabat pengetua telah terbakar. Namun atas usaha PIBG sekolah ini , bangunan sekolah yang baru telah dibina setelah memperolehi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM15.000.00.

Pada tahun 1993 dan 1994, sebuah bilik darjah, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah stor, tandas (4 pintu) dan sebuah bilik surau telah dibina untuk kemudahan para murid dan guru. Pada tahun 1995 sekali lagi sekolah ini mendapat bangunan tambahan dengan terbinanya sebuah bilik darjah dan sebuah bilik guru melalui peruntukan Jabatan Pelajaran Sabah.

Seterusnya pada tahun 1996, dengan peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Sabah, sekolah telah menimbus sungai mati, mengubah laluan jalan raya dan membina sebuah rumah guru. Pada tahun 1997, juga dengan peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Sabah, sebuah bilik Kemahiran Hidup yang baru telah dibina.

Pada awal 1998, sebuah asrama desa telah dibina hasil sumbangan YB Datuk Wilfred Mojilip Bumbring, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada ketika itu dan seterusnya dibuka dengan rasminya pada 24 September 1998 oleh YB Datuk Wilfred Mojilip Bumburing.

Pada akhir tahun 1998, sebuah bangunan tambahan 1 tingkat telah siap dibina . Pada tahun 1999, kelas tingkatan empat telah dibuka. Pada akhir 1999, sebuah bangunan konkrit 2 tingkat (4 bilik darjah) telah siap dibina hasil peruntukan Kerajaan Negeri Sabah. Pada pertengahan tahun 2000, dengan peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Sabah, sebuah Dewan Terbuka dan sebuah kantin telah siap dibina.

Seterusnya pada tahun 2002, sebuah bangunan baru telah siap dibina dan dijadikan Pejabat Am dan Pejabat Pengetua. Pejabat AM dan Pejabat Pengetua yang lama dijadikan bilik penolong-penolong kanan. Pada tahun 2002 juga sebuah stor PJK yang baru telah dibina. Stor PJK yang lama telah dirobohkan dan digantikan dengan tandas sekolah yang baru (10 pintu)

Pada awal tahun 2003 sebuah stor inventori dan sebuah bangunan makmal komputer telah siap dibina. Bagaimanapun, memandangkan belum ada peralatan khusus untuk makmal komputer dan kekurangan bilik darjah maka bangunan tersebut telah dijadikan  bilik darjah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

i. Menyediakan pembangunan diri pelajar yang holostik dan menyeluruh.

To provide a wholesome and holistic development for our student.

ii. Mendidik dan membentuk pelajar menjadi warganegara berguna dan pemimpin yang berakhlak mulia dan bernilai moral yang tinggi.

To educate and mould students to be useful citizens and leaders of our nation with noble character and high moral values

iii. Memberi perhatian,kasih sayang dan bimbingan kepada para pelajar agar menjadi terbaik mereka mampu jadi.

To provide love, care and guidance for our student to be the best they can be

Visi, Misi, Moto & Slogan[sunting | sunting sumber]

(VISI)

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

(MISI)

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA   

(MOTO)

MAJU PERJUANGAN JAYA 

(SLOGAN)

MOVE ON AND MAKE A DIFFERENCE   

Pencapaian Sekolah Dalam Keputusan SPM[sunting | sunting sumber]

  • PENCAPAIAN SPM PADA TAHUN 2010

Pada 24 March 2011, Untuk julung kalinya dan sejarah buat SM.ST.James Tenghilan Tuaran kerana telah tersenarai di kedudukan 19 daripada 23 sekolah yang mencapai 100 Peratus Lulus SPM Sabah untuk tahun 2010[1].

  • PENCAPAIAN SPM PADA TAHUN 2012

Pada 22 March 2013, SM.ST.James Tenghilan Tuaran berada di kedudukan 22 daripada 28 sekolah yang mencapai 100 Peratus Lulus SPM Sabah untuk tahun 2012[2]. Pencapaian berikut merupakan pencapaian kedua yang diperolehi oleh SM.ST James Tenghilan Tuaran.

  • PENCAPAIAN SPM PADA TAHUN 2021

Pada 16 June 2022, SMK Saint James Tenghilan Tuaran dinobatkan sebagai Top Ke - 2 Sekolah Luar Bandar daripada 5 sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Lonjakan Terbaik SPM Sabah untuk tahun 2021[3]. Pencapaian berikut telah di umumkan oleh YBhg Puan Tah Nia Binti Jaman iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Sabah. Pencapaian Sekolah Lonjakan Terbaik SPM Sabah adalah pencapaian pertama diterima oleh SMK Saint James Tenghilan Tuaran.

Pencapaian Kokurikulum & Sukan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2019 untuk julung kalinya dan sejarah buat SM St James Tenghilan , menerusi Adik Audrey Eastry Albert telah menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas. Sijil Anugerah tersebut telah sampaikan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir kepada Pengetua SM. St. James Tenghilan, Encik Soo Yong Huat[4].

[sunting | sunting sumber]

SMK St. James, Tenghilan Tuaran (Mengekalkan Logo Yang Asal)
LOGO PENERANGAN LENCANA
1987 Dicipta oleh Thomas Bola (Pelajar Tingkatan Tiga)
Bulat Menghargai masa yang beredar
Bintang Kegemilangan Raja, Perlembagaan, Agama, Bangsa dan Negara
Buku Kepentingan Ilmu
Obor Semangat berkobar-kobar
Padi Melambangkan kegiatan masyarakat setempat sebagai petani
WARNA PENERANGAN WARNA
Putih Kesucian
Biru Kedamaian
Merah Keberanian
Kuning Kesetiaan
Hijau Kemajuan

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Maju Perjuangan Jaya

St. James adalah sekolahku

Tempatku menimba ilmu

Megah namamu di tengah Bumi

Melahirkan insan berwawasan

Kami murid SM St James

Berusaha hingga berjaya

Berdisiplin dan berdikari

Mewujudkan aspirasi bersama

Maju Perjuangan Jaya

Adalah cogan kata kami

Menjunjung cita Rukun Negara

Doa dan usaha hingga berjaya

Semangat juang diteruskan

Dengan guru yang dedikasi

SM St James kami banggakan

Jasamu kami kan kenangi.

(Dicipta oleh Cikgu Wandy George Gimpah)

Senarai Pengetua SM ST. James Tenghilan (M) dari Tahun 1967 Hingga 2019[sunting | sunting sumber]

TEMPOH NAMA
1967 - 1984 Micheal Joummy
1984 - 1987 Tambur Maguring(Pemangku)
1988 - 1992 Seek Kim Ching
1992 - 1994 Abdullah Daliun(Pemangku)
1994 –- 2006 Alim @ Alfred Muntu
2006 - 2008 Edmund Tay
2008 - 2011 Benedict Paulus
2011 - 2017 Ganasan A/L Ramasamy
2017 - 2019 Soo Yong Huat
2019 - 2020 Mak Yuk Kiew @ Evelyn

Senarai Pengetua SMK ST. James Tenghilan Tuaran Dari Tahun 2020 Hingga kini[sunting | sunting sumber]

TEMPOH NAMA
2020 - 2021 Mak Yuk Kiew @ Evelyn
2021 - Kini Lokuin Gintos

Alamat[sunting | sunting sumber]

SM ST. JAMES (M),

TENGHILAN, PETI SURAT 254,

89208, TUARAN.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keputusan SPM Sabah meningkat". www.blogspot.com.
  2. ^ "Keputusan SPM Sabah meningkat". www.blogspot.com.
  3. ^ "Jurang perbezaan peratus lulus sekolah bandar dan luar bandar sabah semakin kecil". sabahmedia.com.
  4. ^ "Penyerahan sijil tahap emas ( ARPRM ) kepada pelajar SM. St James Tenghilan". www.jbsn.gov.my.