Sekolah Menengah Teknik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional merupakan sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:

  1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.
  2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.
  3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan.
  4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

Kursus Yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Aliran Teknikal[sunting | sunting sumber]

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Pertanian (Agro Teknologi)
  • Perdagangan

Aliran Vokasional[sunting | sunting sumber]

Ketukangan

  • Elektrik
  • Elektronik
  • Amalan Bengkel Mesin
  • Kimpalan
  • Automotive
  • Binaan Bangunan
  • Penyejukan & Penyaman Udara

ERT / Hospitaliti

  • Seni Kulinari
  • Bakeri
  • Fashion & Dress Making
  • Seni Kecantikan
  • Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak
  • Pelancongan

PERDAGANGAN

  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Teknologi Pejabat

ICT

  • Pengaturcaraan Komputer

Agrotek

  • Hortikultur Hiasan & Landskap
  • Teknologi Tanaman
  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan

Aliran Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Ketukangan

  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara Domestik
  • Juruteknik Elektrik Rendah
  • Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video
  • Pemesin Am
  • Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  • Mekanik Kenderaan Motor
  • Pelukis Pelan Mekanikal
  • Pembuat Perabut
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurukerja Paip
  • Pelukis Pelan Senibina
  • Juruteknik Rendah Elektronik Industri-Peralatan
  • Equine

ERT / Hospitaliti / Pelancongan

  • Pembuat Pakaian Wanita
  • Pembantu Penyedia Makanan
  • Jurukecantikan
  • Pendandan Rambut Muda

ICT'

  • Juruteknik Audio & Visual

Agrotek

  • Juruteknik Rendah Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian
  • Pemprosesan Makanan

Senarai SMT / SMV[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]