Kolej Vokasional Jalan Stadium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium
Center
Lokasi
 Malaysia Jalan Stadium, 05100, Alor Star,, [Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047333363
Kod sekolahKKE2159
Faks6047347078
Laman sesawang


Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium atau nama ringkasnya SM Teknik Jalan Stadium, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Jalan Stadium.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium memiliki 278 pelajar lelaki dan 85 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 363 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium dibuka pada tahun 1973. Pada peringkat pembukaannya, ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar, Kedah. Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium terletak di Kompleks Pendidikan iaitu kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Alor Star, di atas sebidang tanah seluas 26.07 hektar. Di Kompleks Pendidikan juga terdapat lima buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Barathy, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim dan Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium sendiri. Kompleks ini juga turut menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah.

Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran pengajian iaitu aliran Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Terdapat 8 bidang kursus yang ditawarkan kepada pelajar lepasan tingkatan tiga. Bidang-bidang tersebut ialah Menggegas dan Memesin, Kaji Sawat Motor, Binaan Bangunan, Pemasangan Elektrik, Menservis Radio dan TV, Kerja Kimpalan Logam, Perdagangan dan Penyamanan dan Penyejukan Udara. Semua bidang pengajian dijalankan dalam dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mulai tahun 1979, semua bidang pengajian telah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Pada tahun 1983, Kursus Kemahiran diperkenalkan menjadikan dua aliran iaitu Aliran SPVM dan Aliran Kemahiran.

Pada tahun 1998, ekoran penstrukturan semula sekolah-sekolah menengah vokasional dan teknik di seluruh negara, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium (SMTJS). Kini SMTJS dikenali ramai sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang menawarkan mata pelajaran teknik disamping mata pelajaran vokasional kepada lepasan PMR di Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium
Jalan Stadium
05100, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047333363
Fax = 6047347078

Pautan luar[sunting | sunting sumber]