Kolej Vokasional Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Menengah Teknik Jasin)
Sekolah Menengah Teknik Jasin
Lokasi
Jalan Kemendor, Jasin, Melaka
Bandar Jasin, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Teknik
Moto"Berdisiplin, Cemerlang dan Inovatif"
Ditubuhkan1 Oktober 1997
Nombor sekolah(+6)06-5291010
PengetuaEn. Hasni bin Dolmat
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mustaza bin Abu Amin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Saodah bt Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Jaliah bt Abu
Faks(+6)06-5293130
Laman sesawang


Sekolah Menengah Teknik Jasin (dikenali sebagai SMTJ) ialah sebuah sekolah menengah teknik yang dibina di sebidang tanah seluas 40 ekar. Sekolah Menengah Teknik Jasin merupakan sekolah teknik yang keempat dibina di negeri Melaka dan kelapan di seluruh Malaysia. Usaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang masih kekal sehingga kini.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Jasin terletak kira-kira empat kilometer dari Pekan Jasin. Lokasi sekolah ini terletak di Bukit Telemong di Simpang Kelubi di atas keluasan tanah 40 ekar yang dahulunya adalah ladang kelapa sawit. Antara kampung-kampung dan penempatan yang terdapat di sekitar sekolah ini ialah Kampung Kelubi, Kampung Kesang Tua, Kampung Kemengkang, Kampung Seri Kesang, Felda Kemendor, Serkam Estate dan Air Baruk.

Sekolah Menengah Teknik Jasin merupakan salah satu daripada 8 buah sekolah menengah teknik yang dibina di bawah Skim Pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) keempat. Sekolah ini mula dibina pada 1 Oktober 1997 dengan anggaran kos sebanyak RM29 juta dan merupakan sekolah menengah teknik keempat di negeri Melaka.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Jasin
Peneroka alaf ini
Inovasi, cemerlang dan disiplin
Itulah moto kami

Pemangkin tenaga teknokrat
Penyumbang kemajuan terkini
Ilmu dituntut mendapat berkat
Moga direstui Ilahi

Awam, elektrik, mekanikal
Tulang belakang kursus kami
Teknologi dan inovasi diteroka
Wawasan negara dicapai

Kami bertekad untuk berusaha
Berjuang menimba ilmu dengan gigih Cemerlang akademik cemerlang segala Kearah melahir insan harmonis

Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Jasin
Jalan Kemendor, 77000
Jasin, Melaka

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-5291010
  • No. faksimili: (+6)06-5293130

Maklumat ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: mea1001@pd.jaring.my

Visi dan misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Sekolah Menengah Teknik Jasin akan menjadi Sekolah Teknik gemilang dalam pencapaian akedemik dan pembentukan sahsiah pelajar.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid selaras dengan agenda Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Jabatan Pelajaran Melaka untuk melahirkan bakal teknokrat yang berintegriti.

Ikrar sekolah[sunting | sunting sumber]

Bahawa kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Jasin, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan iltizam kami kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah. Kami juga berjanji akan:

  • Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan diri demi masa depan agama, bangsa dan negara.
  • Menghormati ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan undang-undang negara.
  • Taat kepada segala peraturan dan undang-undang sekolah.
  • Jauhi diri daripada salah laku dan seterusnya mensifarkannya di sekolah dan di mana kami berada.
  • Dan seterusnya kami berpegang teguh pada janji dan ikrar demi masa depan kami, sekolah dan wawasan negara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]