Kolej Vokasional Lahad Datu
Moto | Sekolah Mesra, Tenang, Lapang, dan Damai |
---|---|
Jenis | Sekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan |
Pengetua | En. Che Aziz bin Othman |
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | En. Datu Kishra bin Datu Ibrahim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Thien Kim Yun |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Rose Quirinus Majantah |
Pengerusi PIBG | En. Suratman bin Paijo |
Kod sekolah | XKA3101 |
Lokasi |
![]() |
Laman sesawang | http://www.smtld.com |
Telefon | 6089884957 |
Faks | 6089881165 |
Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu atau nama ringkasnya SM Teknik Lahad Datu, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Peti Surat 60173.
Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu memiliki 172 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 301 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009
Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu terletak di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 128 ekar (42 hektar) dan terletak di kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Segama. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai kawasan yang paling luas di Malaysia.
Tanggal 23 Mei 1988 merupakan hari pertama SMVPLD mula beroperasi. Di awal penubuhannya, sekolah ini cuma menawarkan satu kursus iaitu 'Pengurusan Ladang' dengan bilangan pelajar seramai 39 orang dan tenaga pengajar pula berjumlah 9 orang termasuk pengetua. Di samping itu, antara kursus lain yang kini ditawarkan ialah Kejenteraan Ladang, Hortikultur Hiasan dan Landskap serta Pengurusan Perniagaan. Mulai 1 Januari 1998, SMVPLD telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu dan kursus Kejuruteraan Mekanikal diperkenalkan.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
- Peti Surat 60173
- 91111, Lahad Datu
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6089884957
- Fax = 6089881165