Kolej Vokasional Melaka Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1984, ia adalah salah sebuah sekolah aliran teknik dan vokasional yang menawarkan beberapa kursus kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Namun mulai tahun 2011 ia telah ditukarkan sepenuhnya menjadi sekolah aliran vokasional. Kini ia dikenali sebagai Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Sekolah ini dibina pada Januari 1984 di atas sebidang tanah yang keluasannya ialah 15.46 hektar melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Asian. Projek ini menelan kos sebanyak RM32 juta di mana RM24 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah. Projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Disember 1985 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama sekolah untuk jurusan vokasional telah diadakan pada 20 April 1986.

Sejak pembukaan sekolah ini, banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan pasaran industri.

Pada tarikh 1hb Disember 1995, Sekolah Menengah Vokasional ini secara rasminya telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan menawarkan aliran baru iaitu teknik dan masih mengekalkan aliran vokasionalnya. Semenjak penukaran ini, kursus sijil asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya.

Kini, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah mempunyai seramai 800 orang pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus aliran teknik dan vokasional, manakala staf akademiknya telah menjangkau seramai 100 orang. Selain daripada pencapaian keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sekolah ini juga melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sehingga pelajarnya dipilih untuk mewakili daerah, negeri dan kebangsaan dalam acara-acara yang dianjurkan.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar bagi menghasilkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Membentuk insan berkemahiran yang mampu menghadapi cabaran globalisasi. Melayani setiap pelanggan sekolah.

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah Cemerlang 2010

Misi[sunting | sunting sumber]

Warga Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah untuk :-

  1. Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar bagi menghasilkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
  2. Membentuk insan berkemahiran yang mampu menghadapi cabaran globalisasi
  3. Melayan setiap pelanggan sekolah

Akronim PRIME[sunting | sunting sumber]

Performance Mempertingatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang
Respectability Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya
Image Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berkhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta
Man power Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai ethika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai wawasan 2020
Expectation Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatupadu

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Menjadikan sekolah ini sebagai “ pusat ilmu “ bagi memburu kecemerlangan pencapaian pelajar dalam berbagai bidang dengan cara memberi mereka pendidikan yang paling bermutu.

  1. Membina nilai serta kepakaran guru bagi mewujudkan pandangan positif terhadap Sistem Pendidikan Teknikal & Vokasional supaya dihormati oleh masyarakat.
  2. Melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang teknikal dan separa teknikal bagi memenuhi keperluan gunatenaga negara.
  3. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut serta memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Menerapkan ciri-ciri budaya kecemerlangan di sekolah ini bagi memenuhi aspirasi dan hasrat agama, bangsa dan negara iaitu untuk melahirkan generasi yang produktif dan berdaya maju.

Budaya Kerja Gemilang SMTMT[sunting | sunting sumber]

  1. Memahami dan menghayati
  • Falsafah Pendidikan Negara
  • Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
  1. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian pelajaran setiap masa.
  2. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
  3. Menentukan objektif (setiap tugas.
  4. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
  5. Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah.
  6. Mengamalkan sikap Jujur, Ikhlas, Amanah serta Adil.
  7. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
  8. Kepimpinan melalui teladan.
  9. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
  10. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
  11. Kerja adalah Ibadah.

Lapan Prinsip Pengurusan Berkualiti[sunting | sunting sumber]

  1. Tumpuan kepada pelanggan - Pelanggan merupakan sebab wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi harapan pelanggan.
  2. Kepimpinan - Pengurursan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ia masih sesuai dan berkesan.
  3. Penglibatan anggota organisasi - Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepaa peningkatan prestasi organisasi.
  4. Pendekatan proses - Pendekatan proses bermaksud input, proses transformasi input-input ini dan output kepada proses transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses trasformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat duruskan mengikut pendekatan proses.
  5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem - Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.
  6. Penambahbaikan secara berterusan - Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara trusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
  7. Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta - Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan ini berkesan.
  8. Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama - Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

MEGAH TERSERGAM INDAH

S.M.T MELAKA TENGAH
GURUNYA MENDIDIK MEMIMPIN
KE ARAH MAJU JAYA

USAHA YAKIN DAN JAYA
ITULAH HASRAT KITA
BERUSAHA MENINGKATKAN MUTU
HASILAN KERJA

RAJIN BERUSAHA
ITULAH DASAR KITA
TERUS BEKERJA
DEMI NEGARA

PENUH YAKIN DAN IKHLAS
DAULATKAN NILAI BANGSA
BERGANDING BAHU

UNTUK NUSA BANGSA AGAMA

Sejarah Pengetua SMTMT[sunting | sunting sumber]

  • Tn Hj Nordin Mantan — Pengetua SMTMT (1988)
  • Tn Hj Omar Bin Man — Mantan Pengetua SMTMT
  • Tn Hj Sariman Bin Sharif — Mantan Pengetua SMTMT
  • Tn Hj Mohamad Bin Samad — Pengetua SMTMT 2007
  • Dr Hj Abdul Aziz b. Sahat
  • Tn Hj Abdul Aziz b. Omar

Pelajar Terbaik SMTMT[sunting | sunting sumber]

Aliran Teknik[sunting | sunting sumber]

11 Tahun aidah wani Nama Kursus aidah wani Pencapaian Agregat
1997 MOHD HAYRIEL B. SALIM 5PKE1 4A1 + 3A2 8
1998 HAZIFF B. ACHIM 5PKE1 4A1 + 2A2 8
1999 ROSNIZAM B. MAAROF 5PKE1 3A1 + 3A2 9
2000 MOHD NAZAFAT B. KASSIM 5PKE1 5[1A] + 1[2A] 6A
2001 HAZANARIAH BT. HASSAN 5PKA3 3[1A] + 5[2A] 8A
2002 ONG SWEE KHAI 5PKE1 8[1A] + 1[2A] 9A
2003 HASRUL B. HALIMOON 5PKM1 4[1A] + 4[2A] 8A
2004 MOHD ATHIR BIN MAMAT 5PKE1 7[A1] + 2[A2] 9A
2005 MOHD AZIZUL RAHMAN B MOHD AZIZI 5PKE1 9[A1] + 2[A2] 11A
2006 NUR AQILAH BTE HAIRUDIN 5PKE1 7[1A] + 2[2A] 9A
2007 CHE SAIFUL HARIS BIN CHE MAHTAR 5 BESTARI 4(1A)+4(2A) 8A

Aliran Vokasional[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Kursus Pencapaian Agregat
1997 MOHD NAZRI B. MOHD ALI 5EN 1A1+5A2 11
1998 ADIB B. SUKIMAN 5ABM 4A1+2A2 10
1999 ABD FARUF B. MUSTAFA 5EK 4A1+1A2 11
2000 MOHAMED HARTH B. ABDUL KADIR 5PPU 2[1A]+5[2A] 7A
2001 MOHD NASHRIMAN NOOR B. NAWI 5EN 4[1A]+2[2A] 6A
2002 AHMAD FAIZAL B. RAHIM 5EN 2[1A] + 3[2A] 5A
2003 MOHD HAIRIL BIN YAAKUB 5KFL 9[1A] 9A
2004 KAU CHOON HONG 5PPU 5[1A] 5A
2005 ZAMHAMIDI BIN ZAMANI 5EK 4[A1] + 1[A2] 5A
2006 MUHAMMED ARIF BIN MOHD SARIF 5EK 4[1A] + 1[2A] 5A
2007 MUHAMMAD HAFIZI BIN MD JALIL 5ABM 3(1A)+3(2A) 6A

Sinopsis Kursus[sunting | sunting sumber]

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN DI SMTMT

Aliran Teknik
Aliran Vokasional
Aliran Kemahiran
Pengajian Kejuruteraan Awam
Binaan Bangunan [BB]
Pembuat Perabot [Ting. 5]
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Kimpalan & Fabrikasi Logam [KFL]
Juruelektrik [Ting. 4]
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Automotif [AU]
Jurukimpal Arka [Ting. 4]

Elektrik [EK]
Mekanik Kenderaan Motor [Ting. 4]

Elektronik [EN]


Amalan Bengkel Mesin [ABM]


Penyejukan & Penyamanan Udara [PPU]


Aliran Teknik[sunting | sunting sumber]

Syarat Utama :
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

a. Bahasa Melayu =C

b. Matematik = C & Sains = B atau Sains = C & Matematik = B

c. Kemahiran Hidup = C
Syarat Tambahan:
Mendapat pencapaian minimum Peringkat C dalam 1 mata pelajaran dan Peringkat D dalam 2 mata pelajaran lain.

Aliran Vokasional[sunting | sunting sumber]

Syarat Utama

[untuk kursus EN, EK dan AU]

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

a. Bahasa Melayu = d

b. Sains = C

c. Matematik = D

d. Kemahiran Hidup = C
Syarat Utama

[untuk kursus ABM, KFL, BB & PPU]

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

a. Bahasa Melayu = D

b. Sains = D

c. Matematik = D

d. Kemahiran Hidup = D
Syarat Tambahan
Mendapat pencapaian minimum di Peringkat D dalam 1 mata pelajaran lain.

Aliran Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Syarat Utama :
Pencapaian rendah dalam PMR dengan lulus tidak lebih daripada 4 mata pelajaran.


Mata Pelajaran Aliran Teknik[sunting | sunting sumber]

Mata Pelajaran Teras
Mata Pelajaran Elektif
Bahasa Melayu
Fizik
Bahasa Inggeris
Kimia
Matematik
Matematik Tambahan
Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral
Lukisan Kejuruteraan
Sejarah
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Mata Pelajaran Aliran Vokasional[sunting | sunting sumber]

Mata Pelajaran Teras
Mata Pelajaran Elektif
Bahasa Melayu
Kursus Elektrik:
1. Teknologi Elektrik
2. Pemasangan & Kawalan Elektrik
3. Lukisan Geometri & Elektrik
Bahasa Inggeris
Kursus Elektronik:
1. Teknologi Elektronik
2. Menseris Radio & Televisyen
3. Lukisan Geometri & Elektronik
Matematik
Kursus Amalan Bengkel Mesin:
1. Teknologi Bengkel Mesin
2. Kerja Menggegas & Memesin
3. Lukisan Geometri & Mesin
Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral
Kursus Kimpalan & Fabrikasi Logam:
1. Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
2. Kerja Kimpalan
3. Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam
Sejarah
Kursus Automotif:
1. Teknologi Automotif
2. Menservis & Membaiki Kenderaan
3. Lukisan Geometri & Automotif
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kursus Binaan Bangunan:
1. Teknologi Binaan Bangunan
2. Kerja Kayu & Bata
3. Lukisan Geometri & Binaan Bangunan
Sains
Kursus Penyejukan & Penyamanan Udara:
1. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
2. Kerja Penyejukan & Penyamanan Udara
3. Lukisan Geometri & Penyamanan Udara

Mata Pelajaran Aliran Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Kemahiran Komputer


Enrolmen Pelajar[sunting | sunting sumber]

Enrolmen Pelajar Sesi 2008


Tingkatan Melayu Cina India Jumlah Jumlah Besar
L P L P L P L P

Aliran
Teknik
4





150 102 252
5 152 112 0 0 4 0 156 112 268
Jumlah 152 112 0 0 4 0 306 214 520
Aliran
Vokasional
4





226 49 275
5 194 53 1 0 6 0 201 53 254
Jumlah 194 53 1 0 6 0 427 102 529
Aliran
Kemahiran
4





0 0 0
5





20 1 21
Jumlah 0 0 0 0 0 0 20 1 21
JUMLAH KESELURUHAN 346 165 1 0 10 0 753 317 1070

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Jenis kemudahan Bilangan
Bangunan Blok Pentadbiran 2
Bilik darjah 38
Bengkel kejuruteraan 3
Bengkel pertukangan 7
Makmal sains 4
Makmal fizik 2
Makmal kimia 2
Makmal komputer PIBG 1
Makmal komputer AutoCAD 1
Perpustakaan 1
Bilik Lukisan Kejuruteraan 1
Bilik Alat Pandang Dengar 1
Pusat Sumber Asrama 1
Gimnasium 1
Gelanggang tenis 2
Gelanggang Sepak Takraw 4
Gelanggang Bola Keranjang 1
Gelanggang Bola Tampar 2
Gelanggang Bola Jaring 2
Padang Bola 1
Astaka 1
Kedai Koperasi Sekolah 1
Kedai Syarikat PUM 1
Dewan Bunga Raya 1
Dewan Makan Asrama 1
Surau Asrama 1
Blok Asrama Putera 4
Blok Asrama Puteri 2
Kediaman Guru (Warden) 12
Kediaman Pengetua 1
Kediaman Penolong Kanan 1 1
Kediaman Pekerja 8
Bas 2
Van 1
Makmal Siber 1
Makmal Komputer 1

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]