Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos
Logo SMKDHHY
Lokasi
Renggam,, Kluang, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
MotoUsaha Untuk Kejayaan
Ditubuhkan1965
Nombor sekolah07-7535264
Kod sekolahJEE2042[1]
PengetuaPn Hjh Zainuriah Binti Aman
GPK Pentadbiran dan AkademikAzman Bin Mohd Zaini
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHj Ahamad Bin Hussin
Penolong Kanan KokurikulumRusita Binti Rahmat
Faks07-7536407
Laman sesawang
"Sederap Memacu Kecemerlangan Dengan Harapan Hasrat Yakin "


Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos merupakan Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Renggam, Kluang, Johor.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo lama sekolah

SMK Dato’ Haji Hassan Yunos, Rengam (JEE2042) terletak 21 KM dari bandar Kluang telah dibuka pada tahun 1965 dengan nama asalnya Sekolah Lanjutan Rengam dengan menumpang di SR Jubli Intan, SR Cina Chin Chiang dan SR Tamil, Rengam. Pada Awal tahun 1996, sekolah ini dibe rikan nama baru iaitu Sekolah Menengah Rendah Inggeris, Rengam . Pada bulan Mac 1966 namanya ditukar lagi menjadi Sekolah Menengah Rendah Inggeris/ Kebangsaan Rengam. Pada 26 Mac 1969 dengan rasminya sekolah ini diberi nama baru iaitu Sekolah Menengah Dato Haji Hassan Yunos, mengambil sempena nama Menteri Besar ketika itu. Antara sekolah-sekolah rendah yang menjadi penyumbang pelajar-pelajarnya ‘feeder school’ kini ialah SK Jubli Intan, SK Bandar Rengam, SK Seri Kg.Rengam, SJKC Chin Chiang, SJKC Sayong, SJKT Ladang Sembrong dan SJKT Bukit Rengam, Rengam.

Pagar Sekolah Tahun 80an

Dari segi infrastruktur, pada awal 1965 terdapat 3 blok bangunan yang menempatkan 17 bilik darjah, 1 makmal sains, 1 bengkel Seni Perusahaan, 1 bilik jahitan, 1 bilk masakan dan 2 buah rumah guru luar bandar. Pada tahun 1971, satu bangunan tambahan yang menyediakan 6 bilik darjah dan 1 makmal sains telah didirikan. Seterusnya, sebuah lagi bangunan yang mengandungi 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 3 makmal sains telah siap dibina pada tahun 1980. Menjelang 1985, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah dan 4 makmal sains telah dibina. Kini, sekolah ini telah terdiri daripada 8 buah blok yang dinamakan mengikut abjad bermula dengan blok A yang merupakan blok pentadbiran sehinggalah blok H. Dua buah bangunan baharu lagi yang telah disiapkan pada akhir tahun 2010 iaitu blok G dan H yang menempatkan tingkatan 6 (Pra-U).

Senarai Pengetua dari 1969 hingga Sekarang[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Tahun Berkhidmat
En. Tan Cheng Hai 1969 - 1979
En. Yap Teong Hoon 1980 – 1985
En. S. Sigamoney 1986 – 1995
En. Lee Chang Ngee 1996 – 2001
Tn.Hj. Samani Bin Posan 2001 – 2006
Tn.Hj. Rozali Bin Jemali 2006 – 2011
En. Chin Sim Lai 2011 - 2013
Tn. Hj. Mohamed Yusope Bin Hassan 2014 - 2016
En. Abdul Razak Bin Ibrahim 2016 - 2017
Pn. Hjh. Tumirah Binti Samat 2017 - 2018
Pn Hjh Zainuriah Binti Aman 2018- Sekarang

Organisasi Tertinggi Sekolah (2019)[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama Tahun Mula
Pengetua Pn Hjh Zainuriah Binti Aman 2018
Penolong Kanan Pentadbiran En. Azman Bin Mohd Zaini 2019
Penolong Kanan HEM Tn. Hj. Ahamad Bin Hussin 2013
Penolong Kanan KOKO Pn Rusita Binti Rahmat 2018
Penolong Kanan Ting 6 Tn Hj Razali Bin Hj Samad 2008
Guru Kanan Bahasa Pn. Haslina Binti Musliman 2009
Guru Kanan Sains & Matematik Pn Faridah Binti Syed Fadzil 2019
Guru Kanan Teknik & Vokasional En Azahar bin Ahmad 2017
Guru Kanan Sains Kemanusiaan Pn. Safiah Binti Sarmin 2016
Kaunselor Sekolah Pn. Leng Siew Lian 2002

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]