Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مليسيا
Moto"Kerana Tuhan Untuk Manusia " "Memperkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat"
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1993 (SPACE)
DekanProf Ir Dr. Mohd Azraai Bin Kassim
Lokasi,
KampusKampus utama di Skudai
Kampus kedua di Kuala Lumpur
Kampus ketiga di Pulau Pinang
Kampus keempat di Kota Bharu
Laman sesawang[1]


SEJARAH PENUBUHAN UTMSPACE
Titik permulaan kewujudan UTMSPACE di Universiti Teknologi Malaysia adalah pada Julai 1993 setelah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Oktober 1992. Objektif penubuhannya adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang menawarkan program pendidikan berterusan berteraskan pembangunan profesional dan peningkatan kerjaya kepada setiap lapisan masyarakat. Penubuhannya adalah berasaskan falsafah bahawa pendidikan merupakan proses sepanjang hayat dan setiap individu yang mempunyai hasrat serta bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian kendiri, boleh dibangunkan dan boleh dididik tanpa mengira usia atau latar belakang pencapaian akademiknya yang lepas.

Di awal penubuhannya, tumpuan UTMSPACE adalah untuk menyediakan program-program jangka pendek seperti kursus pendek, seminar, bengkel universiti dan latihan di tempat kerja. Menyedari bahawa terdapat permintaan yang besar ke atas program pengajian separuh masa di kalangan pekerja dewasa maka UTMSPACE telah menawarkan program akademik perdana secara separuh masa bermula daripada sesi akademik 1995/1996. Ia merangkumi program di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah dan Sarjana. Seterusnya mulai sesi akademik 1996/1997, UTMSPACE telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Program Kerjasama UTM dengan kolej-kolej swasta dan pada tahun 1998 UTMSPACE telah bertindak sebagai urusetia Program Pengajian Jarak Jauh. Dalam usaha untuk mempertingkatkan pengurusan dan perkhidmatan kepada pelanggan, mulai sesi akademik 1999/2000, Program Pengajian Separuh Masa telah digolongkan kepada tiga kategori yang berbeza. Semua program pasca ijazah telah dipusatkan di bawah kelolaan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Universiti Teknologi Malaysia dan program-program kerjasama pula diletakkan di bawah pengurusan Pusat Program Kerjasama (PPK). Justeru itu, UTMSPACE secara khususnya hanya mengendalikan Program Pengajian Separuh Masa dan Program Pengajian Jarak Jauh di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Universiti memberi kepercayaan kepada UTMSPACE untuk menjadi One Stop Centre dalam mengendalikan Program Pembangunan Profesional di mana pada Julai 2004, Bahagian Program Pembangunan Profesional (BPPP) ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan BPPP ini ialah untuk memasarkan kepakaran dan kemahiran yang terdapat di semua Fakulti/Pusat Kecemerlangan UTM dengan menawarkan set program latihan kepada golongan profesional.

OUTPUT UTAMA UTMSPACE
Output utama UTMSPACE boleh dikategorikan kepada dua iaitu perkhidmatan dan produk. Setiap unit di UTMSPACE memainkan peranan yang penting dalam menentukan perkhidmatan dan produk yang diberikan adalah memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan. Sehingga kini, UTMSPACE menawarkan enam (6) jenis produk kepada pelanggannya :

  1. Program Pengajian Separuh Masa (Diploma dan Ijazah)
  2. Program Pembangunan Profesional
  3. Program Eksekutif
  4. Program UTM Degree++
  5. Program Bahasa Inggeris
  6. Online Courseware


Program Pengajian Separuh Masa (PSM) Selari dengan hasrat Universiti untuk menjadikan UTMSPACE sebagai Pusat Kecemerlangan dalam Pendidikan Berterusan (lifelong learning), UTMSPACE menawarkan program di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara separuh masa melalui Pengajian Separuh Masa (PSM). PSM merupakan program akademik Arus Perdana (Sepenuh Masa) yang ditawarkan secara separuh masa pada hujung minggu. Ia merupakan peluang pengajian yang ditawarkan oleh UTMSPACE kepada individu yang berminat untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam usaha yang menyumbang kepada peningkatan kerjaya mereka. Sehingga kini terdapat 32 program yang ditawarkan di bawah PSM yang diadakan di 14 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah program-program yang ditawarkan mengikut fakulti :
Fakulti Alam Bina (FAB)

  1. SBW Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah
  2. SBS Sarjana Muda Senibina
  3. SBC Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
  4. SBQ Sarjana Muda Ukur Bahan
  5. SBL Sarjana Muda Senibina Lanskap

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)

  1. SAW Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

  1. SMM Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Diarkibkan 2011-08-10 di Wayback Machine

  1. SEE Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)
  2. SKK Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA)

  1. SKG Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia-Gas)
  2. DKK Diploma Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi (FKSG), Universiti Teknologi Malaysia

  1. SGT Sarjana Muda Sains (Pentadbiran & Pembangunan Tanah)
  2. SGH Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
  3. SGU Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)

Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia

  1. SCK Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  2. SCJ Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  3. SCR Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer)
  4. SCV Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia)

Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia

  1. SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  2. SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
  3. SPI Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
  4. SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
  5. SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
  6. SSK Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia

  1. SSC Sarjana Muda Sains (Kimia-Industri)

Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti Teknologi Malaysia

  1. SHD Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi)
  2. SHF Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
  3. SHR Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

UTMSPACE

  1. DDA Diploma Kejuruteraan Awam
  2. DDE Diploma Kejuruteraan Elektronik
  3. DDC Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
  4. DDJ Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  5. DDW Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
  6. DDQ Diploma Ukur Bahan
  7. DDZ Diploma Sains Komputer (Multimedia)
  8. DDG Diploma Pengurusan Teknologi
  9. DPI Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
  10. Asasi SPACE


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]