Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat
LogoSRAB.png
Lokasi
Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir,
83000 Batu Pahat
,
Johor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Agama Bersepadu, Sekolah kerajaan negeri
Nombor sekolah607-4352214
Kod sekolahJCT0001
Faks606-4352214


Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat atau nama ringkasnya SRAB Batu Pahat, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor (SRAB) Daerah Batu Pahat di tubuhkan pada Januari 1999, menumpang di bangunan Sekolah Agama Kenangan Dato’ Onn. Mengambil pelajar-pelajar tahun satu lelaki dan perempuan seramai 85 orang, dibahagikan kepada dua kelas iaitu 1 tabah dan 1 cekal. Tenaga pengajar seramai enam orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada Tahun 2002, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat. Bangunan ini merupakan bangunan 1 blok, mengandungi 12 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, makmal sains, bilik serbaguna, stor sukan, bilik rawatan, perpustakaan, pusat sumber dan bilik solat. Pada tahun itu juga seramai 83 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah menduduki ujian kelayakan pada Julai 2001. Penambahan lima orang tenaga pengajar baru pada bulan Januari 2002 dan dua orang lagi pada Julai 2002.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat
Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir
83000 Batu Pahat
Johor,  Malaysia
Telefon = 074352214
Fax = 074352214

Pautan luar[sunting | sunting sumber]