Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing
Lokasi
KM 2, Jalan Endau,
Kampung Sri Lalang
, 86800 Mersing, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Agama Bersepadu, Sekolah kerajaan negeri
MotoSRAB RAQAM WAHID
Nombor sekolah607-7996619
Kod sekolahJCT4001
Pengerusi PIBGAbdul Halim bin Rahmat
Guru besarNasibah bt Abdul Kadir
GPK Pentadbiran dan AkademikRos bin Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSalina bt Awang
Penolong Kanan KokurikulumRoyani bt Denid
Faks606-7996619
Laman sesawang


Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing atau nama ringkasnya SRAB Mersing, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di KM 2, Jalan Endau, Kampung Sri Lalang, 86800 Mersing, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) adalah pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor mulai sesi persekolahan 1999. Ia diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998. Penyediaannya untuk membolehkan murid lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan  seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat sekolah menengah, khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Terdapat 8 buah SRAB di seluruh Negeri Johor, iaitu :

1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru, Taman Seri Tebrau, Johor Bahru

2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar, Sungai Abong, Muar

3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Batu Pahat, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat

4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat, Taman Bukit Siput, Segamat

5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kluang, Taman Intan, Kluang

6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Pontian , Benut, Pontian

7. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, Kota Kecil, Kota Tinggi

8. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing, KM2 Jalan Endau, Kg Sri Lalang, 86800 Mersing

SRAB Mersing pada awalnya beroperasi di Felda Tenggaroh pada tahun 1999 dan atas faktor kekurangan murid menyebabkan SRAB Mersing berpindah ke lokasi yang sedia ada sekarang di Bandar Mersing.

SRAB Mersing telah mula diserap masuk ke dalam Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 menjadikan ia sebuah sekolah yang mempunyai 2 Kurikulum Pendidikan iaitu Kuriukulum Perdana (KPM) dan Kurikulum Azhari (Sekolah Agama).

Para pelajar yang bersekolah di sini memulakan sesi persekolahan seawal jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Ahad hingga Rabu manakala sesi persekolahan dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Khamis.

SRAB Mersing merupakan sekolah aliran perdana di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing dan sekolah agama di bawah Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Mersing.

Pelajar pelajar SRAB Mersing terdiri daripada Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.

Para pelajar di sini umumnya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah semasa di Tahun 6.

Para pelajar di sini juga menduduki Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) semasa di Tahun 6

Para pelajar di sini juag menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) semasa di Tahun 5.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SRAB Mersing terus mengekalkan kegemilangan dalam pelbagai bidang.

SRAB Mersing terus unggul semasa UPSR 2016 diumumkan dan berada di tempat 3 daerah Mersing. Manakal bagi SDEA, SRAB Mersing terus unggul di tempat pertama daerah Mersing.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing
KM 2, Jalan Endau,
Kampung Sri Lalang
86800 Mersing
Johor,  Malaysia
Telefon = 077996619
Fax = 077996619


Pautan luar[sunting | sunting sumber]