Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
Lokasi

Jalan Emas 8, Taman Bukit Baru, Bukit Siput,
,
85020, Segamat
,
Johor

 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama, Sekolah kerajaan
MotoMembentuk Insan Bertaqwa
Nombor sekolah079436266
Kod sekolahJCT7001
Pengerusi PIBGEn. Johari bin Marsan
Guru besarPn. Fuzillah binti Mahad
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hjh. Norshakilla binti Hj. Mahad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Fatimahawa binti Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zainudin bin Ahmad
Faks079433566


Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat atau nama ringkasnya SRAB Segamat, merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang terletak di Jalan Emas 8, Taman Bukit Baru, Bukit Siput, 85020, Segamat, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor.

Pada tahun 2019, enrolmen murid di sekolah ini adalah seramai 228 orang murid lelaki dan 229 orang murid perempuan dengan keseluruhan 457 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dengan tenaga pengajar seramai 29 orang terdiri daripada 9 orang guru lelaki dan 20 orang guru perempuan serta dua orang AKP.

Terdapat 12 kelas secara keseluruhannya iaitu dua kelas bagi setiap tahun dengan nama-nama yang berbeza iaitu 1 Bukhari, 1 Muslim, 2 Ghazali, 2 Nasaie, 3 Hanafi, 3 Syafie, 4 Hambali, 4 Hanafi, 5 Nawawi, 5 Tirmidzi, 6 Abu Mansur dan 6 Fakhrurazi. Berikut merupakan enrolmen murid pada Januari 2019.

Enrolmen Murid SRAB Segamat Januari 2019
Kelas L P Jumlah
1 Bukhari 20 20 40
1 Muslim 20 20 40
2 Ghazali 20 19 39
2 Nasaie 19 21 40
3 Hanafi 17 21 38
3 Syafie 19 20 39
4 Hambali 20 19 39
4 Maliki 20 20 40
5 Nawawi 20 13 33
5 Tirmidzi 17 19 36
6 Abu Mansur 18 18 36
6 Fakhrurazi 18 19 37
Jumlah 228 229 457

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SRAB Segamat telah memulkaan operasi pada tahun 4 Januari 1999 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat. pada waktu itu, bilangan murid hanyalah seramai 84 orang dengan enam orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Mohd Ikhsan bin Hj. Jaapar, Ustaz Nazaruddin bin Hj. Ahmad, Ustazah Zaleha binti Yusof, Ustazah Fuzillah binti Mahad, Ustazah Nora binti Ngadio dan Ustazah Zaliza binti Dahlan.

Pada tahun 2001, SRAB Segamat berpindah ke sebuah bangunan tetap di Taman Bukit Baru, Bukit Siput, Segamat seluas 1 hektar yang merangkumi sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang.

Sejak ditubuhkan, SRAB segamat menggunakan Bahasa Melayu sebagai baahsa pengantar. Seiring dengan nama Sekolah Rendah Agama Bersepadu, SRAB Segamat menyepadukan dua kurkulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (pada ketika itu) dan Kurikulun Sekolah Agama Kerajaan Johor (KSAKJ). Masa pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hari Jumaat (1.00 tengah hari).

Selaras dengan perubahan cuti mingguan sektor kerajaan daripada hari Ahad kepada hari Jumaat, sesi persekolahan SRAB bermula pada hari Ahad hingga Khamis dengan sesi pembelajaran kekal dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis (hingga 1.00 tengah hari).

Sepanjang 19 tahun penubuhannya, SRAB Segamat telah memiliki lima orang guru besar. Jadual berikut menunjukkan senarai nama guru besar yang pernah memimpin SRAB Segamat.

Senarai Guru Besar SRAB Segamat
Bil. Nama Guru Besar Tahun
1 Ustaz Ikhsan bin Jaapar 1999-2001
2 Ustaz Mohamad Nazaruddin bin Ahmad 2001-2009
3 Ustazah Milah binti Yoot 2009-2011
4 Ustazah Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri 2011- Julai 2017
5 Ustazah Fuzillah binti Mahad Oktober 2017 - Kini

Pencapaian Akademik[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain, SRAB Segamat turut mempunyai calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, murid tahun 6 juga perlu menduduki Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) pada tahun yang sama. Berikut merupakan pencapaian UPSR dan SDEA SRAB Segamat.

Rekod Pencapaian UPSR 2010-2018
Tahun GPS 6A 5A/4A
2010 2.03 20
2011 1.79 24
2012 2.15 9
2013 1.87 21
2014 1.90 23
2015 1.59 21
2016 2.47 0 6
2017 2.32 0 5
2018 3 10


Rekod Pencapaian SDEA 2010-2018
Tahun GPS 9A 8A/7A/6A
2010 3.06 1 3
2011 3.15
2012 3.29 1 3
2013 2.89 4
2014 2.72 3 4
2015 2.09 1 13
2016 1.79 3 20
2017 1.91 2 8
2018 2.46 6

Sementara itu, murid Tahun 5 pula perlu menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijalankan pada bulan Oktober setiap tahun. Berikut pula adalah pencapaian UPKK calon SRAB segamat.

Rekod Pencapaian UPKK SRAB Segamat 2014-2018
Tahun GPS 8A 7A 6A
2014 1.37 17 11 9
2015 1.22 31 17 10
2016 1.159 42 8 9
2017 1.156 34 12 9
2018 1.247 22 23 11

Pencapaian Koakademik / Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

2018[sunting | sunting sumber]

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM[sunting | sunting sumber]

  • Johan Keseluruhan Peringkat Zon Bandar - 8 Johan, 1 Naib Johan, 1 Saguhati
  • Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Segamat - 6 Johan, 2 Ketiga, 1 Saguhati
  • Peringkat Negeri Johor - 1 Johan, 1 Naib Johan, 1 Saguhati
  • Peringkat Kebangsaan - 1 Saguhati

Perujian Membaca Al-Quran Sekolah Agama Kerajaan Johor[sunting | sunting sumber]

  • Johan Keseluruhan Peringkat Zon 2 - 11 Johan, 2 Naib Johan, 1 Ketiga
  • Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Segamat - 7 Johan, 3 Naib Johan, 3 Ketiga
  • Johan Keseluruhan Peringkat Negeri Johor - 4 Johan, 1 Naib Johan, 1 Ketiga, 3 Saguhati

Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama Bersepadu[sunting | sunting sumber]

  • Johan Keseluruhan Peringkat Negeri - 7 Johan, 1 Naib Johan, 3 Ketiga

Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM[sunting | sunting sumber]

  • Peringkat Daerah Segamat - Johan Kompang Selawat (Anugerah Emas Kompang, Anugerah Persembahan Terbaik)
  • Peringkat Negeri Johor - Johan Seni Khat Puteri, Johan Kompang Selawat
  • Peringkat Kebangsaan - Naib Johan Seni Khat Puteri, Naib Johan Kompang Selawat

Karnival Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Peringkat Negeri - Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
  • Peringkat Daerah - Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2, Naib Johan Pesta Pantun
  • Peringkat Zon - Johan & Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2, Ke-4 Pidato, Separuh Akhir Sahibba

Karnival Kebitaraan Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Peringkat Negeri - Naib Johan Pintar Bercerita Mutiara Selatan, Saguhati Bicara Berirama
  • Peringkat Daerah - Johan Bicara Berirama (Konduktor Terbaik, Persembahan Terbaik, Skrip Terbaik)

Karnival Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

  • Peringkat Negeri - Naib Johan Choral Speaking
  • Peringkat Daerah - Johan Choral Speaking (Konduktor Terbaik), Naib Johan Poetry Recitation
  • Peringkat Zon - Naib Johan Poetry Recitation

Karnival Science Technology Engineering Mathematics (STEM)[sunting | sunting sumber]

  • Peringkat Negeri Johor - Ketiga Bercerita STEM, Saguhati Action Song

Bola Baling[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pertandingan Bola Baling P11 Karnival Kokurikulum Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan
  • Johan Kejohanan Bola Baling Terbuka L11 Negeri Johor
  • Naib Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Segamat
  • Naib Johan Sirkit 4 Penjuru L12
  • Ketiga Kejohanan Piala Guru Besar L12
  • Ketiga Piala Presiden L11
  • Ketiga Kejohanan Piala Presiden L12
  • Suku Akhir MSS Johor
  • Suku Akhir Mutiara Handball Championship Cup

Catur[sunting | sunting sumber]

  • Johan L12 MSSK Selatan
  • Johan L12 MSSD Segamat
  • Naib Johan P12 MSSD Segamat
  • Festival Catur Putrajaya
  • Grand Asian Chess Challenge

Memanah[sunting | sunting sumber]

  • Johan P12 MSSD Segamat
  • Ke-3 MSS Johor
  • Ke-7 Kejohanan Sirkit Kebangsaan Bil.1/2018
  • Johan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Bil.2/2018
  • Kejohanan Piala Nusantara, Pulau Batam, Indonesia

Silat Seni[sunting | sunting sumber]

  • Ketiga Seni Tari P12

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
Jalan Emas 8, Taman Bukit Baru, Bukit Siput
85020, Segamat
Johor,  Malaysia
Telefon = 079436266
Fax = 079433566

Pautan luar[sunting | sunting sumber]