Sekolah Rendah Agama Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara atau lebih dikenali dengan nama SRAKD adalah sebuah sekolah yang mempunyai dua buah bangunan setinggi empat tingkat dan di lengkapi dengan prasana lain seperti surau, kantin, padang dan sebagainya.

Sejarah SRAKD[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara (SRAKD) telah terukir di dalam sejarah kerana menjadi salah sebuah daripada 14 buah SRA yang terdapat di Daerah Petaling Negeri Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah diamanahkan pembinaannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling. Projek pembinaan sekolah ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2005, dan siap pada Februari 2006. Disebabkan oleh masalah teknikal yang berbangkit, sekolah ini masih belum boleh digunakan pada masa itu. Pada 15 Mei 2006, pihak Jabatan Agama Islam Selangor, melalui Bahagian Pendidikan, telah melantik Allahyarham Ustaz Mohd Fauzi Bin Haji Bain sebagai Guru Besar yang pertama di sekolah ini, walaupun bangunan sekolah ini belum beroperasi pada masa itu. Memandangkan  bangunan sekolah belum beroperasi, beliau ditempatkan di Pejabat Agama Unit Pendidikan Daerah Petaling Tingkat 1, Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam. Pada masa itu, segala urusan berkaitan sekolah dilaksanakan di bangunan tersebut.

Pada 13 Disember 2006, tercipta satu sejarah baru bagi Daerah Petaling, kerana pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan rasminya telah menyerahkan bangunan sekolah yang serba indah dan lengkap dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor, dengan serahan kunci kepada YB. Dato HJ Mokhtar Dahlan, Adun Kota Damansara pada masa itu. Kunci tersebut seterusnya diserahkan kepada Pn. Syamsiah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JAIS pada masa itu, dan kemudian diserahkan kepada Ustaz Hj Nawi Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, dan akhirnyai diserahkan kepada Allahyarham Ustaz Mohd Fauzi Hj Bain sebagai Guru Besar SRA Kota Damansara yang pertama. Oleh itu, secara tidak langsung dan rasminya bangunan ini boleh digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pendaftaran untuk pengambilan pelajar dibuat pada pertama kalinya bermula pada 28 Disember 2006 sehingga 5 Januari 2007. Ketika itu, jumlah pelajar keseluruhannya ialah sebanyak 1500 orang dan merangkumi 38 buah kelas, dan terciptalah satu sejarah buat sekolah ini. Sesi persekolahan pertama bermula pada 8 Januari 2007.

Sejak dari itu, bilangan pelajar di sekolah ini semakin bertambah tahun demi tahun yang kini berjumlah 1800 orang pelajar. Dahulunya dinaungi oleh Allahyarham Ustaz Mohd Fauzi B. Hj Bain, ia diikuti oleh Ustaz Zaki B. Sudarman, dan Ust. Hj. Kamaludin B. Hj Sahlan.

Kini bahtera SRAKD dikemudi oleh Ustazah Masitah Bt. Hj. Khojali. Hari demi hari, sekolah SRAKD dikenali oleh masyarakat setempat, kerana telah melahirkan ramai pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat sekolah rendah.

Dari segi infrastruktur sekolah, SRAKD pada mulanya hanya mempunyai dua blok bangunan empat tingkat. Kini, SRAKD dilengkapi dengan dua buah gelangang badminton, pondok istirehat murid, pentas utama, kolam ikan, kebun sayuran dan sebagainya yang menambahkan lagi keceriaan sekolah ini.Kini, nama SRAKD masyhur di kalangan masyarakat yang tinggal di Kota Damansara sebagai satu pusat pengajian agama peringkat sekolah rendah bagi anak-anak mereka. SRAKD menjadi tempat rujukan utama bagi masyarakat setempat yang ingin mendapatkan pendidikan agama untuk anak-anak mereka.

Aliran pengajian yang ditawarkan bagi tahun satu hingga enam adalah aliran agama iktisas, iaitu kategori Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sepenuhnya kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor Bahagian Pendidikan yang bermatlamat kearah melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, beramal soleh dan seterusnya layak membangunkan masyarakat dan Negara.

Perkembangan yang pesat ini, diharap membuka minda masyarakat agar menggalakkan anak-anak mereka belajar di SRA Kota Damansara selaras dengan Falsafah Pendidikan JAIS iaitu:

“Pendidikan adalah satu usaha ke arah memperkembangkan potensi diri individu muslim, mukmin secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.”

Semoga sekolah terus berjaya melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia demi Agama,Negara dan Bangsa.

Guru Besar

Allahyarham Ustaz Fauzi Bin Bain (2007 – 2008)

Ustaz Zaki Bin Sudarman (2008)

Ustaz Kamaludin Bin Sahlan (2008 – 2013)

Ustazah Masitah Binti Khojali (2013 – Kini)

GPK Kanan

Ustazah Rohanis Binti Omar (2007 – 2011)

Ustazah Noraslina Binti Twaher@Juwahir (2011 – Kini)

GPK HEM

Ustaz Mohammad Marzohrin Bin Abdul Malek (2007 – 2015)

Ustazah Saimah Binti Zakaria (2015 – Kini)

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberikan perkhidmatan pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan SRA Kota Damansara sebuah institusi pendidikan agama yang gemilang dari segi kurikulum & ko-kurikulum serta Pusat Perkembangan Ilmu.

Moto[sunting | sunting sumber]

Berilmu, Beramal, Bertakwa dan Berkhidmat

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mendidik jiwa membentuk peribadi

Berteraskan Al-Quran dan juga sunnah nabi

Berjaya, gemilang berwawasan tinggi

Itulah cita-cita kami

Dengan segala daya dan usaha

Terkawal, tersusun pada setiap masa

Membentuk institusi agama

Beramal, berakhlak mulia serta bertaqwa

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara

Berilmu, Beriman, Beramal setiap masa

Seimbang rohani, jasmani membina jiwa

Islam menjadi cara hidup kita

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara (SRAKD)

Jalan Nuri 7/3, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor,

Malaysia

Telefon/faks: 03-61578346

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Laman web rasmi SRAKD