Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff (SRIES)
Lokasi
34400 Gunung Semanggol,, Semanggol, Perak
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoMendidik Generasi Rabbani
Nombor sekolah+6 05-890 2441
Kod sekolahACT3001
Pengerusi PIBGEn. Muhamad Nazli bin Mat Salleh
PengetuaPuan Suzaina binti Mohamad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Siti Faridah binti Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Salwah binti Kasim
Penolong Kanan KokurikulumPuan Haliza Hani binti Hamidun
Faks+6 05-890 2441
Papan tanda sekolah di pintu masuk SRIES
Dataran Terbuka SRIES atau dikenali sebagai Mimbar Taujihad, tempat di mana perhimpunan rasmi setiap pagi diadakan.

Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff (Jawi:سكوله رنده اسلام الإحياء الشريف) atau singkatannya SRIES, merupakan salah sebuah sekolah rendah di Gunung Semanggol, Perak. Sekolah ini juga dikenali dengan nama SABK Al-Ehya Asshariff kerana ia merupakan salah satu daripada dua SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah) di Negeri Perak. SRIES terletak berhampiran dengan Maahad Al Ehya Asshariff yang menempatkan pelajar menengah. Kebanyakan murid-murid tahun 6 dari SRIES menyambung pengajian menengah mereka di Maahad Al Ehya Asshariff dan beberapa sekolah menengah agama lain di negeri Perak.

Pada tahun 2022, SRIES memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 300 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Terdapat 9 buah kelas di SRIES bagi Tahun 1 hingga 6 dan ini tidak termasuk Prasekolah Didik yang mempunyai 2 buah kelas.

Pada tahun 1987, Yayasan Al-Ehya Asshariff (ketika itu dikenali sebagai Persatuan Al-Ehya Asshariff) membuka kembali kelas tadika yang mana pada masa dahulu dikenali sebagai kelas DIDIK. Ini memandangkan permintaan dari penduduk setempat yang mahukan pendidikan awal anak-anak mereka di peringkat pra-persekolahan.

Menyedari akan hakikat inilah, Ehya telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas tadika dimana pada masa itu belum ada lagi kelas yang seumpama itu diwujudkan di lain-lain tempat. Pada peringkat permulaan , seramai 20 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun diambil sebagai murid dengan seorang tenaga pengajar. Kelas ini terus mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat walaupun sudah ada beberapa pihak yang turut mewujudkan tadika lain.

Setelah berjalan dengan jayanya sekian lama , ada permintaan untuk diwujudkan satu sistem pendidikan alternatif untuk pendidikan sekolah rendah. Memandangkan keperluan dan kemampuan yang ada, maka pada tahun 1994 wujudlah Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff (SRIES) dengan permulaan kelas Tahun 1 seramai 5 orang murid.

Kemeriahan Temasya Sukan Tahunan SRIES tahun 2014, turut kelihatan Gunung Semanggol yang dilitupi kabus pagi.

Tahun-tahun berikutnya , masyarakat memberikan sokongan dengan baik maka ia terus wujud dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Pada tahun 1997, sesuai dengan kehendak Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Islam 1996, SRIES mendaftar dengan pendaftar Sekolah-sekolah Agama Islam Perak Darul Ridzuan dengan nombor pendaftaran J.A.I.Pk / SRAR / BS.1 / 97.

Pada tahun 1998, buat pertama kalinya seorang calon SRIES menduduki peperiksaan UPSR walaupun pusat peperiksaan ketika itu menumpang di Sekolah Rendah Agama Ar-Ridhwaniah yang juga sudah ada pusat peperiksaan sendiri.

Pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan telah meluluskan permohonan SRIES untuk menjadi pusat peperiksaan UPSR.

Pada tahun 2005, atas kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia , SRIES telah mendaftar dengan kementerian. Setelah mendaftar dengan kementerian, SRIES akan mendapat kemudahan-kemudahan yang sama seperti SK biasa antaranya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Baucer Tuisyen (SBT) dan sebagainya. Kini , SRIES meneruskan perjuangan bagi memberikan pendidikan semaksima kepada masyarakat dengan satu harapan untuk melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat kejayaan di dunia serta di akhirat.

Lanskap Sekolah[sunting | sunting sumber]

Makmal Komputer SRIES

SRIES merupakan sebuah sekolah luar bandar yang kecil dan mempunyai 3 blok utama.Terdapat sebuah dataran berbumbung yang digunakan sebagai tapak perhimpunan rasmi. Selain itu juga, sekolah ini turut mempunyai sebuah pusat sumber.

Suasana pembelajaran kelas 5 Hikmah

Seperti lazimnya sekolah ini turut dilengkapi kemudahan seperti pejabat pentadbiran, bilik-bilik darjah, bilik guru, makmal komputer serta turut dilengkapi dengan sebuah surau, prasekolah, bilik mesyuarat, bilik pemulihan dan sebuah kantin. Makmal sains dan bengkel kemahiran adalah bangunan dua tingkat yang baru dibina di sekolah ini.

SRIES juga turut mempunyai sebuah padang kecil di sebelah Asrama Puteri. Tapak perhimpunan berbumbung dikenali sebagai "Mimbar Taujihad" sering dijadikan tempat utama bagi mengadakan program dan aktiviti sekolah.

Kantin SRIES yang turut digunakan sebagai Dewan Terbuka bagi aktiviti rasmi sekolah.

Oleh kerana sekolah turut menerima beberapa murid asrama, mereka berkongsi blok asrama dengan pelajar Maahad Al Ehya Asshariff (Menengah) tidak jauh dari kawasan SRIES.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

34 tahun bersejarah

Berdirinya sebuah madrasah

Mengimbas kembali kenangan silam

Mengibar panji Islam


Tersergamnya madrasah kita

Bersama putra-putrinya

Madrasah SRI Al-Ehya Asshariff

Menabur jasa baktinya


Pengasas madrasah kita

Almarhum Ustaz Abu Bakar

Tokoh ulama yang disegani

Terkenal seluruh negeri


Berdisiplin berakhlak mulia

Para pelajar serta gurunya

Guru ibarat sebagai pelita

Memimbing kita semua


Cogankata madrasah kita

Berilmu beramal dan bertaqwa

Amalkan segala ilmu yang ada

Menuju matlamat kita


SRI Al-Ehya Asshariff

Melahirkan pelajar yang cemerlang

Bersatu kita tekadkan usaha

Berlandaskan syiar Islam


Kemajuan yang telah dicapai

Hasil usaha penuh gigih

Mendidik generasi rabbani

Cita-cita yang murni

Nama-Nama Kelas[sunting | sunting sumber]

SRIES merupakan sekolah kategori bandar namun jumlah kelas tidaklah begitu banyak. Terdapat 11 buah kelas sahaja yang terdapat di SRIES. Kelas-kelas ini diberi nama berasaskan akhlak-akhlak Islamiah yang terdapat pada diri seorang muslim:

  • Prasekolah Didik
  • Prasekolah Al-Fateh
  • Tahun 1 Istiqamah (Berterusan) الاستقامة
  • Tahun 1 Raudhah (Taman) الروضه
  • Tahun 2 Fathonah (Ketajaman Akal) الفطنه
  • Tahun 2 Karamah (Kemuliaan) الكرامة
  • Tahun 3 Bahijah (Kegembiraan) البهيجه
  • Tahun 3 Hikmah (Kebijaksanaan) الحكمه
  • Tahun 4 Iffah (Menjaga Harga Diri) العفه
  • Tahun 5 Adalah (Keadilan) العداله
  • Tahun 6 Syaja'ah (Keberanian) الشجاعة
Prasekolah DIDIK di SRIES
Enrolmen terkini murid mengikut kelas bagi tahun 2022:
Nama Kelas Guru Kelas Lelaki Perempuan Jumlah Murid
Pra Sekolah Didik En. Afnan Radhi Bin Rouzlee 13 12 25
Pra Sekolah Al-Fateh Cik Nur Hidayah Binti Azhari 12 13 25
1 Istiqamah Pn. Norhawazidah Bt Abdul Rahim Neyu 15 8 23
1 Raudhah En. Muhammad Nasir Bin Ariffin 14 9 23
2 Fathonah Pn. Nasuha Bt Mohammad Yassin 11 15 26
2 Karamah Pn. Naqebatul Najah Binti Idrus 11 14 25
3 Bahijah Pn. Nafsiah Binti Ibrahim 8 13 21
3 Hikmah Pn. Haslina Bt Pin 8 15 23
4 Iffah Pn. Husna Bt Puat 19 18 37
5 Adalah En. Ahmad Zamri Abd. Ghani 10 26 36
6 Syajaah Pn. Rosmawati binti Ismail 20 16 36
Jumlah Besar 141 159 300
Seluruh warga SRIES berkumpul di dataran terbuka setiap pagi Jumaat untuk bacaan Yasin.

Pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)[sunting | sunting sumber]

* Format baharu UPSR bermula pada tahun 2016, dimana subjek Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas (Pemahaman dan Penulisan).

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2008-2017:
Subjek 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Bil Calon UPSR 24 27
BM (Pemahaman) 2.21 1.67 2.21 1.81 2.08 1.96
BM (Penulisan) 1.96 1.37 2.13 1.65 2.38 1.67
Bahasa Inggeris 3.50 3.11 3.04 2.77 tidak berkenaan
Bahasa Inggeris (Pemahaman) tidak berkenaan 3.17 3.04
Bahasa Inggeris (Penulisan) 3.63 3.70
Matematik 2.25 2.00 2.58 2.19 2.54 2.96
Sains 2.78 2.22 2.71 2.31 2.54 2.37
GPS Keseluruhan 2.53 2.58 2.47 2.08 2.54 2.07 2.53 2.15 2.72 2.62

Pencapaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Nasyid Khairatul Hisan (yang terdiri dari murid-murid perempuan tahun 5 dan 6) yang berjaya merangkul Johan Zon Gunung Semanggol dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kerian 2015.
Pasukan SCRABBLE SRIES (Syaza Iwana dan Nur Hani Syukrina) buat pertama kalinya dinobatkan selaku Johan dalam Scrabble Competition Peringkat Daerah Kerian 2015.

SRIES telah banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak KPM, PPD, JPN dan pihak luar. Selain itu, kecemerlangan demi kecemerlangan turut diserlahkan oleh murid-murid SRIES yang berjaya dalam setiap pertandingan yang disertai mereka.

Antara pencapaian SRIES dalam bidang kokurikulum:
Tahun Aktiviti Pencapaian Peringkat Penganjur Peserta
2013 Bercerita (Tahap 2) Naib Johan Zon
Bercerita (Tahap 1) Ketiga Zon
Storytelling Naib Johan Zon
Kalam Jamaie Penyertaan Zon
Catur MSSD Penyertaan Daerah
BSMM dan TKRS Penyertaan Negeri
2014 Public Speaking Johan Zon SK Haji Dahlan Nur Sufi Syukrina binti Mohd Shukri
Public Speaking Ketiga Daerah SK Sri Pinang Nur Sufi Syukrina binti Mohd Shukri
Bercerita Naib Johan Zon
Kalam Jamaie Naib Johan Daerah
Pidato Piala Diraja Naib Johan Zon Nur Sufi Syukrina binti Mohd Shukri
Hafazan Al-Quran Naib Johan Zon
Bercerita Kisah Nabi Naib Johan Zon
Wirid dan Doa Naib Johan Zon
Catur MSSD Penyertaan Daerah
BSMM dan TKRS Penyertaan Negeri
Storytelling Penyertaan Kelompok 4 Nurul Aini binti Asmuni
2015 Nasyid Sempena Kokuria Bahasa Arab SABK Ketiga Kebangsaan Kumpulan Nasyid Tahap 1
Nasyid Johan Zon Kumpulan Khairatul Hisan
Tilawah Al-Quran

(Perempuan)

Naib Johan Zon Ummi Haziqah Hanim binti Suhaimi
Hafazan (Perempuan) Naib Johan Zon Sofiyatul Hilwani binti Jaafar
Bercerita Kisah Nabi

(Perempuan)

Ketiga Zon Nor Izlinda binti Jafri
Public Speaking Naib Johan Kelompok 4 SK Haji Dahlan Nur Hani Syukrina binti Mohd Syukri
Sahibba Naib Johan Daerah SRI Al-Ehya Asshariff Amal Hakimi bin Abd Aziz
Scrabble Johan Daerah Kerian SK Methodist Parit Buntar Berkumpulan:
  • Nur Syaza Iwana binti Kodri
  • Nur Hani Syukrina binti Mohd Syukri
  • Mohd Iman Afifi bin Mohd Syukri
Storytelling Ketiga Kelompok 4 SRI Al-Ehya Asshariff Nurul Aini binti Asmuni
2016 Festival Nasyid Sekolah Rendah Ketiga Daerah Kerian Kumpulan Nasyid Munsyidul Haq
SAHIBBA Naib Johan Daerah Kerian SK Wawasan, Parit Buntar Amal Hakimi bin Abdul Aziz
Festival Nasyid Sempena 82 Tahun Al-Ehya Asshariff Ketiga Negeri SRI Al-Ehya Asshariff Kumpulan Nasyid Munsyidul Haq
Storytelling Ketiga Kelompok 4 SK Teluk Medan Iman Awatif binti Asmuni
Bercerita Tahap 2 Johan Kumpulan Nor Izlinda binti Jafri
Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah (Perempuan) Ketiga Daerah Kerian Siti Aisyah binti Mat Isa
Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah (Perempuan) Ketiga Daerah Kerian Iman Awatif binti Asmuni
Catur MSSDK 20 teratas Daerah Kerian
  • Amal Hakimi bin Abdul Aziz
  • Fatimah Zahraa binti Mat Sukri
  • Nur Syaza Iwana binti Kodri
  • Akil Akmal bin Tarmim
Poetry Recitation Penyertaan Daerah Kerian SK Sungai Kepar
  • Diana Syahmina bt. Mohd Shahron Nizan
  • Nur Umairah Batrisya bt. Mokhtar
Beaver Computational Thinking Malaysia 2016 Pingat Perak

(ke-51 daripada 4801 peserta)

Kebangsaan Beaver Informatics Malaysia Secretariat Muhammad Yusuf bin Khairol Nizan
Sijil Kepujian

(ke-434 daripada 4801 peserta)

Amal Hakimi bin Abdul Aziz
Public Speaking Johan Kelompok 4 SK Gunung Semanggol Siti Aisyah binti Mat Isa
Kelima Daerah Kerian SK Dato' Alaudin
2017 Beaver Computational Thinking Malaysia 2017 Pingat Perak Kebangsaan Beaver Informatics Malaysia Secretariat Amal Hakimi bin Abdul Aziz
Sijil Kepujian Nur Umairah Batrisyia bt. Mokhtar
Sahibba Johan Daerah Kerian SK Kuala Kurau Baru Nur Syaza Iwana bt. Kodri
Ketiga Amal Hakimi bin Abdul Aziz
Tempat ke 10 Negeri Perak SK King Edward IV, Taiping Nur Syaza Iwana bt. Kodri
Public Speaking Johan Kelompok 4 SRI Al-Ehya Asshariff Siti Aisyah bt. Mat Isa
Keempat Daerah Kerian SJKC Sin Hwa
NILAM Bahasa Melayu Naib Johan PKG Teluk Medan PKG Teluk Medan Nurul Razanah bt. Norzanual
Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Johan Kelompok 4
  • Mohd Akil
  • Amal Hakimi
  • Ammar Danial
  • Alif Hamizan

(4 orang telah dipilih mewakili kelompok ke peringkat daerah)

Catur Johan Kelompok 4 SRA Ar-Ridhwaniah
  • Nur Syaza Iwana bt. Kodri (Perempuan)
  • Mohd Mujahid bin Mohd Firdaus (Lelaki)
Tempat ke 10 daripada 60 orang peserta Daerah Kerian Nur Syaza Iwana bt. Kodri (Perempuan)
Tempat ke 11 daripada 60 orang peserta Amal Hakimi bin Abdul Aziz (Lelaki)
Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 Johan Kelompok 4 Siti Aisyah bt. Mat Isa
Pidato Piala Sultan Nazrin Penyertaan Negeri Siti Aisyah bt. Mat Isa
Permata Pintar Fasa 2 Kebangsaan 8 orang murid layak ke fasa 2
Poetry Recitation Penyertaan Daerah Kerian SJKC Tong Wah, Bagan Serai 2 orang peserta:
  • Siti Aisyah bt. Mat Isa
  • Nur Umairah Batrisya bt. Mokhtar
2018 Sahibba Johan Daerah Alif Hamizan
Kelima Negeri SK Dato' Panglima Bukit Gantang Alif Hamizan
Scrabble Johan Daerah SJKT St. Mary's Alif Hamizan

Akid Faris Faezah

Ketiga Negeri SK Methodist ACS Sitiawan Alif Hamizan

Akid Faris

Pidato Piala Diraja Johan Daerah Nurul Razanah
Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Tempat ke 4 Kelompok 4 Dewan Kompleks Pasar, Bagan Serai Senarai nama ahli pasukan:
  • Alif Hamizan
  • Mohd Akid
  • Uwais Al-Qarni
  • Wan Mohd Aqil

(2 orang telah dipilih mewakili kelompok ke peringkat daerah)

Ping Pong Bawah 12 Tahun Tempat ke 3 Daerah Kerian Alif Hamizan bin Abd Aziz

(dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri)

2019 Sahibba 8 terbaik Kebangsaan DBP Kuala Lumpur Alif Hamizan
Johan Negeri SMK Toh Muda Abdul Aziz Alif Hamizan
Johan Daerah SK Gunung Semanggol Alya Maisarah
Ketiga Alif Hamizan
Scrabble Johan Daerah SK Methodist
  • Alif Hamizan
  • Akid Faris
  • Iman
Bicara Berirama Ketiga Negeri KPM & KASIH Negeri Perak
Badminton Ketiga Daerah Alya Jazmina
Sepak Takraw Naib Johan Daerah
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi (STEM) Ketiga Daerah SRA Ar-Ridhwaniah
2020 Lontar Peluru Gangsa Daerah Kerian Razin
Epertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian Ketiga Negeri Akid Faris bin Shamsul Bahri
Tenpin Boling Keenam Daerah Kerian Naufal
Hafazan Lelaki Naib Johan Zon Mahrajan Quran Sekolah-sekolah Rendah KPM Nizar Fadhli
Daie Cilik Perempuan Naib Johan Nur Afiqah Asyilla
Tilawah Lelaki Ketiga Akid Faris
2021 Virtual Scrabble Kedua dan Ketiga Daerah Kerian
  • Wajih Subhani
  • Arslan Haq
2022 MySolar Cargo Truck Contest Ketiga Kebangsaan
  • Muhammad Daniel Haziq (T6)
  • 'Akif Jihady (T6)
  • Nur'Afeefah
Bicara Berirama Johan Daerah Kumpulan Bicara Berirama SRIES
Badminton Kedua Daerah Damiatul Hawa
Bola Baling Ketiga Daerah Pasukan Bola Baling SRIES
Virtual Scrabble Ketiga Daerah SK Kampung Dew
  • Ahmad Wajih Subhani
  • Arslan Haq
Poetry Recitation Keempat Daerah
  • Damiatul Hawa
  • Wan Nur Amani
Bola Sepak Suku Akhir Daerah Pasukan Bola Sepak SRIES
Sepak Takraw 16 terbaik Daerah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff,
34400 Gunung Semanggol
Perak.
Telefon & Fax : +6 05-890 2441
Email :

  1. act3001@1bestarinet.yes.my
  2. sekolah-1078@moe-dl.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]