Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.jpg

Logo SRI Cahaya Ummi
Lokasi
Jalan 12/2,, Batu, Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Swasta
MotoKecemerlangan Dunia Akhirat
Nombor sekolah03 6252 2421
Pengerusi PIBGEncik Khairul Mizan
Guru besarPn . Ummi Noorliza Bt. Haji Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Mardhia Bt. Jahari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstazah Safarina Bt. Marzuki Pemangku GPK HEM = Ustaz Wan Mohd Afendi
Penolong Kanan KokurikulumUstaz Amir Shamiz
Faks03 6252 2420
Laman sesawang


Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi atau singkatannya SRI Cahaya Ummi merupakan sebuah Sekolah Swasta (Private School) yang terletak di Kampung Batu Muda Jalan 12/2, Kuala Lumpur.

Sekolah ini juga dikenali untuk pergabungan antara pelajaran KBSR/Akademik dan KAFA/Agama dalam 9 jam 30 minit berdasarkan waktu persekolahannya .

Sekolah dahulunya, Cahaya Ummi Integrated School memulakan operasinya pada 2005 selepas Tadika Cahaya Ummi [di Taman Mastiara] memulakan operasinya . Kira-kira 8 tahun selepas TCU dibuka . SRICU dibuka dengan sumbangan dari orang ramai dan ibubapa TCU yang juga mengharapkan SRICU membangun untuk mendidik agama Islam dengan selesa. SRI Cahaya Ummi juga adalah singkatan bagi "Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi"

Pada mulanya, nama sekolah ini adalah "CAHAYA UMMI INTERGRATED SCHOOL" tetapi pada tahun 2008, nama sekolah ini ditukar kepada "SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) CAHAYA UMMI/CAHAYA UMMI ISLAMIC SCHOOL".

Pada tahun 2013, SRI Cahaya Ummi memiliki lebih daripada 210 pelajar dan mempunyai seramai 25 orang guru.

Senarai Ketua Pengawas Sekolah dari tahun 2008 :

2008 - Mohd Daniel 2009 - Mohd Naimuddin 2010 - Nik Elia Anis 2011 - Aliff Saifuddin 2012 - Nur Naqiesha Balqis 2013 - Anis Shafiqah 2014 - Aidill Safiuddin 2015 - Syafiq Hamiz 2016 - Izzat Fahmi 2017 - Aisyah Nabilah

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini memulakan operasinya pada penggal pertama 2008 dan telah berdaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia [No. Rujukan KP(BPS)5195/SRM/274] dan juga berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (No pendaftaran: JAWI/5/439/14/(63).

Beroperasi di dua buah blok sekolah 1 tingkat yang terletak di perkarangan Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Pembinaan salah satu dari blok sekolah ini telah dibiayai hasil dari pelaburan sebahagian besar ibu bapa. Ketika ini jumlah pelajar adalah seramai 210 orang yang terdiri dari pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Kini,Pada 2011, pembinaan blok yang kedua dengan 3 bilik darjah dan 1 Perpustakaan dan kini, SRICU sedang mencari dana untuk pembinaan sekolah dari 1 tingkat kepada 2 tingkat dengan 8 bilik darjah dan 4 bilik air .

Dengan visi untuk menuju “KECEMERLANGAN DUNIA AKHIRAT” sekolah ini ditubuhkan hasil inisiatif sebahagian besar ibubapa kepada pelajar-pelajar lepasan TADIKA CAHAYA UMMI yang cukup prihatin tentang keperluan kepada sekolah rendah yang menekankan kepada nilai-nilai agama disamping penekanan dalam bidang akademik lebih-lebih lagi dengan ketiadaan sekolah rendah yang berkonsepkan agama di sekitar Jalan Ipoh khususnya di Kampung Batu.

Kini, dengan terbinanya satu lagi bangunan 2 tingkat telah menjadikan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi sebagai pilihan ibubapa untuk menghantar anak mereka mempelajari ilmu akademik & ilmu agama di samping dapat meningkatkan lagi mutu pembelajaran di sekolah ini hasil daripada sumbangan dana dari beberapa pihak termasuk ibubapa yang ingin melihat Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dipandang tinggi oleh masyarakat.

Peperiksaan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini juga menekankan 4 peperiksaan utama dalam sejarah SRICU. UPSR, UPSRA (JAWI), PSRA (JAIS) (bagi tahun 6) dan UPKK (bagi tahun 5).

Untuk pengetahuan umum, sekolah ini mengambil dua sukatan pelajaran agama yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). PSRA oleh JAIS manakala UPSRA oleh JAWI. UPSR oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan KPM Lembaga Peperiksaan.

Setiap tahun, sekolah akan mengadakan PRA-PKSR 1/2 sebelum PKSR 1/2 dan mengadakan Ujian Penapisan SRICU bagi tahun 1- tahun 6 sebelum memasuki SRI Cahaya Ummi.

Pada tahun 2014 , sekolah tidak lagi mengambil peperiksaan PSRA atas sebab-sebab tertentu.

Hubungi Kami[sunting | sunting sumber]

Jika anda memerlukan maklumat lebih terperinci tentang SRICU, anda boleh terus hubungi kami melalui talian berikut:

Tel No :03 6252 2421 Fax No : 03 6252 2420

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
d/a Surau Ibrahimiah, Jalan 2/12
Kampung Batu Muda,
51100 Kuala Lumpur

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sekolah Swasta