Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
(سكوله سأين س سلطان حاج احمد شاه فكن)
Moto Where Excellence Is Created
Ditubuhkan (1989-03-01) 1 Mac 1989 (umur 28)
Dirasmikan (1989-08-01) 1 Ogos 1989 (umur 28)
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)(High Performance School), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
Pengetua En. Adnan Bin Abdul Aziz
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Zakaria Bin Tuan Muda
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Hajah Halimatu Saadiah Binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Kokurikulum En. Sukeri Bin Abdul Rahman
Pengerusi PIBG YH Dato' Ali Shahbana Bin Sabaruddin
Kod sekolah CEA5072
Lokasi Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Nama singkatan SHAH Pekan
Laman sesawang Portal SHAH Pekan
Telefon +6094224616
Faks +6094225453


Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH Pekan) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Pekan, Pahang. SHAH Pekan merupakan juara MSSD Pekan 28 tahun berturut-turut sejak pembukaan sekolah.

Profil[sunting | sunting sumber]

  • Kod Sekolah: CEA5072
  • Tarikh Tubuh: 1 Mac 1989
  • Umur Sekolah: 28 Tahun
  • Jenis Sekolah: Sekolah Berasrama Penuh
  • Peringkat Sekolah : Menengah Rendah dan Atas
  • Alamat: Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang

= Batch =[sunting | sunting sumber]

Pioneer 01 Vantguard 20 XTrovert 21 Eximius22 Victrix 23 Avant Garde 24 Warisan25 Vainquer 26 Al Falah 27 Climax 28 Wira 29 Wawasan30 Al Fateh 31

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Judul: IMPIAN SHAH

Sekolah Kami Yang Berwawasan,

ILMU, AMAL, BUDI,

Kuning, Merah, Biru, Hijau,

Mesti Sepadu kan,

Kami Menggarap Impianmu,


Setia Pada Ibu Ayah,

Taat Pada Guru,

Sayangi Diri Sendiri,

Tuhan Bersama Kami,


Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah,

Menjulang Namamu Megah,

Putera Puteri Gagah Perkasa,

Membina Impian Negara...

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perletakan batu asas

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan. Peletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sekolah ini juga pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.

1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan. Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri. Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang. Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya.

Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui Jabatan Kerja Raya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah ialah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang rancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

“SHAH Pekan sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknorat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang alaf baru – 21.”

Wawasan[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi memberikan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  • Memperbanyakkan pelajar bumiputra mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  • Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beramal dan berbudi sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  • Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SHAH supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SHAH.
  • Mewujudkan warga SHAH yang mengamalkan budaya penyayang dan berkasih sayang.
  • Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SHAH.
  • Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja yang cekap, pantas tepat dan bijaksana.
  • Menjayakan program pendidikan Menengah yang berorientasikan sains dan teknologi bagi mewujudkan tuntutan Wawasan 2020.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]