Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

'Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor memulakan operasi pada 1992. Sekolah ini terletak di sebuah ladang kelapa sawit dan jauh dari pandangan orang ramai.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah menahan 12 tenaga pengajar termasuk pengetua sekolah ini pada 2002. Sekolah ini ditutup dan 155 pelajarnya hendaklah bersekolah di tempat lain. Mereka disiasat berkaitan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia, (KMM).

Jabatan Agama Islam Johor pernah menolak permohonan sekolah itu untuk terus beroperasi kerana sekolah itu mengamalkan fahaman lain selain daripada Sunnah Wal Jamaah.

Pihak swasta yang ingin menubuhkan sekolah perlu mendapat permit daripada Kementerian Pelajaran dan juga Jabatan Agama Islam jika mengandungi pelajaran Islam.

Pengawasan juga dilakukan terhadap 28 sekolah agama rakyat yang mendapat geran dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam.