Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Moto Ilmu Punca Kebijaksanaan
Jenis Kluster Kecemerlangan
Pengetua Pn. Noor LAila Bt. Hamzah
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Hajah Alimah Bt. Zain
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Salminah Bt. Suradi
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Noraini Bt. Md Dawam
Ketua Pelajar Farra Nur Maisarah Bt. Kamaruzaman
Kod sekolah MEB 2092
Lokasi Melaka
Nama singkatan STPM / MGHS
Laman sesawang http://smktpm2092.blogspot.my
Telefon 06 - 2921206


Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain, iaitu SMK Tun Tijah dan SMK Durian Daun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16 November 1962. Terdapat 11 bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan sekolah, sebuah pusat sumber galeri seni dan galeri warisan. Aliran sains bermula dari awal tahun 70-an dan kini meningkat kepada 6 buah kelas. Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah yang terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Januari 2007).

Aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di SMK Gajah Berang). Bilangan guru pada awalnya hanya seramai 29 orang dan bilangan pekerja hanya seramai 5 orang. Dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS) bersesuaian dengan penubuhanya yang dikhaskan kepada murid perempuan sahaja dari dahulu sehingga kini. Begitu juga dengan bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 984 orang (Januari 2007). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 75 orang (Januari 2007). Bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang (Januari 2007). Penghuni asramanya kini seramai 300 orang dan ketua wardennya ialah Cik Chua Poh Huay.

Pintu Gerbang Sekolah

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi

SMK Tinggi Perempuan Melaka Sekolah Cemerlang dan Terunggul

Misi

1. Pencapaian akademik yang cemerlang dan berkualiti.

Excellent and quality academic achievement.

2. Pencapaian kokurikulum gemilang dalam semua peringkat.

Glorious and honourable school residents.

3. Warga sekolah yang berbudaya dan sahsiah mulia.

Cultured and honourable school residents

4. Iklim sekolah yang kondusif dan selamat.

Conducive and safe school environment

5. Permuafakatan pintar dengan komuniti dan agensi luar.

Smart partnership and consultations with external agencies and communities.


Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sptm png.png

Coklat : Sentiasa berpegang kepada akar budaya dan nilai agama

Kuning : Melambangkan kegigihan untuk capai kecemerlangan

Putih : Sentiasa menjaga nama dan maruah sekolah

Obor : Semangat perjuangan untuk menuju kejayaan

Pena Bulu Ayam : Sentiasa cinta akan ilmu

Buku : Melambangkan ilmu

Padi : Murid yang dihasilkan adalah berkualiti


Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bendera Sekolah

Coklat --> Sentiasa berpegang pada akar dan nilai agama

Kuning --> Melambangkan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan

Putih --> Sentiasa menjaga maruah dan nama baik sekolah.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dicipta oleh Mat Mohd Sidik dan liriknya oleh Zaiton Hj. Ahmad.

Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar
Indahnya menghiasi jambangan negara
Di sini putri pertiwi bermula

Segala ilmu dituntut sepenuh hati
Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti
Guru dihormati, imej dijunjung tinggi
Sejajar dengan nama yang diberi

Kejayaan penuh usaha, kemenangan berwibawa
Itulah matlamat semua
Dengan tidak melupakan nilai-nilai murni kita
Demi sekolah yang tercinta

Pelihara sifat ketimuran kita
Bersopan santun serta berakhlak mulia
Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera
Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Barisan Kepimpinan Pelajar Terkini[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengawas  : Farra Nur Maisarah Bt. Kamaruzaman

P. Ketua Pengawas 1 : Khalaiarasi A/P Raman

P. Ketua Pengawas 2 : Nurul Huda Mastura Bt. Johari

Setiausaha  : Munira Bt. Amir

Biro disiplin : Siti Nur Aisyah Bt. Abdullah

Biro 3 K : Ashah Fitrah zainal Bahry

Biro Kantin : Nurul Sakinah Bt. Kamal

Biro Siaraya : Raisya Nur Shafira Bt. Abd. Mutalib


Galeri Sejarah[sunting | sunting sumber]

Koleksi Piala Kemenangan
Susunan Piala di Dalam Galeri Sejarah
Koleksi Plak Cenderahati
Galeri bukan merupakan suatu perkara yang baharu. Kewujudan galeri sejarah di sekolah-sekolah seluruh negara adalah selaras dengan garis panduan dari Buku Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 9/2011. Penubuhan bilik Galeri Sejarah SMK Tinggi Perempuan Melaka ini adalah berlandaskan kepada objektif berikut :

1. Melahirkan modal insan yang baik dan cintakan negara.

2. Menanam sikap yang berpengetahuan dan sayangkan sejarah.

3. Mewujudkan lokasi menyimpan khazanah sejarah sekolah, persekitaran dan negara.

4. Menyediakan suatu tempat yang menjadi sumber rujukan murid dan masyarakat setempat.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]