Sekolah menengah jenis kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (Cina Ringkas: 国民型华文中学; Cina Tradisional: 國民型華文中學; pinyin: Guómínxíng Huáwén Zhōngxué, bahasa Inggeris: National-type Secondary School, singkatannya SMJK, Cina Ringkas: 华中; Cina Tradisional: 華中; pinyin: Huázhōng) merujuk kepada subset sekolah menengah awam kerajaan yang asalnya menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantara di Malaysia. Perkembangan sekolah Cina bermula sejak abad ke-19. Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara turut diasaskan. Sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kebanyakan sekolah menengah Cina ditukar menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan menggunakan bahasas Inggeris. Pada 1970-an, kerajaan bermula menukarkan bahasa pengantara Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sukatan pelajaran dan gaji guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibiayai oleh kerajaan. Kurikulum dan bahasa pengantara sekolah ini juga sama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kumpulan pendidikan Cina terus menggunakan SMJK dalam nama sekolah untuk membezakan antara 78 sekolah jenis ini dengan sekolah menengah kebangsaan lain. Pentadbir sekolah memiliki kelayakan bahasa Cina. Pihak sekolah menggunakan SMJK dalam papan tanda sekolah dan lembaga pengelola mengurus harta sekolah, berbanding dengan sekolah yang diurus secara langsung oleh kerajaan. Kebanyakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan terus mempunyai majoriti pelajar Cina dan guru, biasanya hanya menerima pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, bahasa Cina sebagai subjek wajib dan pengumuman sekolah dilakukan dalam dwibahasa (iaitu bahasa Melayu dan Cina). Sekolah jenis ini dihadiri pelajar dari tingkatan satu hingga enam, sesetengahnya memiliki tingkat peralihan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]