Seksualiti Merdeka 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo untuk acara seksualiti Seksualiti Merdeka 2011

Seksualiti Merdeka 2011 dengan slogan "Queer Without Feer" dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia mulai 1-13 November 2011 di Galeri Annexe, Kuala Lumpur. Ia merupakan acara tahunan sejak 2008, dijayakan oleh artis, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara acaranya ialah forum, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.[1]

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menunaikan janjinya ketika berada di Australia. Najib berkata dalam akhbar Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011 tentang Malaysia adalah negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas pelarian dan pencari suaka dan sepatutnya juga melindungi minoriti seksualiti.[perlu rujukan] Mereka menuntut pengiktirafan kerajaan dan masyarakat Malaysia kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), bukan sahaja mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.[2]

Pada 4 November, polis telah mengharamkan program ini kerana mempromosikan seks bebas, berkuatkuasa serta-merta berikutan bantahan meluas pelbagai pihak.[3]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Banyak pihak dari NGO Islam membantah penganjuran fiesta ini. Pada 2 Nov 2011, setiausaha Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Dr Mohd Roslan Mohd Nor membuat laporan polis di di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur. Tindakan penganjur, penaja dan penyokong hendak menjayakan "agenda gerakan homoseksual" di Malaysia sejak 2008 sebagai biadap.ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM. Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyatakan pendirian tegas membantah LGBT.

LGBT sengaja mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta boleh mengancam ketenteraman dan kemanan negara.[4] Mereka mencabar kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila Islam sebagai agama persekutuan, ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong. Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam. Artikel tersebut—yang dipersetujui oleh semua negara Islam—menyatakan setiap polisi yang hendak dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.

Pada 2 November 2011, Irwan Fahmi Ideris dari sayap pemuda Wira, Perkasa mahu Ketua Polis Negara menghentikan acara tersebut.Mereka mendesak Tan Sri Ismail Omar bertindak terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan selaku Presiden Majlis Peguam yang akan melancarkan program tersebut.[5]

Pada 29 Oktober 2011, Setiausaha Agung Mapim, cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa Persatuan Kesedaran Komuniti tidak membincangkan LGBT di khalayak ramai. Kertas kerja bertajuk "Cedaw in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia" akan dibentangkan Angela Kuga Thas manakala "A Cedaw Approach to Family Law in Advancing Equality and Non Discrimination" oleh Lalitha Menon. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah diratifikasikan/diterima pakai oleh Malaysia pada 1995. Sejak 1995 Malaysia telah bersetuju tentang isu keganasan dihadapi wanita dalam bidang tenaga kerja, pelarian wanita dan bukan warganegara, orientasi seksual dan identiti jantina dan undang-undang keluarga di Malaysia.[6]

Kelompok sekular Barat dan golongan liberal menjadi hamba kepada agenda asing dan ingin menjadikan masyarakat di negara seperti Malaysia sama dengan budaya hidup Barat. Mohd Azmi Abdul Hamid merupakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).[7] Naib Pengerusi Suhakam, Prof Khaw Lake Tee menjemput Mapim turut serta dalam diskusi meja bulat itu. [8] Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah kecewa dengan Azmi dan menyifatkan beliau sebagai tidak matang, tidak rasional dan tidak toleransi.

Pendirian Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 2011, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan Perkasa yang tidak lantang dengan keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. Perkasa dikatakan tidak bising terhadap kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. Perkasa mencerca Ambiga sebagai 'dajal' tetapi bagaimana dengan Datin Paduka Marina Mahathir yang pernah merasmikan Seksualiti Merdeka 2008. Bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Perkasa pada 2009 dan menjadi penaung pertubuhan itu.[9]

Siasatan polis[sunting | sunting sumber]

Polis menyiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis dan laporan diserahkan kepada Peguam Negara untuk pendakwaan.[10]Polis merekodkan keterangan daripada lebih 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta .Antaranya daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga; Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee; aktivis wanita, Maria Chin Abdullah serta Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]