Sekudai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skudai
Bandar
NegaraMalaysia
NegeriJohor
BandarayaIskandar Puteri
Pentadbiran
 • ADUN JohorBoo Cheng Hau (DAP)
 • Kerajaan TempatanMajlis Bandaraya Iskandar Puteri
 • PresidenSalehuddin Hassan
Penduduk
 • Jumlah203,420
Zon waktuUTC+8 (MST)
Postcode
81300
Kod panggilan+607
PolisSkudai
BombaSkudai

Skudai ialah sebuah bandar universiti yang terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini telah ditadbir sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Ia terletak 16 kilometer dari bandaraya Johor Bahru. Skudai merupakan sebahagian daripada koridor pembangunan baru di kawasan barat daya Johor, yang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pusat pentadbiran negeri Johor yang terkini iaitu, Iskandar Puteri. Penduduknya adalah sekitar 160,000 dan 210,000 orang. Skudai juga merupakan tempat bagi pusat pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan ia mempunyai kampus induk kepada Universiti Teknologi Malaysia campus.

Skudai terletak 8 km dan 16 km dari Kulai, Senai dan bandaraya Johor Bahru.

Jumlah penduduk mengikut kaum....... Kaum Cina 65% kaum Melayu 22% Kaum India 12%. KAUM CINA adalah mejoriti penduduk[1]

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Skudai merupakan kawasan tampungan bagi bandaraya Johor Bahru, dengan bilangan pusat membeli-belah yang diwujudkan di sekitar Skudai. Pusat-pusat membeli-belah yang terletak di Skudai adalah Skudai Parade, AEON Taman Universiti, KIP Mart, Skudai Mall, The Store di Taman Ungku Tun Aminah, Sutera Mall di Taman Sutera Utama, U Mall di Taman Pulai Utama, Bestmart di Taman Nusa Bestari, Pasaraya Besar Giant sepanjang Jalan Skudai. Yang terakhir dua buah pusat membeli-belah telah terbengkalai. Skudai Plaza terbengkalai disebabkan oleh muflis manakala Kemayan City ditinggalkan semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.

Kini, Kemayan City telah diubah dengan menjadi Paradigm Johor Bahru Mall untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah bersepadu dan projek pembangunan komersial dengan 770,000 kaki persegi dengan ruang runcit di Johor Bahru. [2] Kemayan City akan diubahsuai dan dibangunkan semula sebagai sebuah pusat membeli-belah kontemporari yang dikenali sebagai Paradigm Mall Johor Bahru bermula awal 2014 dan dijangka siap pada tahun 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2015-07-18.
  2. ^ http://wikimapia.org/5528905/Paradigm-Mall-Johor-Bahru-by-WCT-Group

Pautan luar[sunting | sunting sumber]