Sel elektrokimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sebuah radas sel elektrokimia.

Sebuah sel elektrokimia ialah suatu alat yang berupaya menghasilkan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia atau sebaliknya. Sel elektrokimia yang dapat menghasilkan tenaga elektrik dipanggil sebagai sel galvani atau sel voltan manakala sel yang menerbitkan tindak balas ialah sel elektrolisis.[1][2] Sebuah bateri ialah sejenis sel elektrokimia yagn terdiri daripada satu atau lebih yang dipasasng secara selari, bersisi atau kedua-duanya.

Sel galvani/voltan ialah sejenis sel elektrokimia yang menerbitkan tenaga elektrik daripada tindak balas redoks spontan yang berlaku dalam sel. Sel ini lazimnya terdiri daripda dua batang logam (elektrod) direndam dalam suatu larutan (elektrolit) dan disambung dengan titian garam atau membran separa poros. Sel elektrolisis ("penguraian secara elektrik") pula menerbitkan tindak-tindak balas redoks tak spontan dengan mengalirkan tenaga elektrik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Electrolytic Cells". Georgia State University. Dicapai pada 2018-05-17.
  2. ^ "Electrochemical Cells". Georgia State University. Dicapai pada 2018-05-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]