Sel palisad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sel mesofil palisad dinomborkan 3

Sel palisad atau sel mesofil palisad ialah sejenis sel yang ditemui dalam mesofil daun pokok dikotiledon. Sel ini mengandungi kloroplas, yang menukar tenaga cahaya (foton) kepada tenaga kimia (glukosa) melalui proses fotosintesis. Sel palisad banyak terdapat di bahagian atas daun dan mengandungi jumlah kloroplas paling banyak per sel dalam tumbuhan. Kepadatan kloroplas di daun boleh mencapai sehingga 50 kloroplas per sel.