Sel primitif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam geometri, fizik keadaan pepejal dan mineralogi, terutanma dalam menyatakan struktur hablur, satu-satu sel primitif, ialah sel minimum bergantung kepada satu titik kekisi bagi sesuatu struktur dalam 2 matra, 3 matra atau lain-lain matra. Satu kekisi boleh dikelaskan dengan ciri geometri sel primitif tersebut.

Sel primitif ialah kawasan asas yang bergantung kepada peralihan simetri sahaja. Jika terdapat pertambahan simetri, kawasan asas tersebut semakin kecil.

Hablur boleh dikategorikan oelh kekisinya dan atom yang terdapat dalam sel primitif (asas). Satu sel akan memenuhi semua ruangan kekisi tanpa meninggalkan ruang kosong dalam pengulangan operasi peralihan hablur.

Vektor peralihan primitif digunakan untuk mentakrifkan vektor peralihan sesuatu hablur,  \vec T , dan juga memberikan sel kekisi isi padu terkecil bagi kekisi tertentu. Kekisi dan vektor peralihan  \vec a_1 ,  \vec a_2 , and  \vec a_3 adalah primitif jika atom-atomnya kelihatan sama dari mana-mana titik kekisi menggunakan integer  u_1 ,  u_2 , dan  u_3 .

 \vec T = u_1\vec a_1 + u_2\vec a_2 + u_3\vec a_3

Sel primitif ditakrifkan melalui paksi primitif (vektor)  \vec a_1 ,  \vec a_2 , dan  \vec a_3 . Isi padu,  V_c , bagi sel primitif diberi oleh paralelepiped dari atas aksi sebagai,

 V_c = | \vec a_1 \bullet \vec a_2 \times \vec a_3 | .

Sel Wigner-Seitz merupakan satu contoh lain sel primitif. Dalam keadaan tertentu, sel primitif sering disamakan dengan sel unit. Walau bagaimanapun, pernyataan lazim bagi kekisi kubus, seperti kekisi kubus berpusat jasad (BCC) dan kubus berpusat muka (FCC), bergantung kepada sel unit kubus. Dalam kes BCC dan FCC, sel primitif diasingkan dari sel unit lazim.

Konsep matematik am di sebalik sel primitif diistilahkan kawasan asas atau sel Voronoi. Sel primitif kekisi salingan dalam ruang momentum dipanggil zon Brillouin.