Sel tunjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stem cell
MSC high magnification.jpg
Gambaran mikrograf elektron suatu sel tunjang dewasa yang menunjukkan ciri ultrastruktur yang umum.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latin Cellula praecursoria
MeSH D013234
TH Templat:Str mid.html H1.00.01.0.00028, H2.00.01.0.00001
FMA FMA:63368
Terminologi anatomi

Sel tunjang ialah sel biologi asas dan tidak berubah yang boleh dibezakan kepada sel-sel khusus serta boleh membahagi (melalui mitosis) untuk menghasilkan lebih banyak sel anak tunjang. Sel jenis ini berada di dalam organisma multisel. Terdapat ada dua jenis luas sel ini dalam mamalia iaitu sel tunjang embrio yang diasingkan dari jisim sel dalaman dari blastosista, dan sel tunjang dewasa yang terdapat dalam pelbagai tisu. Dalam organsima dewasa, sel-sel tunjang dan progenitor bertindak sebagai suatu sistem pembaikkan badan yang menambahkan tisu dewasa. Dalam embrio yang membesar, sel-sel tunjang boleh dibezakan kepada semua sel-sel khusus —ektoderma, endoderma dan mesoderma—tetapi ia juga mengekalkan kadar pusing ganti yang normal untuk organ-organ yang boleh tumbuh semula seperti darah, kulit atau tisu usus.

Terdapat tiga sumber yang diketahui di mana sel tunjang dewasa autolog boleh diperolehi dalam manusia:

  1. Sumsum tulang, yang diperolehi melalui penggerudian ke dalam tulang (biasanya tulang paha atau tulang iliak).
  2. Tisu adipos (sel lipid), yang diperolehi melalui penyedutan lemak.
  3. Darah, yang diperolehi melalui aferesis, di mana darah diambil dari penderma (sepertimana pendermaan darah) yang dilalukan melalui sebuah mesin khas yang mengeluarkan sel-sel tunjang dan mengembalikan baki bahagian-bahagian lain darah kepada penderma.

Sel tunjang juga boleh diambil dari darah tali pusat selepas kelahiran anak. Pemerolehan autlog merupakan keadah yang paling kurang risiko dalam mengambil sel-sel ini. Sel-sel autolog tersebut biasanya diperoleh dari badan sendiri, sepertimana seseorang itu akan menyimpan darahnya sendiri untuk prosedur pembedahan yang terpilih.

Sel tunjang dewasa sering digunakan dalam pelbagai terapi perubatan (contohnya, pemindahan sum-sum tulang). Sel-sel tunjang kini boleh dihasilkan secara buatan dan diolbah (dibezakan) kepada sel jenis khusus yang mempunyai ciri-ciri konsisten dengan sel-sel pelbagai tisu seperti tisu otot atau tisu saraf. Titisan sel embrio dan sel tunjang embrio autolog yang dihasilkan melalui pemindahan nukleus sel somatik atau penyahbezaan telah juga dicadangkan sebagai calon yang ada potensi keberkesanannya untuk kaedah terapi yang akan datang.[1] Penyelidikan mengenai sel tunjang berkembang daripada hasil penemuan oleh Ernest A. McCulloch dan James E. Till di Universiti Toronto, Kanada pada tahun 1960-an.[2][3]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Terapi sel tunjang merupakan penggunaan sel-sel tunjang untuk merawat atau mencegah sesebuah penyakit. Pemindahan sumsum tulang ialah satu bentuk terapi ini yang telah digunakan selama bertahun-tahun tanpa terzahirnya sebarang kontroversi, dan tidak adanya terapi sel stem lain selain kaedah pemindahan tersebut yang digunakan secara meluasnya.[4][5]

Penyakit dan keadaan yang ditujukan rawatan sel tunjang dalam penyelidikannya termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tuch BE (2006). "Stem cells – a clinical update". Australian Family Physician. 35 (9): 719–21. PMID 16969445. 
  2. ^ "Cytological demonstration of the clonal nature of spleen colonies derived from transplanted mouse marrow cells". Nature. 197 (4866): 452–54. 1963. Bibcode:1963Natur.197..452B. doi:10.1038/197452a0. PMID 13970094. 
  3. ^ "The distribution of colony-forming cells among spleen colonies". Journal of Cellular and Comparative Physiology. 62 (3): 327–36. 1963. doi:10.1002/jcp.1030620313. PMID 14086156. 
  4. ^ Ian Murnaghan for Explore Stem Cells. Dikemaskini pada 16 Disember 2013 Why Perform a Stem Cell Transplant?
  5. ^ Bone Marrow Transplantation and Peripheral Blood Stem Cell Transplantation In National Cancer Institute Fact Sheet web site. Bethesda, MD: Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan A.S, 2010. Dipetik pada 24 Ogos 2010
  6. ^ Stem Cell Basics: What are the potential uses of human stem cells and the obstacles that must be overcome before these potential uses will be realized?. In Stem Cell Information World Wide Web site. Bethesda, MD: National Institutes of Health, U.S. Department of Health and Human Services, 2009. Dipetik pada hari Ahad, 26 April 26, 2009
  7. ^ Steinberg, Douglas (November 2000) Stem Cells Tapped to Replenish Organs thescientist.com
  8. ^ ISRAEL21c: Israeli scientists reverse brain birth defects using stem cells December 25, 2008. (Researchers from the Hebrew University of Jerusalem-Hadassah Medical led by Prof. Joseph Yanai)
  9. ^ "A 37-year-old spinal cord-injured female patient, transplanted of multipotent stem cells from human UC blood, with improved sensory perception and mobility, both functionally and morphologically: a case study". Cytotherapy. 7 (4): 368–73. 2005. doi:10.1080/14653240500238160. PMID 16162459. 
  10. ^ "Therapeutic potentials of stem cells in cardiac diseases". Minerva Cardioangiol. 57 (2): 249–67. 2009. PMID 19274033. 
  11. ^ Stem Cells Tapped to Replenish Organs thescientist.com, Nov 2000. By Douglas Steinberg
  12. ^ Hair Cloning Nears Reality as Baldness Cure WebMD November 2004
  13. ^ "Stem cells and tooth tissue engineering". Cell Tissue Res. 331 (1): 359–72. 2008. doi:10.1007/s00441-007-0467-6. PMID 17938970. 
  14. ^ "Gene therapy is first deafness 'cure'". New Scientist. February 14, 2005. 
  15. ^ "Stem cells used to restore vision". BBC News. 
  16. ^ Hanson, Charles; Hardarson, Thorir; Ellerström, Catharina; Nordberg, Markus; Caisander, Gunilla; Rao, Mahendra; Hyllner, Johan; Stenevi, Ulf (2013-03-01). "Transplantation of human embryonic stem cells onto a partially wounded human cornea in vitro". Acta Ophthalmologica. 91 (2): 127–130. doi:10.1111/j.1755-3768.2011.02358.x. ISSN 1755-3768. PMC 3660785Boleh diakses secara percuma. PMID 22280565. 
  17. ^ Vastag B (2001). "Stem Cells Step Closer to the Clinic: Paralysis Partially Reversed in Rats with ALS-like Disease". JAMA: The Journal of the American Medical Association. 285 (13): 1691–1693. doi:10.1001/jama.285.13.1691. PMID 11277806. 
  18. ^ Anderson, Querida (2008-06-15). "Osiris Trumpets Its Adult Stem Cell Product". Genetic Engineering & Biotechnology News. Mary Ann Liebert, Inc. m/s. 13. Dicapai 2008-07-06. (subtitle) Procymal is being developed in many indications, GvHD being the most advanced 
  19. ^ "Progress and potential for regenerative medicine". Annu. Rev. Med. 58: 299–312. 2007. doi:10.1146/annurev.med.58.082405.095329. PMID 17076602.  Bone marrow transplantation is, as of 2009, the only established use of stem cells.
  20. ^ "Stem Cell Therapies for Male Infertility: Where Are We Now and Where Are We Going?". Biennial Review of Infertility. 2015.  Bone marrow transplantation is, as of 2009, the only established use of stem cells.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]