Pergi ke kandungan

Daerah Larut, Matang dan Selama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Selama)
Daerah Larut, Matang dan Selama
Lokasi Larut, Matang dan Selama di Perak
Lokasi Larut, Matang dan Selama di Perak
Map
Daerah Larut, Matang dan Selama is located in Bumi
Daerah Larut, Matang dan Selama
Daerah Larut, Matang dan Selama (Bumi)
Koordinat: 4°55′N 100°45′E / 4.917°N 100.750°E / 4.917; 100.750Koordinat: 4°55′N 100°45′E / 4.917°N 100.750°E / 4.917; 100.750
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatTaiping
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Taiping
(Larut & Matang)
Majlis Daerah Selama
(Selama)
Pentadbiran
 • Pegawai daerahMohamed Akmal Bin Dahalan[1]
Keluasan
 • Jumlah2,112.61 km2 (815.68 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah326,941
 • Estimate 
(2015)[4]
352,800
 • Kepadatan150/km2 (400/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
340xx-341xx, 345xx-348xx
Kod panggilan+6-05
Nombor plat kenderaanA

Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kerian di barat laut, Kuala Kangsar di timur, Manjung di selatan, dan Hulu Perak di timur laut. Selat Melaka di bahagian barat dan negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi tiga daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 2112.61 kilometer persegi.

Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Beliau telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Dato Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.

Daerah Larut, Matang dan Selama terkenal dengan 33 elemen terawal di Malaysia iaitu jalan keretapi pertama yang menghubungkan Bandar Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) pada tahun 1885, Bangunan Telegraf, Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, Zoo Taiping (tertua di malaysia), Bangunan Pentadbiran Kerajaan, Rumah Rehat Bandar, Sekolah Pusat (Sekolah King Edward VII), Pasukan Polis Perak dan sebagainya.

Selama terletak dalam Parlimen Larut. Kampung Selama atau dahulunya dipanggil sebagai Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 bersamaan dengan 14 Muharram 1290 Hijrah. Sebelum itu En. Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah orang kaya Menteri Larut, Long Jaafar.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai orang kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani yang dibuka oleh keluarga Panglima Wan Abdul Jamal (Tok Mat Sheik).Beliau merupakan salah seorang hulubalang dari Kesultanan Melayu Pattani yang memimpin penghijrahan orang Melayu-Pattani yang melarikan diri dari penindasan tentera Siam selepas Pattani kalah dalam Perang Pattani-Siam sekitar bulan Ogos 1786.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan mudik Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama.

Apabila bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal dengan menggunakan sampan.

Apabila hasil bijih timah merosot, Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pemerintahan pihak Inggerislah yang terus membangunkan dan memajukan Selama.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di kebumikan bersebelahan Masjid Lama Jalan Sri Chulan Selama Perak.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Peta Daerah Larut & Matang
Peta Daerah Selama

Daerah ini dibahagi kepada 14 buah mukim iaitu 11 buah mukim di Larut dan Matang manakala tiga buah mukim di Selama.

Bil Mukim Jumlah penduduk
Larut dan Matang
1 Asam Kumbang 84,384
2 Pengkalan Aor 35,431
3 Kamunting 32,442
4 Tupai 31,068
5 Batu Kurau 22,307
6 Jebong 16,704
7 Bukit Gantang 13,093
8 Sungai Tinggi 10,108
9 Simpang 5,132
10 Sungai Limau 3,708
11 Terung 3,693
Selama
12 Selama 13,360
13 Hulu Selama 10,789
14 Hulu Ijok 9,801

Bandar dan pekan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa bandar dan pekan yang terletak dalam daerah ini;

Bil Nama Jumlah penduduk
Larut dan Matang
1 Bandar Taiping 5,381
2 Bandar Kamunting 1,882
3 Bandar Kuala Sepetang 1,264
4 Bandar Matang 440
5 Pekan Simpang 1,290
6 Pekan Batu Kurau 706
7 Pekan Terung 387
8 Pekan Changkat Jering 126
9 Pekan Pondok Tanjong 38
Selama
10 Bandar Selama 291
11 Pekan Rantau Panjang 178
12 Pekan Sungai Bayur 20

Pihak Berkuasa Tempatan

[sunting | sunting sumber]

Daerah ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang serta Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Bandar Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 sebelum ia dipindahkan ke Bandaraya Ipoh. Bandar Taiping boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Butterworth, Jalan Pantai Barat Gelang Patah, Johor-Changkat Jering, Perak, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui Plaza Tol Changkat Jering di selatan dan Plaza Tol Taiping Utara di utara bandar Taiping. Manakala dari Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur-Barat di Kuala Kangsar dan Jalan Selama-Grik.

Bagi pengangkutan awam didalam daerah, boleh diambil dari stesen bas dan teksi yang terletak di Taiping atau di Kamunting Raya, Kamunting. Stesen bas Taiping terletak di belakang bangunan Arked MARA Taiping. Manakala, stesen teksi pula terletak di bangunan Sri Larut. Pengangkutan bas melalui jalan-jalan persekutuan dari Taiping- Bagan Serai - Pantai Remis-Lumut, Taiping- Beruas - Sitiawan - Lumut, Taiping - Parit Buntar, Taiping - Kuala Kangsar, Taiping- Batu Kurau - Selama.Manakala, pengangkutan awam antara negeri atau luar daerah pula, boleh dinaiki dari Perhentian bas Kamunting Raya, Kamunting, yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Laluan Keretapi pula melalui Jalan Kuala Lumpur-Butterworth di Stesen Keretapi Taiping, yang terletak di Jalan Stesen, Taiping.

Daerah ini dibahagikan kepada beberapa buah kerusi,iaitu sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Dewan Rakyat yang mewakili sesuatu kawasan yang berkaitan.

Dewan Rakyat

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Kerusi Penyandang Parti
P56 Larut Hamzah Zainudin Perikatan Nasional (PPBM)
P59 Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Perikatan Nasional (PPBM)[5]
P60 Taiping Teh Kok Lim Pakatan Harapan (DAP)

Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]
Parlimen DUN Kerusi Penyandang Parti
P56 N5 Selama Mohd Akmal Kamarudin Perikatan Nasional (PAS)
P56 N6 Kubu Gajah Khalil Yahaya Perikatan Nasional (PAS)
P56 N7 Batu Kurau Muhammad Amin Zakaria Barisan Nasional (UMNO)
P59 N13 Kuala Sepetang Mohd Kamaruddin Abu Bakar Barisan Nasional (UMNO)
P59 N14 Changkat Jering Ahmad Saidi Mohamad Daud Barisan Nasional (UMNO)
P59 N15 Trong Jamilah Zakaria Barisan Nasional (UMNO)
P60 N16 Kamunting Muhd Fadhil Nuruddin Pakatan Harapan (AMANAH)
P60 N17 Pokok Assam Leow Thye Yih Pakatan Harapan (DAP)
P60 N18 Aulong Nga Kor Ming Pakatan Harapan (DAP)

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991271,882—    
2000273,641+0.6%
2010326,476+19.3%
2020304,023−6.9%
Tahun 2020 termasuk Selama
Sumber: [6]

Dari bancian tahun 2020, berikut adalah jadual bancian yang dijalankan [7]:-

Kewarganegaraan Kaum Bilangan penduduk
Larut & Matang Selama Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 170,206 30,698 200,904
Cina 61,566 1,422 62,988
India 25,624 1,438 27,062
Lain-lain 890 48 938
Bukan warganegara - 11,298 833 12,131
Jumlah 269,584 34,439 304,023
Agama Bilangan penduduk
Larut & Matang Selama Jumlah
Islam 173,751 31,370 205,121
Buddha 58,345 1,402 59,747
Hindu 23,456 1,410 24,866
Kristian 4,475 37 4,512
Lain-lain 2,836 28 2,864
Tidak diketahui 6,428 184 6,612
Tiada agama 293 8 301

Pertanian

[sunting | sunting sumber]

Getah dan kelapa sawit merupakan tanaman utama. Terdapat kawasan-kawasan rendah digunakan sebagai sawah padi, manakala tanaman-tanaman kontang (tidak berair) lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kopi, pinang, ubi kayu dan lain-lain.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Institut Pengajian Tinggi

[sunting | sunting sumber]

Dikenalpasti terdapat Kolej Kejururawatan Hospital Taiping. Kolej Multimedia Utara (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Latihan Telekom Taiping) yang terletak di Jalan Lumba Kuda. Malah, pendidikan jarak jauh dan secara atas talian dilakukan oleh Universiti Terbuka Malaysia (kursus untuk cikgu sahaja), di mana sesi kelas diadakan di Kolej Multimedia Utara.

Pada 29 Mac 2007, satu majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, dalam membangunkan satu institut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, iaitu satu institut milik Kementerian Sumber Manusia yang bakal disiapkan diatas tanah seluas 60 ekar dalam kawasan Perindustrian Kamunting Raya [8]. Projek pembinaan ini memakan hampir 80 juta ringgit dan ia bakal disiapkan pada Mac 2009 [9] . Pembinaan institusi ini merupakan pusat latihan ADTEC yang kelima.

Dalam tahun 2011 sebuah Kolej Komuniti dibina dan ia terletak di Kamunting, dengan bermatlamatkan "Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran".

Tempat-tempat menarik

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Senarai pegawai & anggota - Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang & Selama". pdttaiping.perak.gov.my.
  2. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
  5. ^ "Unhappy Bukit Gantang MP latest to quit Barisan".
  6. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  7. ^ "Populasi negeri Perak mengikut daerah dan kaum". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-02. Dicapai pada 2007-07-07.
  8. ^ ttp://www.mohr.gov.my/m290307.htm
  9. ^ http://www.jmti.gov.my/bulletin2007/feb-mac%202007_files/page0002.htm Diarkibkan 2007-07-02 di Wayback Machine ,Dr.Fong Chan Onn Rasmikan Majlis Pecah Tanah ADTEC Taiping

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]