Pergi ke kandungan

Selamat Pengantin Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Pengantin Madu
GenreDrama, percintaan
Ditulis olehNoraini Baba
PengarahIbrahim Elias
Dibintangi oleh
Aiman Hakim Ridza
Fasha Sandha
Eina Azman
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Pesona Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal3 September 2014 – 15 Oktober 2014

Selamat Pengantin Madu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2014 yang diterbitkan oleh Pesona Pictures untuk siaran menerusi Slot Lestary di TV3 yang bersiaran dari 3 September hingga 15 Oktober 2014. Ia dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Fasha Sandha dan Eina Azman. Ia mengisahkan tentang Hana yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Tajuk drama ini merupakan ejekan kepada ucapan "Selamat Pengantin Baru".[1][2]

Hana ialah seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Masmira yang pada mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul. Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Budiey (2 September 2014). Sinopsis Drama Selamat Pengantin Madu Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 2 Mac 2018.
  2. ^ Kisah perit bermadu dalam Selamat Pengantin Madu Diarkibkan 2018-02-14 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]