Selamat Sultan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Selamat Sultan ialah lagu negeri Kelantan. Irama bagi lagu ini digubah oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah @ Manual Severino Menezes Bra's Du Matias] pada tahun 1927, manakala seni katanya digubah oleh Allahyarham Mahmood bin Hamzah pada tahun 1930.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Haji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Sultan Ismail supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927. Tiga tahun berikutnya (1930), Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.[1]

Lirik[sunting | sunting sumber]

Tulisan Rumi[sunting | sunting sumber]

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

Tulisan Jawi[sunting | sunting sumber]

لنجوتكن اوسيا السلطان كامي
سلطان كلنتن راج اكرامي
امان سنتوسا توهن سيرما
ككال ممرينته كامي

كاسيه دان طاعة ستيا دسمبهكن
كرياڠن داوچڤكن
سڬالا كبسرن الله چوچوركن
برتمبه كمولياان

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]