Pergi ke kandungan

Selancang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selancang
Selancang muka hitam
Coracina novaehollandiae
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Campephagidae
Vigors, 1825
Genus

Lihat teks

Selancang dan sekutunya ialah spesies burung pengicau bersaiz sederhana dalam keluarga Campephagidae. Spesies ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika Afrika, Asia dan Australasia. Keluarga ini mengandungi 93 spesies yang dipecahkan kepada 11 genus. Rembah rimba (Tephrodornis) sering kali dianggap berada dalam keluarga ini tetapi ia kini berada dalam keluarganya sendiri, Vangidae, bersama dengan rembah batu dan rembah biasa. Genus lain, Chlamydochaera, yang mempunyai hanya satu spesies iaitu murai buah, juga sering diletakkan dalam keluarga ini tetapi kini ia dianggap sebagai murai batu (Turdidae).

  • del Hoyo. J., Elliott, A., Sargatal, J., (eds), Handbook of the Birds of the World, Volume Ten, Cuckoo-shrikes to Thrushes, ISBN 84-87334-72-5

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]