Selat Lumut
Selat Lumut terletak di antara Pulau Indah, perairan Sungai Chondong dan Pelabuhan Klang, Selangor di Malaysia.
Lokasi penyeludupan manusia
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Jun 2009, pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Kelang menahan 59 warga asing di perairan Selat Lumut dan perairan Sungai Condong. Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, DSP Marzuki Ismail menyatakan, mereka terdiri daripada 15 lelaki warga Afghanistan, 6 lelaki rakyat Pakistan, 8 lelaki dan 3 perempuan warga Indonesia ditahan selain tekong bot dan 2 anak kapal juga warga Indonesia. Jam 9.50 pagi pula, 21 lelaki warga Afghanistan dan tekong bot serta 2 awak-awak rakyat Indonesia ditahan di perairan Sungai Chondong.
Mereka terbabit dalam penyeludupan manusia ke Australia. Mereka menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sebanyak US$1,300 (RM4,200) dibayar setiap seorang untuk keluar dari Malaysia secara haram.[1]