Selat solo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selat solo
Nama alternatifSalad solo
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalIndonesia
Dicipta olehMasakan Jawa
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaDaging batang pinang yang direbus dan disajikan dengan kuah yang tidak pekat, bersama dengan sayuran dan kentang
Bahan yang biasa digunakanDaging lembu, lobak merah, telur, ubi kentang, cuka, soy sauce, tomato, Daun salad, mayones, Kacang buncis, bawang, bawang putih, Kicap manis Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selat solo ialah sebuah masakan khas Jawa Tengah, terutama kota Solo, Indonesia.[1] Makanan ini terdiri daripada daging batang pinang yang direbus dalam kuah yang tidak pekat yang terbuat daripada bawang putih, cuka, kicap manis, sos Worcestershire, air serta dibumbui dengan pala dan lada hitam. Makanan ini kemudian disajikan dengan telur rebus dan sayur-sayuran seperti kacang buncis, kentang goreng, tomato, daun salad, timun, kubis atau brokoli dan juga lobak merah, serta ditaburi dengan kerepek kentang dan ditambahkan sedikit mustard atau mayones. Rasanya manis dan sedap sehingga sering disebut "stik Jawa".[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada suatu masa, hidangan ini disajikan kepada orang Belanda, yang menyebutnya slachtje yang bermaksud salad.[3] Nama salad diberikan kerana ia seperti salad dengan stik. Penduduk yang sukar memanggil perkataan slachtje kemudian memanggilnya dengan "selat" untuk membuatnya lebih mudah diucapkan. Ia dikenali sebagai campuran budaya Eropah dan Jawa.[4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cerita dan Rekomendasi Kuliner Selat Solo yang Tersohor". Kuliner Solo #KuLo. Dicapai pada 2020-06-18.
  2. ^ "5 Rekomendasi Selat Solo Terenak di Tanah Asalnya". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-18.
  3. ^ "Mencicipi Selat Solo, Hidangan Bistik Asal Solo Bercita Rasa Belanda - Semua Halaman - Bobo". bobo.grid.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-18.
  4. ^ Fimela.com (2019-01-17). "Sejarah Selat Solo, Makanan Eropa yang Dimodifikasi". fimela.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-18.
  5. ^ "Solo Culinary Destination". Surakarta.go.id. Dicapai pada 25 Februari 2016.