Selene
Selene | |
---|---|
Personifikasi Bulan | |
Nama lain | Mene (Μήνη) |
Yunani | Σελήνη |
Tempat tinggal | Langit |
Planet | Bulan[1] |
Haiwan | Kuda, lembu jantan, baghal |
Simbol | Bulan sabit, kereta kuda, obor, mantel yang menggelembung, lembu jantan, bulan |
Hari | Isnin (hēméra Selḗnēs) |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Hyperion dan Theia |
Adik-beradik | Helios dan Eos |
Pasangan | Endymion |
Zuriat | Lima puluh anak perempuan, Narcissus, Pandia, Ersa, Horae, Musaeus |
Equivalents | |
Kesetaraan Rom | Luna |
Kesetaraan Phrygia | Men |
Sebahagian daripada siri tentang |
Agama Yunani Kuno |
---|
Selene (Bahasa Yunani Kuno: Σελήνη Selene, bermaksud "Bulan")[2] ialah dewi bulan dalam mitologi Yunani. Juga dipanggil Mene, dia anak kepada dua orang Titan, Hyperion dan Theia. Dia saudari Helios, dewa matahari, dan Eos, dewi fajar. Dia sering digambarkan membawa kereta kudanya di langit malam, ditarik oleh beberapa ekor kuda bersayap. Ramai dewi lain, seperti Artemis dan Hecate, dikaitkan dengan bulan tetapi hanya Selene seorang yang dijadikan personifikasi bulan semata-mata. Dalam mitologi Rom, dia setara dengan Luna.
Etimologi dan asal usul
[sunting | sunting sumber]Nama
[sunting | sunting sumber]Nama "Selene" datang daripada kata nama Yunani selas (σέλας ), bermaksud "cahaya, kecerahan, kilauan".[4] Dalam dialek Doria, nama dia juga dieja Σελάνα (Selána), dan di Aeolia Σελάννα (Selánna).[5]
Selene juga dipanggil Mene.[6] Perkataan Yunani mene, bermakna bulan, dan bulan qamariah.[7] Bentuk maskulin mene (men) juga nama dewa bulan orang Phrygia, Men.[8] Kedua-dua Mene dan Men datang daripada bahasa Helenik Purba *méns ("bulan dalam kiraan waktu"), yang datang daripada Indo-Eropah Purba *mḗh₁n̥s (bermaksud bulan, bulan qamariah), yang mungkin berasal daripada akar *meh₁- ("ukur"), dan kognat dengan perkataan Inggeris "Moon" dan "month".[9] Ahli falsafah Stoikisme Yunani Chrysippus memahamkan Selene sebagai sisi perempuan dan Men sebagai sisi lelaki dewa yang sama.[10]
Meskipun tiada bukti untuk Selene (atau bentuknya yang lebih purba) pernah ditemui, dalam bahasa Yunani Mykenai perkataan bulan 'men' telah ditemui dalam Linear B dieja 𐀕𐀜 (me-no, daripada bentuk genitif μηνός , mēnós).[11]
Sama seperti Helios, kerana dikaitkan dengan Apollo, dipanggil Phoebus ("terang"), Selene, kerana dikaitkan dengan Artemis, turut dipanggil Phoebe (bentuk feminin).[12] Serta daripada Artemis, Selene kadangkala dipanggil "Cynthia", maksudnya "yang dari Gunung Cynthus" (tempat lahir Artemis).[13]
Asal usul
[sunting | sunting sumber]Selene, bersama adik-beradiknya dan dewa langit Zeus, merupakan salah satu daripada segelintir dewa Yunani yang jelas berasal daripada Indo-Eropah Purba, namun dikesampingkan oleh dewa-dewa baru yang bukan Indo-Eropah Purba. Mereka menjadi dewa-dewa kecil yang membantu dewa-dewa besar, dan mengekalkan agama mereka terus bersifat Yunani.[14]
Dewa bulan IEP asal telah direkonstruksikan menjadi *Meh₁not (yang darinya 'Mene', nama samaran Selene diperoleh),[15] dan nampaknya adalah seorang dewa lelaki.[16] Namun ia diturunkan ke dalam budaya Yunani sebagai perempuan, mencerminkan pandangan dunia orang Yunani kuno dalam bahasa mereka. Bahasa Yunani kuno mempunyai tiga gender dalam tatabahasa (maskulin, feminin dan neuter), jadi apabila seorang dewa atau dewi mempersonifikasikan sesebuah objek atau konsep, ia mewarisi gender kata nama tersebut: contohnya, selene, kata nama Yunani untuk 'bulan' adalah feminin (sedangkan men adalah maskulin), jadi dewanya dianggap sebagai perempuan.[17] Dalam mitologi Indo-Eropah Purba, Bulan, yang dianggap lelaki, pernah dilihat berkahwin dengan Matahari, yang dianggap perempuan, yang mana dalam mitologi Yunani dipandang sebagai seorang dewa lelaki, dan abang Selene, Helios.[18] Akan tetapi, berbeza dengan Fajar (Eos) dan Matahari (Helios), Bulan kurang pentingnya dalam mitologi IEP.[16][19]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Evans, James (1998). The History and Practice of Ancient Astronomy. Oxford University Press. m/s. 296–7. ISBN 978-0-19-509539-5. Dicapai pada 2008-02-04.
- ^ A Greek–English Lexicon s.v. σελήνη.
- ^ Sorrenti, p. 370.
- ^ Athanassakis and Wolkow, p. 90, on lines 1–2; Kerényi, pp. 196–197; Keightley, p. 56.
- ^ A Greek–English Lexicon s.v. σελήνη.
- ^ Hard, p. 46; Oxford Classical Dictionary, s.v. Selene; Smith, s.v. Selene.
- ^ Athanassakis and Wolkow, pp. 90, on lines 1–2, 91, on line 5; Kerényi, p. 197. Athanassakis and Wolkow speculate that Selene's name 'might have developed as a euphemism for the moon proper (Greek "mēnē")'.
- ^ Oxford Classical Dictionary, s.v. Selene; Kerényi, p. 197.
- ^ Beekes, p. 945.
- ^ Obbink 2002, p. 200.
- ^ "The Linear B word me-no". www.palaeolexicon.com. Dicapai pada April 8, 2023.
- ^ Morford, p. 64; Smith, s.v. Selene. Phoebe was also the name of Selene's aunt, the Titan mother of Leto and Asteria, and grandmother of Apollo, Artemis, and Hecate.
- ^ Pannen, p. 96. For example see Ovid, Heroides 18.59–74. The English Romantic poet John Keats calls Selene Cynthia in his poem Endymion.
- ^ Davidson 2010, m/s. 205.
- ^ Mallory & Adams 1997, m/s. 385.
- ^ a b West 2007, m/s. 351.
- ^ Hansen 2004, p. 27
- ^ Gamkrelidze & Ivanov 1995, m/s. 590-591.
- ^ Matasović 2009, m/s. 155.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Selene dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Selene |
- Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 24 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 601. .
- SELENE dalam The Theoi Project
- SELENE dalam Mythopedia
- Pangkalan Data Ikonografi Institut Warburg (imej Selene)
- Articles having different image on Wikidata and Wikipedia
- Halaman menggunakan bar sisi dengan parameter child
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Mycenae
- Titan
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber